Jumaat, Mac 25, 2011

Mencari jejak Merong : Lebuh Aceh dan faktor 555 di Pulau Pinang






Hits counter pada blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ketika dibuka sekitar jam 10 pagi semalam. Alhamdulillah, dah lepas 300,000 pengunjung...

---------------

Assalamualaikum. Dalam artikel lepas iaitu Mencari jejak Merong : Sultan Muzaffar Shah I Kedah... betulkah baginda juga adalah Merong Mahawangsa? telah ditunjukkan bagaimana setelah menziarahi makam Sultan Muzaffar Shah I dan beberapa tempat lain di Kedah kami akhirnya masuk ke Pulau Pinang tengah malam. Biar diulang kami sampai ketika baru masuk 31 Ogos 2010, hari kemerdekaan Malaysia yang ke 43. Sekarang biar cerita diteruskan.


Tengahari itu selepas puas berehat di sebuah hotel murah kami bersedia untuk berjalan-jalan melihat Pulau Pinang.


Tempat pertama dituju adalah bangunan ini.


Ia ada kena-mengena dengan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Lihat Nagore Dargha Sheriff, Pulau Pinang . Hmm... elok juga jika dapat dikaitkan dengan cerita di dalam Mencari jejak Merong : Sheikh Abdul Qadir Shah Alirah, Sultan Siam-Kedah atau Sultan Perlak, kerajaan lama Aceh?.


Seterusnya kami berpusing-pusing di sekitar Georgetown. Lihat artikel Going around Georgetown in Pulau Pinang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Kemudian saya melihat Masjid Kapitan Keling dan kawasan pemakaman berdekatan masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Makam keluarga Kapitan Keling (Tombs of the Kapitan Keling family), Pulau Pinang.



Oh. Saya sengaja menumpukan kepada gambar restoran nasi kandar yang terdapat di sebelah masjid. Awal pagi sebelumnya di sinilah saya beratur untuk mendapatkan hidangan untuk bersahur.



Dari Masjid Kapitan Keling kami menghala ke Lebuh Aceh yang terletak tidak sampai 300 meter jauh.


Hmm. Seingat saya dalam lawatan terdahulu kawasan ini masih dibaik-pulih.


Sekarang nampak elok. Tetapi saya sangsi, apakah proses baik-pulih yang memakan masa beberapa tahun ini menguntungkan orang Melayu Islam? Dahulu sepanjang jalan ini terdapat banyak kedai kitab agama. Tetapi pengusahanya semua keluar apabila proses baik-pulih bermula kalau tak salah sebelum tahun 2004 lagi. Apakah mereka dapat kembali ke sini ataupun kawasan ini sudah diambil alih Cha Ya Nun Alif?



Dahulu Lebuh Aceh adalah kawasan penempatan besar orang Melayu di Georgetown. Ia dibuka seorang kerabat diraja Aceh yang dikenali sebagai Tuanku Syed Hussein Aidid, pada papan tanda ini disebut sebagai Tunku Syed Hussein Idid. Namun kedudukannya sudah jadi tersepit. Biar disalin balik isi berkaitan dari buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" yang terbit Jun 2006.


-----------

Berbalik kepada perjalanan mencari Lebuh Aceh di Pulau Pinang. Ada juga hikmah sehingga Rasyid terlajak sampai ke bangunan Komtar...

Kalau tahu jalan pintas dari Masjid Kapitan Keling, kemungkinan besar dia akan terus masuk dan berehat di Masjid Lebuh Aceh lalu tidak dapat melihat hakikat sebenar keadaan Lebuh Aceh ketika itu. Sebaliknya dari bangunan Komtar, anak kelahiran Muar, Johor itu terpaksa berpatah-balik sebelum memasuki jalan lain yang memerlukannya merentas sepanjang lebih separuh lebuh itu, jalan yang perlu melepasi sebuah rumah besar peninggalan seorang saudagar Arab dari keluarga Sayyid Al-Attas sebelum sampai ke masjid. Lalu terserlahlah kepincangan kawasan yang pernah menjadi kebanggaan anak watan Pulau Pinang ini...

Dalam perjalanan itu, Rasyid banyak menggeleng-gelengkan kepala. “Kata area Melayu tetapi yang nampak kedai Cina belaka,” getus hatinya.

Jika satu masa dahulu, Lebuh Aceh pernah menjadi tempat berkumpul segenap jemaah haji daripada seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura sebelum berlepas ke tanah suci, aktiviti yang dapat dilihatnya malam itu cuma sebuah opera Cina berdekatan. Kedai-kedai buku dan kitab agama milik orang Melayu masih banyak terdapat di situ tetapi semuanya tidak berpenghuni lagi, daif seperti menunggu masa sahaja untuk dirobohkan. Nampaknya yang tinggal Melayu cuma Masjid Lebuh Aceh dan kawasan sekeliling, itupun sebab ia berdiri di atas saki-baki tanah wakaf yang ditinggalkan untuk membela nasib bangsa. Kalau tidak kerana itu, mungkin langsung tidak ada apa-apa lagi kesan tinggalan milik orang kita. Mungkin ketika itu, Lebuh Aceh dan sekitarnya sedang, sedang dibaik-pulih? Jalan tarnya telah dipecahkan sementara ada bahagian yang dilubangkan. Malah ada sebuah lubang di tengah jalan yang separuh ditakungi air, nampaknya cukup besar untuk menenggelamkan sebuah kereta...

Rasyid bertanya kepada seorang pemuda yang sedang lalu, mengapa jadi begini. Kata pemuda itu, sebab kerajaan hendak mencantikkan Lebuh Aceh, mahu buat persiaran batu-bata untuk pejalan kaki... “Sebab itu kedai-kedai milik Melayu dikosongkan,” katanya lagi. Tetapi mengapakah orang Cina masih ramai di situ? Ada kelihatan di rumah-rumah kedai walaupun tidak dibuka untuk perniagaan. Mana pula pergi orang Melayu kita?

Pemuda itu tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan ini. Dia cuma tersenyum sinis kemudian melangkah pergi. Nampak gayanya seperti sudah meluat, fed-up dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Mungkin dia salah seorang penduduk Melayu situ yang akhirnya terpinggir?

Memang rumah-rumah kedai di Lebuh Aceh sudah buruk belaka. Memang patut dikosongkan supaya dapat dibina baru, lebih elok dan canggih, lebih sesuai dengan image Pulau Pinang sebagai bandaraya moden menuju wawasan Malaysia negara maju 2020. Tetapi siapakah yang sebenarnya akan mendapat keuntungan apabila projek untuk memperbaiki dan mencantikkan warisan utama orang Melayu di Georgetown ini siap nanti? Apakah orang Melayu akan dapat mempertahankan hak mereka ke atas kawasan prime property yang pernah diwakafkan semata-mata untuk kebajikan anak watan? Atau mereka nanti terpaksa dipinggirkan ke kampung-kampung di luar arus pembangunan pesat Pulau Pinang?

Masjid Lebuh Aceh pula, masjid tertua di pulau ini yang masih mengekalkan bangunan asal berumur hampir 200 tahun sudah jarang digunakan. Sudah jadi seperti rumah hantu, bukan lagi rumah Tuhan... Yang selalu datang meramaikan masjid cuma para penarik beca dan kutu rayap. Datang pun setakat hendak melepaskan penat lelah seraya menghisap rokok di tepian tembok bukannya hendak sembahyang, apalagi menghidupkan rumah Allah... Kalaulah orang Melayu dahulukala boleh melihat apa yang berlaku, mahu mereka menangis agaknya...

“Apakah Lebuh Aceh nanti akan menjadi Lebuh Ah Chong?” Rasyid tertanya-tanya. “Tak mustahil jika orang Melayu terus terpinggir begini...”



Apapun kami masuk ke dalam Masjid Lebuh Aceh sebelum menziarahi makam Tuanku Syed Hussein. Lihat Masjid (Mosque of) Lebuh Aceh, Pulau Pinang dan Makam (Tomb of) Tuanku Syed Hussein Aidid.



Ketika meninggalkan masjid terlihat jam kereta menunjukkan ini.


Ketika itu kami masih berada di Lebuh Aceh tetapi berdekatan rumah besar milik seorang hartawan zaman dahulu bernama Syed Muhammad Al-Attas yang kini telah dijadikan muzium. Beliau dikatakan sesetengah pihak sebagai ketua kongsi gelap. Walhal yang dikatakan kongsi gelap itu adalah satu badan berani mati pandai bersilat yang pernah bertindak menjaga kepentingan dan kemaslahatan orang Melayu dan Islam pada ketika penjajah Inggeris sengaja menaikkan orang asing dan meminggirkan warga asal.


Seterusnya kami melihat tepian pantai di Padang Kota...






Di situ terdapat kota Inggeris yang dipanggil Fort Cornwallis, kota yang saya tidak suka sama sekali kewujudannya kerana menjadi tapak penjajahan Inggeris yang awal sebelum mereka mendapat Singapura lalu mula menjajah seluruh Tanah Melayu. Namun atas gerak tertentu saya harus menjadikannya satu artikel bertajuk Fort Cornwallis, Pulau Pinang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Kebetulan ia menjadi artikel ke 555 di sana. Apakah ada kaitan tersurat dan tersirat dengan artikel ke 555 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH iaitu A token from Brunei... dan ke 555 di blogspot ini iaitu Artikel ke 555: Betul ke keluarga saya dahulu menyimpan Taming Sari? Apa pula kena-mengena dengan Sultan Malikus Saleh??




Selesai itu kami pun mengorak langkah kembali ke tanah besar. Lihat Crossing the Pulau Pinang bridge. Selepas ini kita akan melihat apa ada di bahagian sana Pulau Pinang. Ingat, negeri ini juga meliputi sebahagian tanah besar... :]


5 ulasan:

  1. bro, nak cerita pasal politik bosan. tapi aku nak luahkan jugak. eventho aku bukan pure penang, tapi still ada sedara mara kat sana. ramai yg mengeluh bila puak hijau ngan biru laut ni menang, terus senyap. padahal dulu depa la jaguh yg kononnya perjuang ttg nasib orang kita.

    apa nak buat. dapat KM Kristian yg tahu kelemahan orang Melayu. siap didoakn dlm solat jumaat. Mana ada tokoh kristian lain yg orang melayu tergamak nak doakan dlm solat Jumaat ganti Yang Dipertuan Agong! senang jek nak amek ati orang Melayu. dalam ucapan selit sikit pasal dosa, pahala, amar makruf nahi mungkar. orang kita pun syok la bertakbir... padahal si Kristian tu bukannya paham pun, dalam hati gelak sakan tengok kebodohan orang kita... =(

    BalasPadam
  2. Apa bole buat lo. Itu olang kan kalipah Umal ibnu Aziz lo...

    BalasPadam
  3. Buat anon kat atas tu, kan Merah dah ckp pembangunan tu bermula dari 2004 lg. Masa tu kan puak Dacing yg perintah. Pastu sebelum KM kristian tu KM 'Islam' ke?. Masa tu nasib melayu cemerlang, gemilang dan terbilang ke?. Atau tiba2 masa tahun 2008 terus jadi terpinggir bawah KM kristian tu.

    BalasPadam
  4. aku dah agak dah... mesti jadik isu politik bila aku bagi komen kat atas tu..

    hang baca balik komen aku tu betoi2. aku bukan nak berbalah pasai politik. aku cuma luahkn apa yg sedara mara aku rasakan kat sana. sekurang2nya, teruk2 dulu, takde la sampai gerai2 Melayu sesuka ati diroboh, peniaga mamak senang2 dimaki hamun EXCO, kampung2 Melayu nak dihapusnya.. tapi bila kena kat tempat kedai chayanunalip, wah... takde apa pun yg salah... banyak lagi kisah aku dgr pasal 'Khalifah' Kristian sanjungan sstgh umat Islam nih... cuma, rasanya tak payahlah nak berbalah kat sini... bosan...

    neway, lupa nak bgtau pulak. sedara aku kat Penang tu dulu sibuk kempen & undi parti mata dajal kat penanti masa PRU2008 dulu. skrg??? senyap, dah tak bunyi lagi dah pasal politik... sedih... =(

    BalasPadam
  5. Orang tua2 kata keluar mulut rimau masuk mulut bapak naga.Teringat lky dulu2 nak ambil hati Melayu sampai boleh jajah pulau selatan tu.Taktik sama digunakan lagi tapi Melayu tak sedar2 juga.Manjang aje terkena.

    Tak payah bercekau pasal politiklah,yg penting Melayu wajib bersatu.Kalau tak macam ni lah jadinya.

    BalasPadam