Baru nak post ini. Semalam punya cerita...
Kali ini pernyertaan hampir sekali ganda lebih banyak lebih berbanding lalu.
Pada acara lalu iaitu pada 23 Februari penyertaan dihadkan pada 15 buah kenderaan/kereta.
Sambutan ternyata hangat dan memang 15 buah kereta datang. Lihat artikel Kemeriahan
baru Car Book Sale di Perpustakaan Negara yang dibuat sebulan lepas.
Kali ini penyertaan dibuka kepada 25 buah kenderaan/kereta.
Seperti pada bulan lepas saya sampai lewat lalu terus memasang banner HIKMAH pada kereta.
Kemudian kami diberitahu, kereta kami adalah yang ke-26. Dah terlebih satu rupanya... :]
Kali ini acara juga lebih meriah kerana ada persembahan sajak dan busking gitar serta nyanyian cara jalanan.
Selepas tengah hari sisi kanan kereta mula redup. Saya pun mengalih tikar dan buku-buku ke sebelah situ. Nampaknya gerai buku saya masih lagi yang paling sempoi untuk Car Book Sale anjuran Kota Buku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan