Melepaskan gerak penceritaan aktiviti 14 Dis sebelum dapat betul- betul berehat. Bersambung dari Faktor Aceh di majlis guru seni bela diri Malaysia - Mat Kilau adalah orang sana!
Masuk waktu Maghrib kami singgah di bangunan ini yang terletak di sebelah balai polis Jalan Bandar.
Di sini diadakan satu festival gambus pagi hingga ke malam.
Ketika kami sampai pentas sedang kosong, mungkin kerana orang rehat bersolat.
Kebetulan pengarah projek festival adalah kawan lama. Dapatlah kami sekeluarga berehat di bilik VIP dan makan.
Kelihatan sejumlah pemuzik sedang bersedia di dalam.
Lepas Isyaq baru acara disambung.
Seronok juga layan gambus. Pemain sitar pun ada. Lihat video klip ini. Selamat malam, eh lewat sangat malam nak masuk pagi daaa... :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan