Rabu, Jun 27, 2012

Muzium Masjid Agung Demak

OK. Sejak siang tadi saya dalam proses menyiapkan artikel-artikel sokongan untuk cerita seterusnya tentang perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei. Biasanya artikel sokongan cuma dibuat di blogspots saya yang lain. Tetapi saya dapati ada satu harus dibuat di sini...


Di sebelah Masjid Agung Demak, di laluan masuk ke makam-makam termasuk makam Raden Fattah, Sultan pertama kerajaan Demak ada satu ruangan yang disebut sebagai muzium.


Di sini tertera maklumat-maklumat berguna tentang sejarah Masjid Demak, cerita Wali Songo juga sejarah kerajaan Demak dan hal-hal berkaitan.


Saya telah mengambil peluang mengambil setiap halaman maklumat yang tertera.


Anda boleh membacanya dengan cara klik terus pada gambar atau buka di windows baru ya... :]





































4 ulasan:

  1. Salam,

    Saudara perasan x kubah masjid agung nie mirip piramid.

    BalasPadam
  2. Wassalam. Itu perkara biasa. Di Melaka ada berpuluh masjid dengan bentuk bumbung seperti piramid 3 tingkat ini.

    BalasPadam
  3. Bentuk bumbuk seperti piramid itu adalah kemungkinan satu kebetulan sahaja...

    Selalunya dalam seni bina Melayu zaman dahulu, suatu binaan atau ukiran dilakukan mengikut falsafah. Pembinaan masjid lama di nusantara ini adalah mengikut falsafah kesufian dan ketuhanan.

    Tetapi dengan memerhatikan bentuk binaan masjid ini, bahawa umat Islam di Nusantara ini adalah mempunyai hubungan persaudaraan yang kuat... bukannya mereka itu meniru, cuma mereka itu mempunyai satu persamaan fahaman. Tidak seperti hari ini, Nusantara telah terpecah dengan haluan masing-masing. Malaysia sendiri pun telah wujud dengan segala macam fahaman yang diibarat retak menanti belah...

    BalasPadam
  4. Masjid ini sama seperti masjid Kg Jawa atau Dato' Dagang, Klang yg asalnya dikatakan dibina oleh orang2 jawa di Kg. Jawa itu sendiri. Cuma saya tidak jumpa maklumat mengenai 7 orang Kiyai yang ada di Kg. Jawa ketika itu, siapa tahu boleh menghubungi sy di email : nabeel.ozir92@gmail.com

    BalasPadam