Sabtu, Julai 21, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Banjir kilat, Masjid Istiqlal dan makam Mbah Periuk

Alhamdulillah malam ini sudah masuk 1 Ramadhan lalu bermulalah ibadah puasa bagi umat Islam. Saya rasa ini malam yang sesuai untuk menyambung cerita dari Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Bermalam di stesyen kereta api Jakarta dan makam sultan terakhir Aceh...


Pagi Isnin 7 Mei 2012 saya melihat ke luar rumah penginapan.


Sejak awal pagi hujan tak henti.


Lalu jadilah banjir kilat di kawasan yang terletak di dalam lingkungan pusat bandar raya Jakarta ini.




Kami terpaksa menunggu lama sebelum dapat keluar. Selepas jam 2 petang baru mendapatkan bas untuk ke tengah kota.



Kelihatan di sini kami sedang menunggu beca. Masih ada hujan rintik sedangkan kami tak bawa payung. Anak kecil kami Muhammad Alauddin Johan setakat dilindungi kain lampin di kepala.


Kami mahu ke Masjid Istiqlal.


Pemandangan di kawasan terbuka masjid.


Untuk pengetahuan ini adalah masjid terbesar di Asia Tenggara. Ia boleh menampung tidak kurang 200,000 jemaah. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Istiqlal, Jakarta di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Dari masjid kami ke bangunan yang dipanggil Monumen Nasional ataupun Monas. Lihat artikel The National Monument in Jakarta di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Letaknya berdekatan stesyen kereta api Gambir.


Kami mahu menaiki kereta api ringan yang serupa perkhidmatan LRT dan kereta api komuter di Kuala Lumpur.


Pemandangan bandar raya Jakarta dari dalam stesyen yang terletak satu paras tinggi dari sekitar, seperti stesyen LRT Masjid Jamek di KL.


Kami turun di sini...


Stesyen Jakarta Kota...


Dari stesyen kami mengambil dua bas untuk sampai ke satu bahagian pelabuhan Tanjung Periok.


Walaupun kereta api ringan dikatakan sampai ke sekitar pelabuhan ia cuma berkhidmat pada waktu terhad lalu kami sudah terlepas kereta api terakhir. Di sini ada makam wali besar boleh diziarahi. 


Cuma perjalanan agak mencabar. Untuk sampai dari stesyen Gambir memakan masa 2 jam. Kemudian kami harus meredah air pasang besar yang melimpah ke atas jalan sejauh 500 meter lagi berjalan kaki.


Alhamdulillah, sampai juga ke kawasan makam.


Isteri dan anak-anak di hadapan bangunan utama makam. Lihat Makam (Tomb of) Mbah Periuk.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan