Ahad, Oktober 12, 2014

Manuskrip Melayu di Belanda

Semalam saya menghubungi beberapa orang rakan Aceh bertanyakan dalam Hikayat Malim Dewa versi sana apakah nama kerajaan atau negeri Malim Dewa. Seorang lalu memberikan satu link menunjukkan senarai kitab-kitab atau manuskrip dari Alam Melayu/Nusantara yang berada di Leiden, Belanda. Saya rasa elok dikongsikan di sini.



Senarai itu adalah sebahagian daripada isi website atau laman web yang diberi nama Islamic Manuscripts. Dikendalikan oleh seorang profesor dari University Leiden, universiti yang sangat terkenal suka mengkaji tulisan/sastera dari Alam Melayu ia menyebut laman ini dibuat khas untuk menyerlahkan manuskrip-manuskrip Islam. Sejumlah manuskrip/kitab dari Alam Melayu termasuk di dalam kategori tersebut. Anda boleh melihat senarainya di sini. Ia adalah serupa seperti di bawah. Sila klik pada gambar atau buka dalam windows baru untuk paparan jelas.


















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan