Isnin, Disember 17, 2012

Sekitar Majlis Permasyhuran Persatuan Perkerisan Kuala Lumpur

Kiranya cerita ini boleh dikatakan kesinambungan pada artikel Arka - Satu tribute untuk pejuang bangsa, Raja Haji Fi Sabilillah.


Siang Sabtu 15 Disember 2012 bersamaan 1 Safar 1434 saya pergi ke Kompleks Kraftangan Malaysia di Jalan Conlay, Kuala Lumpur untuk satu acara.


Acara diberi nama  Majlis Permasyhuran Persatuan Perkerisan Kuala Lumpur (Pusaka KL). Disebabkan beberapa hal saya sampai selepas jam 11.30.


Saya sudah terlepas istiadat permasyhuran yang bermula jam 10.50.


Majlis sendiri bermula dengan pembukaan seawal 9.30.


Ketika saya sampai tetamu lebih tertumpu ke tempat pameran.


Antara yang menghiasi ruang adalah koleksi keris milik ahli persatuan.








Pada bahagian pameran luar ada keris dan senjata lain yang dijual.


Masuk makan sebentar.


Kemudian saya lihat ada acara ringkas yang nampak seperti penyerahan keris.


Kembali ke bahagian pameran luar, turut dijual adalah buku.


Saya menumpang jual sejumlah buku siri "Berpetualang ke Aceh" yang ditulis 2006-2007...


Keadaan semasa waktu rehat tengah hari. Banner diletakkan pada satu tiang.


Jam 3 petang baru acara rasmi disambung.


Ia adalah wacana ilmu merangkap forum bertajuk "Keris untuk penyatuan" mengenengahkan pandangan daripada wakil-wakil Malaysia, Singapura dan Indonesia.


Wakil dari Malaysia adalah Yang Dipertua Pusaka KL, saudara Khairul Azhar. Beliau yang merupakan saudara saya belah Perak daripada keturunan Laksamana Raja Mahkota pernah membuat pembentangan tentang keris di majlis "Suai kenal HIKMAH" yang diselenggarakan oleh saya 4 Nov di Yayasan Restu, Shah Alam. Lihat artikel Dari keris sebagai lambang penyatuan membawa ke panji-panji hitam dari Timur di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
 .


Acara tamat dengan pemberian cenderamata kepada pembentang/pemberi pandangan selepas jam 5. Semoga lebih banyak acara serupa diadakan untuk menaikkan semangat anak-anak Melayu agar lebih mencintai agama, bangsa dan negara. Amin.



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan. Terimakasih di atas laporan ini.

    Saya hairan kenapa media TV dan akhbar tidak memberi liputan meluas kepada acara sepenting ini?

    Jika warisan Melayu seperti persenjataan lama 'perkerisan' tidak di masyhurkan di Malaysia, dimana lagi?

    BalasPadam
  2. Wassalam. Saya difahamkan TV1 ada membuat laporan tapi saya sendiri tidak menyaksikannya. Yang pasti mereka ada datang menemuramah YDP persatuan. Oleh kerana tuan sudah bertandang apakata lihat dan war2kan satu acara serupa tetapi meliputi lebih banyak elemen kedaulatan Melayu Islam? Lihat event page di sini... https://www.facebook.com/events/511792792187101/ . Lihat juga blogspot kami... http://hikmahmelayu.blogspot.com/

    BalasPadam