Untuk penutup penceritaan buat minggu ini. Bersambung dari Promosi buku dan ceramah di satu rumah suluk di Muar.
Ahad 11 September 2011 (11/9/11) selepas Zuhur sampailah masa untuk kembali ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri. Seperti biasa ada sahaja tempat mahu disinggahi. Kali ini kami memilih untuk ke Pagoh. Namun sampai di Simpang Baba tidak berapa jauh dari kampung ibu tiba-tiba terasa harus mengambil gambar masjidnya. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Simpang Baba, Muar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Sempat memanjat menara masjid untuk melihat pemandangan sekeliling dari atas. Lihat artikel Views from the mosque tower of Simpang Baba di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Sempat memanjat menara masjid untuk melihat pemandangan sekeliling dari atas. Lihat artikel Views from the mosque tower of Simpang Baba di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kemudian baru ke tujuan utama di Pagoh iaitu menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah Melaka 1477-1488 Masihi) di Kampung Raja. Ternyata ada perubahan baik pada makam iaitu tulisan yang terukir pada batu-batu nesan telah dicat warna emas agar lebih senang dibaca. Lihat artikel The new look of Sultan Alauddin of Melaka's tomb.
Anak kecil kami Al-Rasyid pula senang nyenyak tidur. Tak mengapa. Dia tetap boleh menziarahi dalam mimpi.
Perjalanan diteruskan dengan mengambil jalan kampung yang menghilir Sungai Muar. Kelihatan di sini tempat di mana Sungai Pagoh mengalir masuk ke Sungai Muar.
Oh. Sebelum itu kami ada turun melihat sejumlah makam lama berdekatan Kampung Raja. Lihat Makam-makam berdekatan Kampung Raja, Pagoh (Old tombs nearby Kampung Raja, Pagoh).
Di kawasan berdekatan kuala Sungai Pagoh ini terdapat monumen moden 500 tahun Pagoh.
Ke hadapan sedikit ada makam orang yang dipanggil Panglima Mat Berani, katanya salah seorang pahlawan yang melawan pencerobohan Portugis tahun 1511.
Perjalanan membawa kami melalui pekan Panchor.
Kemudian menyeberangi Sungai Muar ke pekan Bukit Gambir. Ini adalah gambar pekan dari atas masjid jamek. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Bukit Gambir, Ledang.
Destinasi seterusnya terletak di bandaraya Melaka.
Di atas Bukit Cina, kami melawat lagi makam Panglima Pidi dari Aceh, seorang pahlawan Melayu Islam yang terkorban ketika Aceh menyerang Portugis di Melaka 1629. Lihat Tomb of Panglima Pidi revisited.
Pemandangan masjid negeri Melaka dan sekitarnya dari makam Panglima Pidi.
Kami juga pergi ke Bukit Serindit yang terletak bersebelahan.
Walaupun ia dikelilingi kubur orang Kristian di bahagian tengah terletak sejumlah makam lama yang dikatakan milik orang Melayu Islam.
Saya diberitahu ada pihak mendakwa di sini terletak makam-makam Sultan Melaka. Pada pandangan saya ini mungkin benar jika merujuk pada satu makam panjang yang terdapat di situ. Tetapi jika makam di atas ini turut dikatakan milik Sultan Melaka maka saya tidak bersetuju. Batu nesannya kelihatan milik orang perempuan. Selain itu tertera tahun yang menunjukkan ia menghampiri zaman moden. Lihat Makam-makam lama di Bukit Serindit, Melaka (Old tombs at Bukit Serindit, Melaka).
Sebenarnya saya ingin mengambil gambar pekan Alor Gajah dari beberapa sudut juga gambar masjid jamek lama dan baru untuk diletakkan di blogspots. Sudah agak lama, mungkin bertahun juga tidak masuk ke kawasan pekan ini, sekadar lalu di pinggiran sejak wujudnya Lebuhraya AMJ yang memotong perjalanan ke bandaraya Melaka hingga masuk ke negeri Johor. Tetapi kami sampai hampir Maghrib dan sudah terasa begitu lapar. Nak ambil gambar dalam keadaan semakin gelap rasanya baik tak payah. Lain kali aje lah...
Ini pula adalah gambar keesokannya hari Isnin di masjid jamek Kuala Lumpur. Demi 'melepaskan' stok gambar dan bercerita yang masih ada saya telah membuat artikel Views from Kuala Lumpur's Batu high-rise flats di blogspot BERPETUALANG KE ACEH untuk menyatakan aktiviti tak dirancang pagi itu. Selepas Zuhur baru ke masjid jamek untuk berbincang tentang satu projek yang melibatkan penghayatan sejarah tanah air. Semoga projek ini dapat bergerak lancar dan mencapai matlamat. Semoga ia mendapat kerjasama orang yang betul-betul berdedikasi mahu berjuang untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, bukan orang yang awal-awal lagi tidak tahu berteguh janji seolah-olah memandang remeh hasil usaha dan buah fikiran orang lain, mungkin kerana merasakan kerjanya sahaja yang penting dan hebat, harus diberikan perhatian sehingga tidak mempedulikan janji dengan orang.
Alhamdulillah sukacita dimaklumkan. Setelah beberapa lama, mungkin dalam tempoh setahun dua saya berjaya meluahkan rasa dan cerita berdasarkan aktiviti dan koleksi gambar yang ada hingga selesai sebelum membuat aktiviti baru. Selalunya ada sahaja kisah dari perjalanan lepas yang tidak sempat diluahkan tetapi hari ini tidak... segala yang patut (yang mana tak patut atau harus berahsia takkan hendak diceritakan juga...) sudah diceritakan dengan tamatnya artikel ini. Sekarang bolehlah saya menumpukan perhatian kepada beberapa hal yang akan muncul dalam beberapa hari terdekat. Antaranya adalah persediaan untuk membuat promosi buku di satu majlis besar di Segamat hari Sabtu ini, satu lagi majlis besar di Kluang hari Ahad diikuti majlis sederhana besar tetapi dijangka jauh lebih glamour di Lembah Klang minggu hadapan. Selamat malam. :]
Alhamdulillah sukacita dimaklumkan. Setelah beberapa lama, mungkin dalam tempoh setahun dua saya berjaya meluahkan rasa dan cerita berdasarkan aktiviti dan koleksi gambar yang ada hingga selesai sebelum membuat aktiviti baru. Selalunya ada sahaja kisah dari perjalanan lepas yang tidak sempat diluahkan tetapi hari ini tidak... segala yang patut (yang mana tak patut atau harus berahsia takkan hendak diceritakan juga...) sudah diceritakan dengan tamatnya artikel ini. Sekarang bolehlah saya menumpukan perhatian kepada beberapa hal yang akan muncul dalam beberapa hari terdekat. Antaranya adalah persediaan untuk membuat promosi buku di satu majlis besar di Segamat hari Sabtu ini, satu lagi majlis besar di Kluang hari Ahad diikuti majlis sederhana besar tetapi dijangka jauh lebih glamour di Lembah Klang minggu hadapan. Selamat malam. :]
sms no.hp en.radzi kat saya,saya amat meminati sejarah,sy org muar juga ! (0176484946-yosdi).
BalasPadamNombor telefon saya 013-3082131. Saudara juga boleh menghubungi saya melalui e-mail merahsilu@hotmail.com
BalasPadamTerima kasih en.radzi. . Teruskan perjuangan mu. .
BalasPadamAnonymous said...
BalasPadamWow. I don't know that visiting graves and tombs, seeking Ziyarat and Sufism are still alive and well in this Wahabbis country.....i hope that Malay Malaysians could appreciate the history and the santity of these graves without pointing fingers and call out everything as Syirik and blasphemous.
Makam sultan melaka lain jumps sultan mansur dan ulama melaka
BalasPadamContact at salamiariffin
Padam