OK. Selalunya kalau cerita macam ni saya buat di blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH, Itupun kalau datang mood rajin menulis. Kali ini saya menulis di sini kerana isteri seronok dengan tempat ini dan mahu ia lebih diketahui ramai orang Melayu. Mari...
Siang tadi kami pergi ke Kampung Melayu Batu 16 di Rawang, Selangor lalu masuk ke sebuah jalan yang agak 'solok'.
Sampailah ke sebuah rumah batu dalam kawasan bukit dan hutan.
Di luar rumah ada sungai kecil.
Berdekatan sungai tapi dalam kawasan rumah ada pondok rehat.
Menariknya adalah kolam-kolam mandi di sebelah pondok.
Siap ada slide seperti di Sunway Lagoon.
Airnya datang dari bahagian atas sungai kecil tadi. Dekat kolam ada taman yang menenangkan.
Kolam yang besar adalah 7 kaki dalam.
Di sebelahnya ada 2 kolam kecil sedalam 2-3 kaki kalau tak salah.
Saya diberitahu tempat ini dipanggil Kolam Tok Wan. Orang boleh datang mandi dan berehat berapa lama mereka suka dengan bayaran RM2 sahaja satu kepala tak kira dewasa atau kanak-kanak.
Saya datang bersama isteri dan anak-anak juga kawan-kawan sepejabat isteri dan keluarga masing-masing untuk berkelah...
Alhamdulillah, seronok juga mandi dan berenang di sini. Tak sangka kat Rawang ada tempat macam ni. Tak perlulah pergi ke Hutan Lipur Kanching (sering dipanggil sebagai Templer's Park walhal Templer's Park adalah tempat lain berdekatan) yang terkenal tapi terlalu sibuk dan ramai orang itu. Kat sana parking bayar lain masuk harga lain dan kena masuk jauh ke dalam hutan sebelum dapat berjumpa kolam yang cukup luas dan dalam untuk berenang. Sedangkan air di kolam ini juga berasal dari punca serupa... dari sebuah anak sungai yang katanya membentuk aliran di Hutan Lipur Kanching juga...
Cantik tempat ini, bole beritau direction atau nbr untuk dihubungi sekiranya nak kesana?
BalasPadamWah tak sangka plak ade tempat cantik maxam ni kat rawang. Nanti nak try datang la. Thanks admin for info.
BalasPadamAtasi Masalah Kutu Rambut Yang Mengganas Di Kepala Anda
Wah.. Berbelas tahun sy dok kat rawang X penah tahu ada tempat secantik ni.. Well done!
BalasPadamDah selalu pergi...
BalasPadamTkasih atas info tuan
BalasPadam