Sementara masih ada sisa 19 November biarlah dibuat cerita ini...
Selasa 13 November 2012 kami anak beranak pergi ke bandar Port Dickson lalu singgah makan tengah hari di warung tepi selat.
Johan pun turut sama makan...
Disebabkan tidak ada kerusi bayi kami harus menjadi kreatif. Oh, pemandangan daripada warung yang terletak berdekatan pusat bandar ini agak menarik. Lihat artikel Views
from a jetty at Port Dickson town blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kemudian kami bergegas ke Permaisuri Resort yang terletak di Tanjung Tuan.
Di sini akan diadakan majlis reunion atau temu semula bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) yang mana isteri saya adalah seorang ahlinya.
Resort ini mungkin yang paling besar di Tanjung Tuan. Yang nyata ia memiliki bangunan paling tinggi. Namun ada masalah besar tentang service di sini. Saya malas nak panjangkan. Semua yang terkena pasti tahu.
Nasib baik bilik kami agak selesa. Namun ada kawan-kawan isteri yang merungut tentang keadaan bilik mereka...
Rehat sebentar sambil menonton filem X-Men di kaca tv. Sementara itu saya mengambil peluang melihat pemandangan dari bilik juga dari tingkat paling atas bangunan. Lihat Views
from the Permaisuri Resort at Tanjung Tuan.
Kemudian baru keluar menikmati suasana.
Di sinilah kami anak-beranak menginap 3 hari 2 malam untuk acara. Lihat artikel The
wife's secondary school reunion 2012.
Khamis 15 November tengah hari. Selepas check out baru kami menghala ke bahagian hujung Tanjung Tuan, bahagian yang betul-betul tanjung.
Bila dah sampai sini rasa tak sah kalau tak mendaki bukit hingga ke rumah api. Ini adalah kali pertama anak kecil kami Johan dibawa ke sini. Sebelum ini saya pernah membawa isteri dan anak-anak lain melihat pemandangan cantiknya. Lihat Baby
Johan's first visit to the light house of Tanjung Tuan.
.
Selepas itu saya membawa keluarga ke tempat di mana dikatakan terdapat tapak kaki Hang Tuah. Ia adalah kali pertama isteri dan anak-anak sampai. Saya juga membawa mereka melihat makam di lereng bukit belakang. Lihat The
wife and kids first visit to the so-called foot-print of Hang Tuah and the tomb
behind.
Kami sama-sama mandi air perigi di sebelah.
Destinasi seterusnya adalah pulau yang dikenali sebagai Pulau Masjid. Ini adalah kali pertama saya sendiri tergerak untuk ke situ.
Ketika itu air surut. Dapatlah kami berjalan kaki meredah air yang tak sedalam mana sampai ke pulau.
Kami anak-beranak sempat panjat sebuah batu tinggi. Lihat artikel The
'Mosque' island.
Namun ada lagi batu-batu yang lebih tinggi di Pulau Masjid. Ia lebih susah dipanjat lalu saya menyuruh isteri dan anak-anak menunggu di tempat redup sementara saya melayan kepala gila. Lihat Views
from the peaks of the 'Mosque' island.
Air surut juga membenarkan kami kembali ke kaki bukit tempat meletak kereta dengan mengambil laluan pantai. Kalau tidak kawasan ini akan tenggelam sedangkan tepiannya berbukit tinggi curam.
Sambil berjalan kami sempat melihat Pulau Masjid di belakang.
Selesai melihat Tanjung Tuan kami singgah lagi ke bandar Port Dickson untuk makan 'tengah hari', kali ini memang sangat lewat... dah masuk 5 petang.
Selepas itu kami pergi ke masjid daerah untuk bersolat. Lihat artikel Masjid
daerah (District mosque of) Port Dickson di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Dalam perjalanan kembali ke rumah kami singgah di Lukut yang masih terletak di dalam lingkungan daerah Port Dickson... untuk menziarahi makam kerabat diraja Bugis yang bernama Raja Jumaat atau Raja Jemaat, daripada nasab Daeng Parani. Singgah juga di masjid berdekatan. Lihat Masjid
(Mosque of) Lukut.
Oh. 15 November itu adalah bersamaan 1 Muharam. Maka kiranya kami telah menghabiskan tarikh tersebut rata-rata di sekitar Tanjung Tuan, singgah di makam ini pun masih 1 Muharam. Tak lama kemudian baru masuk Maghrib dan tarikh baru menurut kalendar Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan