Selasa, September 06, 2011

Dari Chik Siti Wan Kembang ke Raja-raja Jembal ke dinasti Kelantan sekarang

Salasilah diraja Kelantan yang terpapar di Istana Batu, Kota Bahru, Kelantan. Lihat artikel Istana Batu (The Batu palace), Kota Bahru di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Merujuk pada artikel Kata-kata aluan (dan harapan?) selepas minggu pertama raya yang dibuat di blogspot ini beberapa jam tadi. Langkah pun dibuka dengan mengatur masjid/surau/makam/lain-lain tempat mengikut negeri untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Ketika itulah baru saya teringat ada satu lagi perkara mesti dibuat apabila siri berkaitan iaitu cerita-cerita tentang perjalanan Pantai Timur penghujung 2010-awal 2011 tamat. Iaitu menyediakan satu senarai dengan sedikit latar belakang raja-raja Kelantan yang makamnya telah saya lawati mengikut turutan zaman.

Alhamdulillah. Rasanya saya dapat melawati setiap makam berkaitan yang diketahui wujud di Kelantan. Kalau ada yang patut dilawati tetapi saya terlepas pandang sila tegur dan beritahu lokasinya ya. Adapun saya menurut sahaja senarai seperti yang terdapat pada buku "Panduan ke tempat-tempat bersejarah Kelantan" tulisan Abdul Halim Nasir terbitan Jabatan Muzium 1979.

Hmm. Rasanya saya harus menyelitkan sekali satu dua links berkaitan dari blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Letak terus di perenggan ini ya... The place called Taman Serendah Sekebun Bunga dan The hill called Bukit Marak. Kerana kedua-kedua tempat dikatakan pernah diduduki raja perempuan terkenal Kelantan, Chik Siti Wan Kembang dan anak angkatnya Puteri Saadong. Sekarang buka gambar salasilah di atas dalam windows baru. Biar diberitahu secara umumnya pemerintahan Kelantan boleh dibahagi kepada 3 fasa... fasa awal yang mana pemerintah terakhirnya adalah Chik Siti, fasa pertengahan yang dimulakan oleh Raja Sakti, katanya anak angkat kepada Raja Bersiong Kedah tapi muncul di Kelantan diikuti fasa ketiga di mana Long Yunus yang berketurunan Raja Patani membina dinasti baru yang bertahan hingga sekarang.

Ah. Nak cerita macamana ya? Saya rasa elok juga diletakkan terus links berkaitan dari blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) lalu ditambah sedikit penerangan. Penerangan lebih lanjut boleh diperolehi melalui artikel yang tersenarai...



1. Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang?. Saya tidak tahu di manakah makam-makam pemerintah Kelantan sebelum raja perempuan ini. Maka cukuplah baginda sebagai wakil bagi pemerintahan zamannya dan sebelum itu.


2. Makam (Tomb of) Nang Chayang. Ada pendapat mengatakan baginda adalah isteri kepada salah seorang Raja-raja Jembal. Tetapi pendapat lebih menarik adalah raja perempuan ini sebenarnya Ratu Kuning, raja perempuan ke empat dan terakhir kerajaan Patani lama. Rujuk sejarah Patani di mana kerajaan agung Melayu ini pernah diperintah empat orang ratu berturut. Mereka adalah Ratu Hijau diikuti adindanya Ratu Biru, adinda mereka Ratu Ungu dan seterusnya Ratu Kuning (anakanda Ratu Ungu dengan Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin dari Pahang). Zaman pemerintahan ratu-ratu ini sering disebut sebagai zaman kegemilangan Patani di mana Kelantan turut berada di bahawa kuasa mereka bersama beberapa negeri Melayu seperti Terengganu dan Singgora dalam satu persekutuan yang dipanggil Patani Besar.


3. Makam Raja-raja Jembal (Tombs of the kings of Jembal). Mereka adalah raja-raja yang memerintah dari satu tempat bernama Jembal di Kelantan. Dinasti ini dimulakan oleh Raja Sakti, katanya anak angkat Raja Bersiong, Kedah yang asalnya diberi pemerintahan di Kelantan sebagai wakil Patani bergelar Datu Kelantan (sebab itu ada tempat bernama Pengkalan Datu). Namun baginda dapat membina kuasa yang cukup kuat untuk mengalahkan kerajaan pusat di Patani lalu mengambil alih pemerintahan.


4. Makam (Tomb of) Raja Loyor. Cerita menyebut apabila Raja Sakti memilih untuk bersemayam di Patani baginda meninggalkan seorang anak bernama Raja Loyor untuk memerintah Kelantan.


5. Makam (tomb of) Raja Abdullah, Kelantan... . Ini pula adalah seorang kerabat diraja Jembal. Baginda terkenal sebagai ayahanda kepada Puteri Saadong, satu lagi pemerintah perempuan Kelantan (pernah menjadi anak angkat kepada Chik Siti Wan Kembang).


6. Makam (Tomb of) Raja Udang?


7. Makam (Tomb of) Raja Ekor alias Raja Bahar?


8. Makam (Tomb of) Raja Hudang. Mereka yang bernombor 6, 7, 8 adalah kerabat Raja Jembal. Lihat salasilah untuk kedudukan.


9. Makam (Tomb of) Tok Ku Long Bahar? . Permulaan zaman peralihan ke dinasti seterusnya. Berasal dari Patani dan berkahwin dengan puteri Jembal lalu diberi pemerintahan Kelantan.


10. Makam (Tomb of) Long Sulaiman. Anak kepada Long Bahar dari isteri tua, diberi pemerintahan di Kota Kubang Labu sebagai persediaan mewarisi pemerintahan Kelantan.


11. Makam (Tomb of) Long Deraman. Seorang kerabat Patani yang menyingkirkan Long Sulaiman.


12. Makam (Tomb of) Long Ghaffar. Putera Raja Reman (di utara Perak) yang berperanan besar mengembalikan pemerintahan kepada waris yang berhak.


13. Makam (Tomb of) Long Yunus. Anakanda Long Sulaiman yang dapat menaiki takhta Kelantan dengan pertolongan Long Ghaffar lalu memulakan dinasti sekarang.


14. Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 19 (Tombs of Sultans of Kelantan in the 19th century)


15. Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 20 (Tombs of the Sultans of Kelantan in the 20th century)


16. Makam Tengku Putih, Raja Patani (Tomb of Tengku Putih, Raja of Patani


17. Makam Tengku Abdul Kadir, Raja Patani terakhir (Tomb of Tengku Abdul Kadir, last Raja of Patani)



Nombor 14 hingga 17 katanya adalah anak cucu Long Yunus belaka termasuk yang diberi pemerintahan ke atas Patani selepas Siam berkuasa ke atas kerajaan Melayu itu. Cukuplah. :]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan