Khamis, September 15, 2011

Dari makam Sultan Alauddin ke Bukit Serindit, Melaka

Untuk penutup penceritaan buat minggu ini. Bersambung dari Promosi buku dan ceramah di satu rumah suluk di Muar.


Ahad 11 September 2011 (11/9/11) selepas Zuhur sampailah masa untuk kembali ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri. Seperti biasa ada sahaja tempat mahu disinggahi. Kali ini kami memilih untuk ke Pagoh. Namun sampai di Simpang Baba tidak berapa jauh dari kampung ibu tiba-tiba terasa harus mengambil gambar masjidnya. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Simpang Baba, Muar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sempat memanjat menara masjid untuk melihat pemandangan sekeliling dari atas. Lihat artikel Views from the mosque tower of Simpang Baba di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kemudian baru ke tujuan utama di Pagoh iaitu menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah Melaka 1477-1488 Masihi) di Kampung Raja. Ternyata ada perubahan baik pada makam iaitu tulisan yang terukir pada batu-batu nesan telah dicat warna emas agar lebih senang dibaca. Lihat artikel The new look of Sultan Alauddin of Melaka's tomb.


Anak kecil kami Al-Rasyid pula senang nyenyak tidur. Tak mengapa. Dia tetap boleh menziarahi dalam mimpi.



Perjalanan diteruskan dengan mengambil jalan kampung yang menghilir Sungai Muar. Kelihatan di sini tempat di mana Sungai Pagoh mengalir masuk ke Sungai Muar.


Oh. Sebelum itu kami ada turun melihat sejumlah makam lama berdekatan Kampung Raja. Lihat Makam-makam berdekatan Kampung Raja, Pagoh (Old tombs nearby Kampung Raja, Pagoh).


Di kawasan berdekatan kuala Sungai Pagoh ini terdapat monumen moden 500 tahun Pagoh.


Ke hadapan sedikit ada makam orang yang dipanggil Panglima Mat Berani, katanya salah seorang pahlawan yang melawan pencerobohan Portugis tahun 1511.


Perjalanan membawa kami melalui pekan Panchor.


Kemudian menyeberangi Sungai Muar ke pekan Bukit Gambir. Ini adalah gambar pekan dari atas masjid jamek. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Bukit Gambir, Ledang.


Destinasi seterusnya terletak di bandaraya Melaka.


Di atas Bukit Cina, kami melawat lagi makam Panglima Pidi dari Aceh, seorang pahlawan Melayu Islam yang terkorban ketika Aceh menyerang Portugis di Melaka 1629. Lihat Tomb of Panglima Pidi revisited.






Pemandangan masjid negeri Melaka dan sekitarnya dari makam Panglima Pidi.


Kami juga pergi ke Bukit Serindit yang terletak bersebelahan.


Walaupun ia dikelilingi kubur orang Kristian di bahagian tengah terletak sejumlah makam lama yang dikatakan milik orang Melayu Islam.


Saya diberitahu ada pihak mendakwa di sini terletak makam-makam Sultan Melaka. Pada pandangan saya ini mungkin benar jika merujuk pada satu makam panjang yang terdapat di situ. Tetapi jika makam di atas ini turut dikatakan milik Sultan Melaka maka saya tidak bersetuju. Batu nesannya kelihatan milik orang perempuan. Selain itu tertera tahun yang menunjukkan ia menghampiri zaman moden. Lihat Makam-makam lama di Bukit Serindit, Melaka (Old tombs at Bukit Serindit, Melaka).



Seterusnya kami singgah di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Ehsan, Sungai Petai, Alor Gajah.


Sebenarnya saya ingin mengambil gambar pekan Alor Gajah dari beberapa sudut juga gambar masjid jamek lama dan baru untuk diletakkan di blogspots. Sudah agak lama, mungkin bertahun juga tidak masuk ke kawasan pekan ini, sekadar lalu di pinggiran sejak wujudnya Lebuhraya AMJ yang memotong perjalanan ke bandaraya Melaka hingga masuk ke negeri Johor. Tetapi kami sampai hampir Maghrib dan sudah terasa begitu lapar. Nak ambil gambar dalam keadaan semakin gelap rasanya baik tak payah. Lain kali aje lah...


Ini pula adalah gambar keesokannya hari Isnin di masjid jamek Kuala Lumpur. Demi 'melepaskan' stok gambar dan bercerita yang masih ada saya telah membuat artikel Views from Kuala Lumpur's Batu high-rise flats di blogspot BERPETUALANG KE ACEH untuk menyatakan aktiviti tak dirancang pagi itu. Selepas Zuhur baru ke masjid jamek untuk berbincang tentang satu projek yang melibatkan penghayatan sejarah tanah air. Semoga projek ini dapat bergerak lancar dan mencapai matlamat. Semoga ia mendapat kerjasama orang yang betul-betul berdedikasi mahu berjuang untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, bukan orang yang awal-awal lagi tidak tahu berteguh janji seolah-olah memandang remeh hasil usaha dan buah fikiran orang lain, mungkin kerana merasakan kerjanya sahaja yang penting dan hebat, harus diberikan perhatian sehingga tidak mempedulikan janji dengan orang.

Alhamdulillah sukacita dimaklumkan. Setelah beberapa lama, mungkin dalam tempoh setahun dua saya berjaya meluahkan rasa dan cerita berdasarkan aktiviti dan koleksi gambar yang ada hingga selesai sebelum membuat aktiviti baru. Selalunya ada sahaja kisah dari perjalanan lepas yang tidak sempat diluahkan tetapi hari ini tidak... segala yang patut (yang mana tak patut atau harus berahsia takkan hendak diceritakan juga...) sudah diceritakan dengan tamatnya artikel ini. Sekarang bolehlah saya menumpukan perhatian kepada beberapa hal yang akan muncul dalam beberapa hari terdekat. Antaranya adalah persediaan untuk membuat promosi buku di satu majlis besar di Segamat hari Sabtu ini, satu lagi majlis besar di Kluang hari Ahad diikuti majlis sederhana besar tetapi dijangka jauh lebih glamour di Lembah Klang minggu hadapan. Selamat malam. :]


Rabu, September 14, 2011

Promosi buku dan ceramah di satu rumah suluk di Muar

OK. Penceritaan membawa kita ke aktiviti hujung minggu lepas. Mari... :]



Sekitar jam 2 pagi, Sabtu 10 September 2011, setelah selesai beberapa hal lain baru saya dan anak isteri meninggalkan rumah di Bandar Tasik Puteri. Ini adalah gambar di masjid Kampung Duyung, Melaka jam 4:42 pagi. Sampai di sekitar itu perut terasa memulas. Maka singgahlah sebentar...




Kami sampai di rumah ibu bapa di Kampung Temiang, Muar sejurus sebelum masuk Subuh. Selepas solat baru dapat tidur sedikit. Itupun tak lama kerana harus bersiap untuk menghadiri majlis di satu rumah suluk yang sebenarnya terletak di dalam daerah Ledang. Tapi saya tulis dalam Muar kerana daerah Ledang ini asalnya adalah bahagian utara daerah Muar yang baru dipecahkan beberapa tahun lalu.


Kami sampai selepas masuk Zuhur sedangkan majlis rupa-rupanya sudah bermula dengan tahlil dan sebagainya jam 10 pagi. Tengahari pula sudah diadakan majlis khatam suluk dan kami terlepas. Adapun saya diminta mempromosi buku dan hasil tulisan saya yang lain di sini. Saya pun membuat apa yang patut.


Dengan meja sudah disediakan elok dalam masa beberapa minit sahaja sebuah gerai kecil dapat didirikan.


Alhamdulillah sambutan agak meriah. Tak sangka, sehingga ada orang tua yang membeli DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" di situ sanggup datang kembali untuk membeli satu set buku kecil photostat hitam putih tentang Aceh selepas tsunami yang dahulu mahu dijadikan buku berwarna warni tapi tak jadi kerana kekurangan budget. Apapun ia akan dijadikan e-book nanti. Rujuk artikel lama Tiga buku baru untuk pesta buku....


Sambil itu majlis pernikahan anak perempuan kepada guru mursyid rumah suluk ini turut diadakan... ikut jadual asal pada 2 petang tapi saya tengok lepas 3 baru pengantin lelaki dan rombongan datang.



Lepas jam 4 petang saya dan keluarga kembali ke rumah ibu bapa untuk berehat. Ini adalah gambar Bukit Treh dari jalan belakang.



Jam 8 malam kami datang lagi ke rumah suluk untuk memenuhi tuntutan acara seterusnya.



Solat Isyaq dahulu kemudian ikut berzikir dalam dewan.




Jam 9.15 malam baru dimulakan acara utama iaitu saya diminta diberi sedikit ceramah tentang "Mencari diri dan erti"...




Alhamdulilah, walaupun hadirin tidak seramai yang diharapkan kerana pelajar sekolah pondok yang biasa memenuhi acara di sini masih lagi bercuti hari raya, sambutan tetap menggalakkan.




Saya diminta berkongsi pengalaman dan rasa sehingga 12 tengah malam. Dekat 3 jam tu... apa modal pula nak bercakap? Sehingga saya sudah standby hendak menayangkan DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" jika tidak tahu lagi apa yang harus diucapkan. Sedar tak sedar masa yang diberikan dapat dipenuhi dengan bermacam penceritaan. Dan sedikit hasil yang diperolehi dari penjualan buku dapat menampung perbelanjaan akan datang termasuk untuk menghadiri 3 majlis besar, satu di Segamat, satu di Kluang dan satu di Lembah Kelang dalam tempoh beberapa hari akan datang. Insyaallah, alhamdulillah. :]




Selasa, September 13, 2011

Dari Gunung Ledang ke makam dan masjid Tok Machap

Masuklah kita ke penghujung minggu pertama raya. Bersambung dari Dari kubur ke masjid dan tanjung.


Pagi Sabtu 3 September 2011, kami keluar sarapan nasi beringin bersama ibu dan bapa.


Rasanya inilah kali pertama dalam tempoh berpuluh tahun saya makan bersama mereka di kedai makan stesyen bas tepian Sungai Muar ini. Semasa kecil dahulu bapa selalu juga membawa ke kedai nasi beringin berdekatan yang dimiliki arwah bapa kepada peniaga sekarang.


Ini pula di hadapan stesyen bas antara bandar. Kami membawa ibu bapa minum kopi di kedai 434 yang cukup terkenal di Muar.


Tengahari kami meninggalkan Muar.



Selain tidak mahu bersesak-sesak dengan trafik pulang balik dari kampung yang dijangkakan mula keluar hari Ahad kami mahu melawat Gunung Ledang.


Asalnya saya cuma mahu melihat dan mendapatkan gambar-gambar elok gunung. Kemudian teringat bagaimana saya pernah menaiki motosikal besar hingga ke puncak kira-kira 13 tahun lalu. Timbul rasa untuk membawa anak dan isteri naik. Saya pun mencari jalan masuk...


Jalan ini melalui estet kelapa sawit.


Kemudian sampai ke bahagian yang sudah pecah dan rosak.


Tetap juga kami redah dengan kereta kecil. Sampailah ke satu bahagian mendaki di mana batu-batu dan lubangnya terasa tidak selamat untuk kereta lalu. Takut terperangkap terus. Terpaksalah keluar balik.


Tak mengapa. Kembali ke rancangan asal menghala ke Bekoh.


Terlihat masjid menarik ini. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Bekoh, Ledang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Perjalanan membawa kami menyeberangi sempadan masuk ke negeri Melaka.


Kelihatan Sungai Kesang yang menjadi sempadan semula jadinya dengan negeri Johor. Ini adalah pemandangan ke hilir iaitu ke laut.


Pemandangan ke hulu menunjukkan aliran berpunca dari Gunung Ledang.


Maka ada bahagian gunung yang terletak di dalam negeri Melaka iaitu di tempat yang dipanggil Asahan.


Kami pun menuju ke sana.


Sepanjang perjalanan Gunung Ledang kelihatan tersergam indah. Lihat artikel Gunung Ledang from Asahan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Perjalanan diteruskan menghala ke Selandar.


Singgah di Nyalas untuk makan.


Sampai di Selandar kami harus mengambil jalan ke Alor Gajah.


Tempat yang ingin dituju seterusnya terletak di Machap.


Dari hadapan pekan barunya boleh kelihatan pinggir sebuah tasik yang agak luas.


Kami pun mencari jalan masuk ke dalam. Lihat Durian Tunggal lake from Machap.


Namun untuk tempat yang dituju kami harus mengambil lorong atau jalan lain di hadapan.


Pemandangan bahagian tasik yang diliputi tumbuh-tumbuhan.



Rumah-rumah tradisional Melayu Melaka.


Sampailah ke tempat yang dituju.


Lokasi tepian tasik memberikan rasa tenang dan nyaman.


Di sini terletak makam seorang manusia berwibawa yang hidup semasa zaman keSultanan Melaka. Beliau yang dikenali sebagai Tok Machap telah mendirikan masjid di sini. Lihat Makam (Tomb of) Tok Machap dan Masjid lama (Old mosque of) Machap, Melaka. Baca sejarahnya di bawah. Untuk makluman ini adalah artikel ke 900 di blogspot ini.