Dengan tamatnya penceritaan hari ke 9 perjalanan ke Pantai Timur melalui artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Jejak keluarga Tok Pulau Manis 2 hari lalu bolehlah dibuat beberapa artikel selingan seperti biasa. Dengan ini biar saya mengambil peluang untuk menyelesaikan penceritaan aktiviti-aktiviti kecil bulan Julai 2011.
Artikel terakhir selingan iaitu Dari Central Market ke Bukit Broga mengenengahkan aktiviti yang dibuat Sabtu hingga Ahad 2-3 Julai. Cerita ini pula berlaku 10 Julai iaitu seminggu kemudian.
Selepas menghantar isteri awal pagi untuk menumpang kenderaan syarikatnya untuk satu taklimat di Shah Alam saya membawa anak kecil berjalan-jalan di pasar pagi Batu Arang.
Selama ini saya cuma lalu dan melihat dari jauh sahaja apabila pasar pagi diadakan. Kali ini baru tergerak hendak melihat lebih dekat.
Petang itu selepas mengambil isteri di ibu pejabatnya di Shah Alam kami pun menaiki bukit tempat terletaknya bangunan utama ITM ataupun UiTM.
Maaf ya jika saya lebih suka memanggil UiTM sebagai ITM walaupun ia sudah dinaik taraf menjadi universiti sejak 1999. Pada saya nama ITM tetap satu panggilan 'manja' untuk institusi yang sangat berjasa memajukan orang Melayu ini.
Kami ke sini kerana saya mahu mengambil gambar-gambar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam buku terbaru. Kebetulan isteri perlu menghadiri taklimat di Shah Alam maka eloklah kami ke sana petang.

Adapun isteri dihantar menumpang kenderaan syarikat ke ibu pejabat agar saya dapat menjaga anak kecil di rumah. Kalau saya keluar menghantar pagi ke Shah Alam maka anak harus dibawa sama... susah juga nak menjaganya seorang diri selama berjam-jam kalau di luar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan