Satu lagi selingan sebelum disambung balik cerita perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010.

Semalam Ahad pagi kami anak-beranak menuju ke Perak dengan menaiki van bapa saya.

Ada majlis perkahwinan sepupu di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan.

Saya rasa sudah lebih setahun juga saya tidak singgah di rumah saudara ini. Walaupun kami ada pergi ke Teluk Intan dalam tempoh masa itu, kami singgah ke tempat lain sebelum beredar.

Selepas makan pengantin masih belum sampai. Saya pun membawa anak-anak pergi melihat Sungai Perak.
salam.....cuba tengok link ini..mungkin berguna buat saudara...
BalasPadamhttp://www.sabrizain.org/malaya/library/
Wassalam. Satu link yang sangat berguna. Terima kasih saudara! :]
BalasPadam