Rabu, November 21, 2012

Pameran dan Wacana Ilmu Telusuri Kegemilangan Melayu Menerusi Naskhah Lama dan Artifak di Perpustakaan Negara

Siang tadi saya pergi ke Perpustakaan Negara untuk melihat satu acara.


Tajuknya "Pameran dan Wacana Ilmu Telusuri Kegemilangan Melayu Menerusi Naskhah Lama dan Artifak". Ianya bermula pagi tadi, Selasa 20 November dan pameran yang akan berlangsung sehingga Sabtu 24 November.


Pameran diadakan di dalam bangunan utama perpustakaan.


Adapun Perpustakaan Negara telah menjemput saya untuk menghadiri sesi utama acara  iaitu wacana ilmu pada hari Sabtu. Tetapi saya tidak dapat pergi kerana harus berlepas ke Melaka untuk menguruskan acara sendiri "Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu" yang akan diadakan di Kolej Yayasan Melaka 25 November, dengan penganjuran bersama kerajaan negeri Melaka, Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka). Lihat event page HIKMAH 25 Nov. Maka saya ada memberitahu pihak yang menguruskan acara bahawa saya akan datang melihatnya 20 November.


Pameran diadakan di bilik pusat manuskrip perpustakaan.


Saya dapat melihat banner/bunting maklumat tentang kitab Hikayat Hang Tuah dipamerkan di sini... setelah ia digunakan buat pertama kalinya pada satu acara lain beberapa bulan lalu. Lihat artikel lama Wacana manuskrip Melayu - Hang Tuah : Adiwira Dunia Melayu di Wisma Sejarah.


Oh. Tempat dalam perpustakaan ini dipanggil Pusat Manuskrip Melayu. Dahulu semasa zaman awal saya sibuk membuat kajian untuk mencari salasilah keluarga 2001-2004 saya agak rajin ke sini. Ia memiliki koleksi kitab-kitab lama yang menarik. Lihat artikel lama Pameran Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara.


Acara ini dilaksanaka oleh satu kumpulan aktivis budaya dan ketamadunan Melayu yang dipimpin seorang manusia yang agak terkenal dengan kegemarannya berambut panjang memakai busana penuh tradisional Melayu iaitu saudara Zainal atau Zain al-Johan daripada Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan.


Sebelum sampai ke bilik ini saya ada bertemu dengan seorang kenalan yang merupakan staf atasan perpustakaan. Beliau ada menyatakan kekecewaan tentang acara kerana melihat barangan ataupun artifak lama yang dibawa kumpulan Zainal tidak sebanyak mana.


Hal ini saya tanyakan kepada mereka. Jawaban yang diberi... tidak banyak artifak milik mereka dipamerkan kerana ruang yang diberi untuk membuat pameran tidak sebesar mana. Kedua, artifak harus kena dengan tema yang ditetapkan perpustakaan iaitu haruslah merupakan barangan yang ada disebut dalam manuskrip simpanan sini .


Dengan itu cukuplah saya berceloteh ya. Lihat sendiri barangan/artifak yang dipamerkan dan baca penerangan yang ada...
































































Eh? Camana saya boleh terupload gambar ni pulak sekali? Tak mengapalah. Alang-alang dah termasuk biar disebut. Ini adalah tengkolok yang baru saya beli siang tadi, sebelum pergi melihat pameran di perpustakaan. Ini adalah kali pertama saya membeli tengkolok, sebagai persediaan untuk acara yang akan diadakan di Melaka 25 Nov ini. Saya ambil gambar tadi untuk dikongsikan di Facebook.

Sementara itu para peminat sejarah dan budaya Melayu bolehlah melihat pameran di Perpustakaan Negara yang diadakan setiap hari pagi hingga petang (waktu sebenar saya tak ingat, kiranya waktu pejabat). Pameran terbuka kepada semua dan akan berlangsung sehingga hari sesi utama iaitu wacana ilmu yang akan diadakan di auditorium sebelah pusat manuskrip. Selamat malam, eh selamat awal pagi. Dah dekat 4.30 pagi le masa saya tulis ayat terakhir ini... :]





OK. Siang Rabu 21 Nov saya mendapat e-mail daripada pihak Zainal Johan agar berkongsi poster/desain banner ini. Saya letak kat sini aje le ya...



1 ulasan: