Khamis, Januari 31, 2013

Dialog pengkisahan Istana Bandar Kuala Langat

Hari ni tarikhnya cantik... 31/1/13. Ketika ini pula dah malam Jumaat. Biar dikongsikan satu cerita... letak gambo dulu ya. OK. 

------------------- (setelah beberapa lama) ------------------

Oh... pagi Jumaat 1 Februari 2013 baru larat nak sambung cerita. Setelah tidur melepaskan penat lelah yang amat sangat, entah kenapa le agaknya. Mungkin sisa-sisa kesan satu usaha ketika HIKMAH III di Lumut.


Pagi Khamis 31 Januari 2013 saya bergegas ke Hotel Grand Bluewave di Shah Alam.


Masuk sahaja ke lobi kelihatan anak-anak berbaju cantik tradisional ini sedang turun tunggu. Ah. Saya baru terlepas majlis pembukaan ke?


Saya sampai sekitar 10.25. Nampaknya sudah terlewat setengah jam.


Namun tidaklah terlewat sangat kerana majlis pembukaan masih berjalan...







Oh. Majlis dinamakan "Dialog pengkisahan Istana Bandar Kuala Langat".




Dirasmikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ia dihadiri ramai kerabat diraja Selangor diikuti para peminat sejarah.




Majlis yang diadakan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), pihak yang bertanggungjawab menyelenggara muzium di negeri ini juga dihadiri beberapa orang kerabat diraja Perak terutama yang turut memiliki titisan darah diraja Selangor. Ada juga dari cabang diraja lain tetapi bersaudara, misalnya mereka yang dari keturunan kerabat diraja Lukut, anak cucu Raja Jumaat yang berketurunan Daeng Parani. Atau anak cucu Daeng Chelak tapi dari jurai di luar Selangor...


Rehat sebentar sarapan 10.45. Bolehlah melihat sedikit pameran di luar.


















Jam 11.30 majlis disambung dengan sesi pembentangan. Moderatornya Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Tan Sri Dato' Paduka Raja Haji Wan Mahmood bin Pa' Wan Teh (duduk di tengah). Pembentang pertama, Profesor Datuk Dr Abdullah Zakaria bin Ghazali (kanan) membentang tanpa teks dan slaid dari kerusi. Pakar sejarah dari Universiti Malaya ini memberikan mukadimah kesultanan Selangor apabila menceritakan beberapa nama watak awal pemimpin sebelum kesultanan Selangor dimulakan oleh Raja Lumu ibni Chelak kemudian menyentuh beberapa fasa kesultanan terutama yang melibatkan pertikaian dalam pemilihan sultan dan raja muda.


Pembentang kedua, Cikgu Mohamad Ali bin Alimin membawa kembali pembentangan kepada tajuk apabila menceritakan beberapa keistimewaan Istana Bandar dan kawasan sekelilingnya yang dinamakan Bandar Temasya, kawasan yang terletak di Jugra, Kuala Langat. Tentunya beliau bercerita panjang lebar tentang sultan yang bertakhta dan mendirikan istana tersebut, Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa ibni Sultan Abdul Samad. Sultan Alaeddin diketahui sebagai seorang yang warak, tinggi ilmu agama dan sangat merendah diri.


Ini pula adalah gambar sesi petang. 


Selain pembentang sesi pagi dan moderator, naik ke pentas adalah tiga orang keturunan Sultan Alaeddin. Dua dari kiri adalah Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat Raja Dato' Haji Uzair bin Tengku Zainon Rashid bin Sultan Alaeddin. Dua dari kanan adalah Leftenan Tengku Aman, anakanda kepada Tengku Sri Asmara di-Raja, Tengku Akram Shah ibni Sultan Alaeddin. Empat dari kiri adalah anakanda sultan yang masih hidup, Tengku Mahmud Shah. Kalau tak salah pendengaran saya beliau sudah berumur 83 tahun. Ini bermakna beliau lahir samada tahun 1930 atau 1929. Sultan Alaeddin pula mangkat 1938.

Saya diberitahu Sultan Alaeddin memiliki ramai isteri dan gundik, Anak-anaknya ada tidak kurang 40 orang! Sultan Selangor sekarang, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpangkat cicit. Baginda adalah anakanda kepada sultan sebelumnya, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Sultan Alaeddin.

Sesi petang merupakan sesi dialog di mana sejarah keluarga diperkatakan, minat sultan, aspek-aspek kesenian, keagamaan, sosial dan budaya sekitar Istana Bandar dibuka untuk perkongsian. Sambil itu pendapat dipinta daripada kerabat diraja lain juga para pengkaji dan peminat sejarah yang ada. Rupa-rupanya acara "Dialog pengkisahan Istana Bandar Kuala Langat" ini adalah satu fact-finding mission, misi mencari fakta. Untuk makluman, Istana Bandar sudah dibaik-pulih untuk dijadikan musium dan pihak yang bertanggungjawab mahu mendapatkan sebanyak mungkin maklum balas yang mungkin terutama dari ahli keluarga sultan untuk memilih barangan yang patut dipamerkan.




3 ulasan:

  1. Fahaman bahawa keturunan Nabi Muhammad hanya daripada Hassan dan Hussein kurang tepat kerana menantu Nabi Muhammad yang lain iaitu Abul 'As dan Usman. Nabi Muhammad juga mempunyai cucu dan cicit dari Abul 'As dan Usman. Mengagung-agungkan Hassan dan Hussein kurang tepat kerana cucu-cucu Nabi Muhammad yang lain juga mempunyai keistimewaan masing-masing. Bukan Hassan dan Hussein cucu Nabi Muhammad yang pertama shahid tetapi, anak Abul 'As yang terbunuh ketika perang Al Yamamah

    BalasPadam
  2. Cucu-cucu Nabi Muhammad yang lain yang mempunyai zuriat

    1. Ali bin Abul 'As
    2. Abdullah bin Usman
    3. Umamah bin Abul 'As dan sebagainya

    BalasPadam
  3. salam... saya sedang mencari maklumat tentang Istana Bandar untuk siapkan assignment saya. Ada tak buku-buku atau jurnal berkenaan yang boleh saya rujuk ye?
    Terima kasih :)

    BalasPadam