Dari Jeli kami berkejar ke Tanah Merah untuk ke Kota Bahru.
Untuk ke ibunegeri Kelantan itu masih ada lagi jarak 100 km sedangkan kami meninggalkan Jeli selepas jam 3:30 petang.
Isteri saya telah berjanji akan mengambil anak-anak yang ada di rumah bapa saudara mereka di pinggiran luar Kota Bahru jam 5 petang sedangkan perjalanan belum tentu lancar. Dalam gambar jalan kelihatan lengang sedangkan sudah beberapa kali kami dilambatkan oleh trafik perlahan terutama apabila ada lori.
Itupun ada ketikanya saya tidak dapat menahan diri untuk berhenti demi mengambil gambar masjid. Lihat artikel Masjid (Mosque of) As-Salam, Jedok, Kelantan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Kalau ikutkan ada 2-3 masjid lagi saya mahu berhenti dan ambil gambar. Tapi isteri saya sudah mula merungut dan marah-marah. Pantang nampak sungai nak berhenti ambil gambar, nampak masjid berhenti ambil gambar. Nampak rumah ke hapa menarik sikit nak ambil gambar. Cukuplah... dah banyak peluang katanya. Sekarang biarlah kami berkejar ke Kota Bahru dengan aman. Lagipun selain anak-anak ada kenalan menunggu sejak hari semalam.
Kami tak masuk Tanah Merah sebaliknya terus menghala ke Machang. Ya, sejak mendapat tahu kami telah meninggalkan rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor pagi Krismas, anak-anak menunggu kami sampai. Kenalan yang dimaksudkan, Cikgu Najib juga menunggu. Sudah beberapa bulan dia ingin bertemu. Rujuk balik artikel pembukaan Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Laluan Cameron Highlands ke Gua Musang tentang sebab-musababnya...
Seberang Sungai Kelantan, kelihatan Bukit Panau di latarbelakang. Saya pula kalau dah berjalan akan cuba melihat sebanyak tempat yang boleh. Itu yang ambil masa sedikit, bermalam di Jelawang...
Disebabkan isteri sudah marah-marah saya pun sekadar meneruskan perjalanan tanpa berhenti lagi... kalau mengambil gambar pun sambil kereta berjalan.
Sampai di pinggiran bandar Machang kami mengambil simpang ke Kota Bahru. Sepanjang jalan ke sana pun ada tempat yang saya ingin singgah. Tapi cukuplah, hehe. Mungkin lain kali. :]
Gambar ini diambil pada jam 5:08 petang. Tinggal kira-kira 3-4 km sahaja ke rumah di mana anak-anak tinggal. Isteri saya pun tersenyum...
Selepas mengambil anak-anak kami singgah ke Masjid Kampung Laut.
Inilah kali pertama anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid sampai ke sini. Dahulu ketika kali terakhir kami ke sini bulan Ramadhan tahun 2009, dia masih dalam perut, dah masuk 8 bulan. Lihat artikel Al-Rasyid's first visit to Masjid (Mosque of) Kampung Laut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Selepas berehat sebentar dan bersolat baru kami menyambung 'perkejaran' ke Kota Bahru. Maklumlah Cikgu Najib masih menunggu. Lihat Rushing through Kota Bahru.
Sampai di tempat yang dijanjikan berhampiran pusat bandaraya Kota Bahru, Cikgu Najib pula yang belum sampai. Rupa-rupanya dia belum selesai meeting...
Nasib baik ada pemandangan menarik Sungai Kelantan. Taklah bosan menunggu. Lihat The Kelantan river near the royal jetty at Kota Bahru.
Tetapi kami bermalam di rumah lain Cikgu Najib yang terletak di Kutan, seberang Sungai Kelantan beberapa kilometer ke baratdaya bandaraya. Subhanallah. Tadi semasa berkejar ke Kota Bahru saya ada teringat nama seorang ulamak besar abad ke 19 Masihi yang dikenali sebagai Sheikh Wan Ali Kutan kerana berasal dari situ. Saya pernah sampai ke Kutan sekali 2007 atau awal 2008 gitu dan pernah bertandang ke rumah seorang anak cucunya. Tak sangka kali ini saya akan bermalam di Kutan bersama anak-anak dan isteri. Kelihatan gambar ketika berhenti membeli makanan di sebuah kedai berdekatan. Untuk makluman ini adalah artikel ke 838 di blogspot ini.
Salam saudara Radzi,
BalasPadamKalau x silap saya Cikgu Najib tu macam saya kenal. Dia dulu cikgu saya masa sekolah menengah di Pasir Pekan.
Betul lah, kalau cikgu Najib yg berasal dari Kutan tu mmg cikgu saya.Umah nye kpg Kutan tu dekat ngan umah saya.
BalasPadamDi kampung sya ada satu surau yg di kenali dengan nama surau Tok Wan Ali,kalau x silap saya surau tu ada kaitan ngan beliu dan surau itu mmg ada ciri2 surau lama yg asal nya dari kpg Surau, kpg Kutan Sungai.
Salam... Garang juga Kak Anggun ye... "Jalan terus, jangan berhenti, nak ambil gambar je kerjanya!" hehe :)
BalasPadamSalam,
BalasPadamGarang ke Zam? Nak buat cam ner. Hati begitu teruja nak jumpa anak-anak yang dah lama tak jumpa. Hati seorang ibu mana tak resah bila anak2 sedang menanti kedatangan kita. Hanya yang pernah melalui situasi sebegini yang tau kadang2 kesabaran betul2 teruji.
Tengahari tadi pergi Pesta Buku, terjumpa pembaca setia blog ni sejak 2 tahun dan pembaca buku BKA di booth KarnaDya. Terima kasih En.Rosdi dan isterinya. :)
Wassalam. Sya, kalau tak salah ingatan isteri Cikgu Najib yang rapat hubungan persaudaraan dengan Wan Ali Kutan. Apapun isteri tu dengan Cikgu Najib sendiri bersaudara jadi memang ada kaitan. Cikgu Najib pula katanya lebih rapat dengan susur-galur Tok Pulau Manis.
BalasPadamZam, susah nak cari isteri macam Kak Anggun yang faham dan tahan dengan kerenah Abang. Sesekali dia marah dan tak tahan kena terima le... orang perempuan. Kalau sebarang perempuan langsung takkan ikut Abang buat field work cam ni...
X sangka garang juga kak Anggun tu..apapun mmg saya paham perasaan dia, kalau dah dekat nak sampai tu bila ada halangan mmg rasa dah x sabar2 lagi nak sampai.
BalasPadam