Selasa, Mac 22, 2011

Mencari jejak Merong : Sultan Muzaffar Shah I Kedah... betulkah baginda juga adalah Merong Mahawangsa?


Nombor yang kelihatan pada kaunter jumlah pelawat ke blogspot ini ketika saya membukanya tengahari 19 Mac iaitu 3 hari lalu. Katanya pada hari itu bulan sangat dekat dengan bumi, paling dekat dalam tempoh 18-20 tahun gitu. Pada nombor ini ada faktor 131 (3 x131 = 393). Bersambung dari artikel Mencari jejak Merong : Betul ke candi di Lembah Bujang menghadap kiblat?.


Selepas melihat candi-candi di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, kami anak-beranak berehat mandi-manda di tempat perkelahan sebelah kawasan muzium...



Tentunya Al-Rasyid seronok main air apalagi kami memang dah teruk berpeluh berlengas akibat asyik berjalan sepanjang hari.




Keluar ke pekan Merbok bazaar Ramadhan telah bermula.




Biar diingatkan sekali lagi perjalanan ke utara yang diberi nama "Mencari jejak Merong" ini memang dibuat semasa bulan puasa tahun 2010. Makam kami pun singgah sebentar membeli sedikit juadah.




Singgah sebentar juga melihat surau di pinggir pekan Merbok di mana saya pernah bermalam ketika pertama kali sampai ke sini 4 tahun lalu.





Perjalanan diteruskan untuk ke tempat yang menjadi tujuan utama perjalanan ke utara ini dibuat.












Ya kami mahu pergi ke makam...





Inilah makam Sultan Muzaffar Shah I, sultan pertama Kedah.




Lihat artikel Makam (Tomb of) Sultan Muzaffar Shah I Kedah yang telah dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) 4 bulan lalu. Sejarah rasmi menyebut baginda hidup tahun 1100 Masihi. Namun ada pihak yang percaya Sultan Muzaffar Shah I inilah watak lagenda yang bernama Merong Mahawangsa dan baginda dikatakan datang ke Kedah tahun 750an Masihi gitu.



Gunung Jerai di latarbelakang. Jadi manakah yang benar? Sejarah rasmi menyebut Sultan Muzaffar Shah I yang hidup 1100an Masihi adalah keturunan generasi ke 7 (kalau tak salah ingatan) kepada Merong Mahawangsa yang tidak diletakkan tarikh bilakah ia datang. Malah kalau menurut kitab Hikayat Merong Mahawangsa baginda datang ketika keliling Gunung Jerai masih lagi laut dan gunung itu sendiri adalah sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Serai.

Saya rasa perkara ini pernah disentuh di dalam beberapa artikel terdahulu dan saya tak mahu memanjangkan lagi. Jawaban saya ialah ini. Ada 3 Merong Mahawangsa sepertimana saya melihat ada 3 Iskandar Zulkarnain. Biar dilepaskan rasa tentang Iskandar Zulkarnain dahulu...

Iskandar Zulkarnain yang pertama hidup sekitar 3,000 tahun lalu, kemungkinan anak, cucu atau cicit Nabi Sulaiman dengan Puteri Balqis yang mewarisi kerajaan Saba' kemudian dari keturunannya muncul raja-raja yang memerintah kerajaan Himyar di hujung Semenanjung Arab. Iskandar Zulkarnain kedua adalah raja empayar lama Parsi yang dipanggil Empayar Achaemenid (hidup sekitar tahun 550 Sebelum Masihi), Iskandar Zulkarnain ketiga pula adalah Alexander the Great dari Macedonia di Yunani, Eropah (330 SM) di mana ketiga-tiga batang tubuh ada hubungan keturunan (Iskandar I keturunan Iskandar II keturunan Iskandar III) tapi dari segi rohaninya adalah orang yang sama jua.

Merong Mahawangsa I yang datang ketika Gunung Jerai masih Pulau Serai adalah keturunan Iskandar Zulkarnain I. Walaupun Hikayat Merong Mahawangsa menyebut semasa baginda hidup ada orang bertemu Nabi Sulaiman AS dan ini membayangkan baginda seperti hidup pada zaman Nabi Allah itu, pemerhatian saya tidak begitu. Merong Mahawangsa ini hidup selepas Nabi Sulaiman wafat namun watak zamannya dapat berjumpa Nabi tersebut disebabkan adanya tempat 'lompatan' masa di mana belaku pertindihan ruang zaman dahulu dan kemudian sehingga seseorang itu boleh bertemu dengan orang yang telah mangkat beberapa ratus tahun lebih awal seolah-olah ia masih hidup lagi. Namun saya pun tidak faham bagaimana Merong Mahawangsa I ini boleh bertindih dengan Merong Mahawangsa II yang menurunkan Sultan Muzaffar Shah I Kedah 7 keturunan kemudian (saya pun tak ingat betulkah 7 keturunan kerana saya menulis terus tanpa rujukan kerana tidak mahu gerak ilham penulisan ini terganggu). Adapun Merong Mahawangsa II inilah yang datang sekitar 750 Masihi dan saya percaya baginda adalah orang yang sama dengan Saidina Salman Al-Farisi (rujuk artikel lama Kepala naga Merong Mahawangsa dan legasi Saidina Salman Al-Farisi, satu petanda daripada era lebih 1,200 tahun lalu?).

Dari Merong Mahawangsa II turun pula Merong Mahawangsa III yang merajai Kedah 1100an Masihi. Kiranya 3 batang tubuh berlainan tetapi rohaninya orang yang sama. Saya tidak akan menerangkan bagaimana ini boleh berlaku. Cukuplah disebut ia ibarat reinkarnasi dalam kepercayaan Hindu tetapi bukan. Perkara ini cuma boleh difahami apabila dilihat di luar lingkungan masa di mana roh yang tidak terpenjara dengan mana-mana hukum sebab dan akibat yang biasa kita fahami boleh menzahirkan diri di dalam tiga tubuh badan pada tiga zaman berlainan. Cubalah bertanya pada orang lama yang faham...



Puas melihat makam Sultan Muzaffar Shah I Kedah kami pun berkejar ke arah Sungai Petani.



Kami bukan mahu ke bandar itu tetapi perlu menghala ke sana kerana mesti menyeberangi dahulu bahagian Sungai Merbok yang dekat ke Sungai Petani.



Agak-agak apakah destinasi seterusnya?






Walaupun cuba berkejar secepat mungkin akhirnya kami terpaksa juga berbuka puasa di tepian jalan, masih agak jauh juga dari destinasi.


OKlah. Kami mahu ke Kota Kuala Muda sebelum ke Pantai Merdeka. Lihat artikel Kota (Fort of) Kuala Muda dan Masjid (Mosque of) Kota Raja, Kota Kuala Muda diikuti Pantai Merdeka at night di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami juga mengambil sedikit masa untuk berjalan-jalan di sekitar Kampung Sintuk Bugis, Kampung Bukit Meriam juga ke Kuala Muda sebelah Kedah.


Malah kami juga melihat Kuala Muda atau kuala Sungai Muda di bahagian selatan yang termasuk di dalam wilayah Pulau Pinang. Ada faktor 131 di sini... lihat poskod kawasan...


Setelah itu baru berkejar untuk mendapatkan feri ke bahagian pulau Pulau Pinang (ingat, Pulau Pinang juga termasuk Seberang Perai yang terletak di tanah besar Semenanjung).




Nasib baik sempat mendapatkan feri terakhir yang berlepas tengah malam. Semasa dalam perjalananlah kami dapat mendengar bunyi mercun menandakan sambutan merdeka 31 Ogos 2010 iaitu hari kemerdekaan ke 43 Malaysia telah bermula.Untuk makluman masih ada lagi 3 artikel dalam siri "Mencari jejak Merong" sebelum segalanya selesai... :]




9 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Tuan, bila baca tentang teori tuan pasal Merong Mahawangsa = Salman Al-Farisi, terasa juga maybe ada benarnya. Tapi kalau ikut semakan saya, Salman Al-Farisi meninggal pada tahun 644M, masa usia dia 78 tahun, & dimakamkan di Iraq, So, mana mungkin dia adalah Merong yang datang sekitar 750M ke Kedah? Maybe Salman di Acheh tu adalah pembesar lain? Mintak pandangan & pencerahan sikit.

    Opss, jangan salah sangka pulak ye saya sanggah ni. saya bukan follower blog sayyam cadbury tuh. Just nak bkongsi pandangan jek...

    BalasPadam
  2. opss.. maafkan saya. Lagi satu nak tanya, ni pasal isu lain pulak. apa pandangan tuan pasal dakwaan yang mengatakan sesetengah Raja-raja Melayu sekarang ni bukan pewaris sebenar Raja? macam blog Raja Ahmad Nasir yang mendakwa sebagai pewaris sebenar takhta Negeri Perak, dan Tengku Iskandar bin Tengku Ahmad dari Kerabat long Yunus yang mendakwa dialah sebenarnya Sultan Muhammad V Kelantan? siap jual pingat Datuk lagi tuh!!!

    Ada juga yang cakap takhta Johor sekarang keturunan Temenggong sementara takhta Pahang keturunan Bendahara. Sultan yang asal dari keturunan Melaka adalah di Riau-Lingga tapi dah tak jadi Sultan lagi sebab Indonesia jadi Republik.

    Mohon pemcerahan jugak tuan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada pendapat saya, mmg ramai sultan skrg yg bkn berdarah sultan tp, rasanye bkn semua. klau nk cri yg btl2 pure ada diraja ni, payah sikit, sbb KEBANYAKKAN diorg ni dh jd org biasa. ramai je kat luar sana tu yg berdarah raja, tp, x nk ada kaitan dgn istana

      Padam
  3. Wassalam. Takda masalah. Kadangkala berlaku orang sengaja menyuruh orang lain mengisytiharkan dirinya sudah meninggal dunia sehingga didirikan makam tetapi dia sebenarnya berhijrah ke tempat lain memulakan kehidupan baru dan tidak mahu dikenali lagi oleh orang dari tempat tinggalnya dahulu. Bab raja2 sekarang bukan raja sebenar tu dah ramai orang tahu. Tiada yang memeranjatkan sebab dahulu lagi dah banyak kes keturunan afdhal biasanya anak sulung seorang raja yang cukup segala sifat untuk menaiki takhta disisihkan sebaliknya dinaikkan anak lebih muda malah anak gundik yang sudi menyokong penjajah. Tetapi mengaku diri kita sebagai waris afdhal? Bersepah lagi keturunan raja yang lebih pekat darah tapi dah lama terbuang dari takhta, tak nak pun kecoh2 tapi senyap2 tetap menjalankan amanah sebagai anak raja...

    Sultan keturunan Melaka di Johor pula tamat apabila Sultan Mahmud mangkat dijulang tahun 1699 dikatakan tidak meninggalkan waris lalu bendahara naik jadi sultan. Kemudian dari adik-beradik bendahara yang naik sultan ni diangkat seorang jadi bendahara seorang jadi temenggung. Sultan keturunan bendahara terakhir adalah Sultan Ali yang takhtanya kemudian diambil alih Temenggung Ibrahim moyang Sultan Johor sekarang dalam tahun 1855 gitu. Sementara itu bendaharanya mengangkat diri jadi Sultan Pahang juga dengan sokongan Inggeris yang mahu memecahbelahkan Empayar Johor-Riau-Lingga yang merupakan warisan Empayar Melaka.

    p/s: Diriwayatkan saya lupa di mana Nabi Muhammad SAW mendoakan agar Salman Al-Farisi berumur panjang. Kalau setakat 78 tahun tu panjang hapa? Zaman sekarang pun masih ada orang umur lebih 100 tahun inikan zaman dahulu. Kalau setakat umur 200 tahun masih banyak lagi zaman tu...

    BalasPadam
  4. bro, dah layan filem Merong Mahawangsa? tak nak bagi komen apa2 ke? ada satu group nyanyok tu siap ugut nak saman KRU if KRU tak pegi jumpa 'raja' diorg yg dikatakan keturunan mutlak Merong. sebab depa kata filem KRU tu mem'fitnah' sejarah realiti. Hahaha!!!

    BalasPadam
  5. Belum lagi. Belum datang dia punya soon (betul ke aku cakap ni? nak try cakap kutu style lama konon, hehe). Bagus jugak kalau puak tu nak saman. Silakanlah. Makin terserlah mengarutnya satu dunia boleh nampak. Diaorang je yang tak sedar diaorang tu dah mengarut. Orang ketawakan diaorang pun diaorang ingat orang boleh sokong. Kronik dah... tak boleh tegur lagi...

    BalasPadam
  6. blog yg mengagumkan.. many useful info.. sungguh.. salam kenal.. kalau rajin2, meh laa singgah blog hamba (AKU SEBUTIR PASIR) kalau berminat nak baca my travel experiences to 45 buah negara.. :)

    BalasPadam
  7. kalau ingin tahu cerita sebenar salasilah Merong Mahawangsa hingga generasi ke 8, pergilah ke Wat Siam Korat yg besar.didalam sana tersimpan rahsianya..Wallahualam..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah hari saya dapat pergi ziarah makam sultan muzaffar shah 1. pada pemerhatian saya ada juga manusia yg pergi memuja di malam... yang jaga di situ merasa sedih sbb tu perbuatan tidak baik...

    BalasPadam