Rabu, April 30, 2014

Misi HIKMAH Aceh - Dan acara pun berlangsung penuh gemilang...

Salam. Pada artikel Misi HIKMAH Aceh - Menunaikan hajat asal perjalanan dan bertemu rombongan di makam Malikus Saleh yang dibuat 5 hari lalu telah dinyatakan bagaimana tujuan asal perjalanan 23-30 Mac dibuat pun tercapai. Sekarang masuk pada menunaikan tujuan kedua, tujuan yang menjadi tajuk pokok siri artikel ini.


Pagi Sabtu 29 Mac 2014. Sampailah masa untuk menunaikan acara.


Sudah hampir seminggu kami berjalan ke merata tempat, sudah sampai masa juga untuk menunaikan hajat kawan-kawan dan kenalan di sini. Kami pun menuju ke lokasi...


Ia adalah Muzium Aceh berhampiran pusat Banda Aceh.



Di bawah bangunan yang dipanggil Rumoh Aceh inilah acara yang saya panggil "HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda" diadakan. 


Atas asbab itu saya juga buat pertama kalinya masuk ke dalam rumah ini. Lihat artikel (The building called) Rumoh Aceh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Kalau tidak setakat melihat dari luar kerana lebih tertarik pada makam-makam yang terdapat di halaman muzium.


Alhamdulillah. Sambutan yang diterima begitu meriah dan hangat.


Tak perlulah diulas panjang lebar di sini. Kerana ia sudah pun ditangani dalam wadah sepatutnya iaitu blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Lihat artikel HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Acara pun bermula diikuti HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Dari usaha awal di Shah Alam ke pelestarian sejarah di bumi Serambi Mekah.


Acara boleh diteruskan hingga ke petang jika mahu. Tetapi melihat cuaca selepas Zuhur yang agak panas kami fikir eloklah berehat dahulu. Lepas Asar nanti bolehlah beramai-ramai pergi menziarahi tempat-tempat bersejarah. Tetapi saya, Ikhwan dari Pulau Pinang dan dua orang anak Aceh, Muammar dan Agam kemudian tergerak membawa haluan sendiri. Sudah diberitahu bukan si Agam ini menjadi pemandu buat saya dan keluarga? Keluarga telah dihantar terlebih dahulu balik berehat di hotel. Saya dan 3 orang ini pergi ke rumah Agam di kawasan pendalaman keluar sedikit dari Banda Aceh.


Tujuan sebenar saya ke rumah Agam adalah untuk menggunakan Internet dan printer di rumahnya. Saya mahu buat on-line check-in untuk tiket kembali penerbangan ibu dan ayah keesokan harinya kerana tidak sempat berbuat begitu di Malaysia. Tengok-tengok talian Internetnya sedang bermasalah. Namun tak sia-sia juga saya ke sana...

Rupa-rupanya rumah Agam terletak berdekatan makam Sheikh Abdullah Kanaan, seorang tokoh agama bertaraf wali di Aceh dahulukala. Kami pun pergi ke sana. Tempat ini pernah saya ziarahi bersama anak dan isteri penghujung 2011. Lihat artikel lama Jejak "Berpetualang ke Aceh" - Legasi Sheikh Abdullah dan ikatan ukhuwah Turki Uthmaniyah Teungku di Bitai.



Seterusnya Agam membawa kami ke rumah Tuanku Raja Yusuf, cucu kepada Sultan Muhammad Daud, sultan terakhir Aceh (memerintah 1874-1903). Gambar ini diambil oleh Muammar. Suka saya dapat berjumpa dan berbual lama dengan seorang waris . Sempat juga singgah di masjid berdekatan tempat beliau biasa bersolat. Lihat Masjid (Mosque of) Gampong Kota Baru, Banda Aceh.

Oh. Rasanya sudah diberitahu hotel tempat saya dan keluarga menginap itu adalah milik kaum kerabat diraja Sultan Aceh juga. Ada juga diberitahu bagaimana saya boleh menjadi asbab menghubungkan kembali pemilik hotel dengan seorang bapa saudaranya yang sudah lama menetap di Pulau Jawa. Lihat Misi HIKMAH Aceh - Sambutan di Pidie dan perjalanan ke Takengon.


Kami juga singgah ke apa yang dipanggil Kompleks Raja-raja Meukota Alam. Allah, sungguh tenang rasanya duduk di sini. Kuat rasa kaitan saudara-mara dan sejarah lama. Mahu sahaja duduk sampai ke malam kalau tidak kerana ada urusan. Lihat Kompleks makam raja-raja Mahkota Alam (Tomb complex of kings of Mahkota Alam).


Persinggahan seterusnya adalah satu kawasan pemakaman yang tidak terjaga dalam kawasan perumahan. Batu-batu nesannya unik, lain dari apa yang biasa dikategorikan sebagai Batu Aceh. Lihat Makam batu nesan Plak Pling di Banda Aceh (Tombs with Plak Pling tombstones at Banda Aceh).



Malam selepas Isyak semua peserta HIKMAH Aceh makan bersama di satu tempat istimewa.



Nampak apa yang tertera pada tepian pinggan? Ya. Kami menjadi tamu kerajaan Aceh Darussalam.



Sungguh acara kali ini terasa berlangsung begitu gemilang. Siapa sangka HIKMAH yang asalnya dimulakan sekadar untuk mengisi masa antara penulisan boleh maju seperti ini? Siapa sangka acara yang diterbitkan sementara menunggu writer's block yang menganggu penulisan buku hilang boleh dibuat hingga 10 kali di merata Semenanjung Malaysia malah sampai ke Aceh? Boleh pula diraikan pihak tertinggi kerajaan? Lihat HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Diraikan Gabernor di kediaman rasmi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan