Selasa, Disember 04, 2012

Car Book Sale di Perpustakaan Negara

Salam semua. Ahad 2 Disember baru ini saya telah ke Melaka untuk menghadiri satu acara melibatkan kedaulatan orang Melayu yang sangat menarik. Ceritanya insyaallah akan dikongsikan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Di sini biar dikongsikan satu aktiviti yang dibuat hari sebelumnya... 


Pagi Sabtu 1 Disember 2012 saya dan isteri membawa anak-anak ke Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


Kami menyertai acara Car Book Sale anjuran Perbadanan Kota Buku.










Kami telah beberapa kali menyertai acara ini. Ini adalah kali pertama ia diadakan di Perpustakaan Negara. Lihat artikel-artikel lama : -















Kami diberitahu Perpustakaan Negara berminat untuk menjadikan ini acara yang diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali di sini.


Berbalik pada gerai saya yang terletak di sebelah gerai buku aktivis budaya terkenal Profesor Dr. Siti Zainon Ismail.






Jika 2 minggu sebelum itu di Central Market saya ada meletakkan banner atau kain rentang HIKMAH pada kereta kali ini ia digantung antara pokok. Rupa-rupanya ada juga yang tertarik untuk datang setelah melihatnya dari jauh. Kiranya ini juga adalah persediaan untuk acara di Melaka Ahad 2 Disember yang merupakan lanjuran daripada wacana yang diadakan HIKMAH 25 November. Lihat artikel-artikel berikut :- 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan