Isnin, Oktober 31, 2011

Misi makam Tun Saban : Menjalankan misi sebelum ke Taiping dan Bukit Gantang

OK. Kita sambung cerita dari Misi makam Tun Saban : Membuka langkah ke Ipoh.


Telah disebut dalam artikel sebelum ini bahawa kami bermalam di rumah seorang rakan di Sungai Siput. Biar disebut rakan itu adalah saudara Syahir. Beliau kemudian mencadangkan agar kami ke Karai menziarahi sebuah makam lalu ikut menunjukkan jalan. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Karai di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Nama Karai mengingatkan pada perjalanan ketika mencari bahan untuk buku "Kereta Api Menuju Destinasi" tahun lepas. Saya pun mengajak Syahir masuk ke pekannya.


Bukan apa. Mahu melihat lagi jambatan lama kereta api yang pernah dilalui dengan kenderaan itu, jambatan zaman Inggeris menyeberangi Sungai Perak. Inilah kali pertama saya melihatnya dari jalan raya biasa.


Dalam perjalanan keluar dari pekan terlihat pula rumah besar ini. Lihat Sebuah rumah besar lama di Karai (A large old house in Karai).


Seterusnya timbul rasa untuk singgah di masjid yang terletak berhampiran simpang masuk ke jalan besar Ipoh-Sungai Siput- Kuala Kangsar. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Enggor, Perak. Ternampak pula sebuah makam yang agak terserlah. Lihat Makam terserlah di Masjid Enggor (Outstanding tomb at the Enggor mosque).


Kemudian kami ke Kota Lama Kanan untuk makan tengah hari laksa kegemaran saya dan isteri.


Selepas itu baru masuk ke Masjid Kota Lama Kanan untuk menziarahi tempat di mana Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Shah yang memerintah hampir 500 tahun lalu ghaib ketika bersolat Jumaat, tempat yang ditanda dengan satu batu nesan...


Masuk ke bandar Kuala Kangsar pergi ke jeti tepi Sungai Perak untuk berbincang sejarah dengan seorang kenalan Syahir. Lihat artikel Perak river from the Alor Kangsar town jetty di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selepas itu baru menjalankan misi utama. Singgah sebentar di pekan Lenggong juga masjid jameknya. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Lenggong.


Perjalanan diteruskan ke Lawin kira-kira 80-90 km dari Kuala Kangsar.


Di sinilah terdapat makam pembesar Perak dahulukala yang sangat terkenal, Tun Saban. Lihat Makam (Tomb of) Tun Saban.


Seterusnya kami berpatah balik menghala ke Lenggong. Sebelum sampai situ ada simpang untuk memasuki jalan kecil menyeberangi banjaran gunung yang terbentang antara Kuala Kangsar dan Gerik. Jalan ini boleh digunakan untuk memotong ke Taiping. Kelihatan di sini pekan Jelai yang terletak dalam perjalanan.



Kemudian masuk Batu Kurau. Hampir ke Kamunting singgah di satu masjid. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Kampung Pasir, Batu 4 1/2 Kamunting.




Selepas itu baru masuk ke Taiping. Terus ke Muzium Perak. Lihat Muzium (Museum of Perak), Taiping.



Termasuk dalam misi kami untuk perjalanan ini adalah melihat satu makam di perkarangan muzium. Lihat Makam purba di hadapan Muzium Perak? (Ancient tomb in front of the Perak museum).


Selepas itu kami anak beranak berehat di taman tasik.






Makan malam kuey teow Doly yang sangat terkenal di Taiping.


Ini pula pemandangan dari menara Masjid Bukit Gantang. Lihat Masjid (Mosque of) Bukit Gantang. Kami singgah dalam perjalanan kembali ke Kuala Kangsar.


Lagipun kami ingin singgah di makam Long Jaafar yang terletak tidak jauh dari masjid. Cuma ada tersilap jalan kerana terlepas simpang kecil disebabkan papan tanda yang terlipat, mungkin akibat ribut.


Saya pun memperbetulkan papan tanda. Lihat Makam (Tomb of) Long Jaafar.


Sampai di Kuala Kangsar kami berpusing-pusing sebentar. Kemudian baru ke Kampung Temong untuk bermalam. Bersambung lagi selepas ini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan