Isnin, April 12, 2010

Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama di Perak

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan. Pada hujung minggu baru ini saya dan isteri telah membawa anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid yang pada hari Selasa esok akan cukup umur 6 bulan untuk menziarahi lebih 40 makam terpilih di serata negeri Perak. Antara yang dilawati ialah kesemua 29 makam Sultan-sultan Perak yang terdapat di sepanjang Sungai Perak, dari Kuala Kangsar 255 km ke utara Kuala Lumpur turun menyusur aliran sungai 140 km selatan hingga ke Teluk Intan. Namun perjalanan sebenar memakan jarak keseluruhan 600 km dari rumah kami di Bandar Tasik Puteri hingga kembali melalui Kuala Selangor lewat malam tadi. Ini kerana untuk ke makam-makam tertentu kami perlu berpatah-balik menyeberangi Sungai Perak melalui jambatan di Kampung Gajah untuk mendapatkan bot dari satu kampung yang terletak jauh terpencil di selatan Pasir Salak.

Sukacita juga dimaklumkan, dalam perjalanan inilah saya dapat menziarahi makam 5 orang Sultan yang tidak pernah diziarahi sebelum ini kerana kedudukan yang terpencil lagi susah untuk ditemui mahupun dicapai. Saya juga dapat menunaikan beberapa hajat tertunda, misalnya niat untuk menziarahi makam Sultan ke-4 Perak, Sultan Tajul Ariffin yang terletak di atas sebuah pulau di tengah Sungai Perak. Sembilan tahun lalu iaitu pada penghujung 2001 saya pernah bercadang ke sana tetapi tidap berjaya mendapatkan bot. Kali ini saya dapat membawa anak isteri sehingga ke tempat yang dianggap amat keras lagi keramat ini, begitu ditakuti penduduk tempatan...

Syukur kepada Allah, anak kecil kami Al-Rasyid dapat bertahan malah kami bertiga cuma bermalam di surau dan masjid sahaja. Cerita tentang perjalanan Insyaallah akan diluahkan di blogspot apabila sampai giliran. Maklumlah, cerita lawatan ke Aceh penghujung bulan Februari yang sedang dalam proses penceritaan pun belum selesai... sedangkan saya juga ada cerita lawatan ke Aceh penghujung Januari yang belum dimulakan, juga satu perjalanan ke selatan melihat stesyen-stesyen keretapi yang turut membawa ke banyak tempat menarik dari Rembau hingga ke Johor Bahru.

Sekarang biar saya berehat melepaskan penat-lelah. Pancit wooo.... terutama apabila perlu masuk ke kawasan-kawasan bersemak dengan perut kosong mencari makam di ceruk-ceruk yang tidak dapat dimasuki kenderaan kecuali motosikal ataupun bot, kemudian perlu pula berjalan kaki masuk parit keluar parit dan sebagainya sehingga kasut pun boleh putus, kaki pula berdarah-darah digigit pacat...

9 ulasan:

  1. Alhamdulillah ...semoga Allah permudahkan hajat dan urusan tuan sekeluarga dan dilindungi Allah dari perkara yg x diingini..x sabar menunggu tulisan tuan nanti..

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum En.Radzi,

    Akak juga tak sabar nak baca catatan pengalaman menjejaki makam-makam itu . Anak kecil itu juga sekental babahnya..Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Terimakasih saudara Fidus... waalaikumussalam Kak Nadz. Insyaallah saya cuba percepatkan giliran penceritaan... :]

    BalasPadam
  4. Tuan nampak macam sakit

    BalasPadam
  5. Penat. Gambar tu diambil tengahari Ahad. Sabtu tu dah pegi 16 makam Sultan + 4-5 makam lain di pelbagai tempat, tido malam pun setakat kat masjid je, sebelum Subuh dah kena bangun. Malam sebelumnya, bila sampai ke Kuala Kangsar dari Rawang pun kami setakat tido kat surau...

    Hari Sabtu tu pula dah keluar jalan-jalan pi Pasir Salak pulak. Lepas tu pegi makam 5 orang Sultan + 2 orang lain termasuk Megat Terawis. Gambar ni diambil di makam yang lepas tu le... kiranya makam Sultan yang ke 22 dilawati dalam misi kali ini. Masa tu kepala dok congak, ada 7 lagi makam Sultan perlu dilawati + 2-3 makam lain, 4 daripadanya terletak di tempat-tempat yang paling susah nak dicapai. Dan kami sebenarnya tak makam tengahari atau petang pun setakat minum air je... dah selesai semuanya lepas Maghrib baru dok makan...

    BalasPadam
  6. Salam saudara Radzi. Jika saudara berkunjung ke Kuala Kangsar menziarahi makam Sulan Mansur Syah di Kota Lama Kanan, kita boleh bertemu. Tapi sayangnya jika pada hari bekerja saya tak dapat kecuali hari Ahad. Jika pada sebelah malam saya ada berjemaah di Masjid berkenaan yang amat berhampiran dengan rumah saya.

    Jika saudara ke sana, boleh bertanyakan rumah Mansor Shah pada jemaah atau penduduk.

    BalasPadam
  7. as-salam tuan...kalau dah hampir ke tarikh untuk tuan ke beting beras basah,harap maklumkan pada saya..leh kita jumpa disana..insyaallah...ada citer gak ni...nanti saya email kat tuan..apa yg berlaku ketika saya disana baru2 ini..geram juga nak dukung si kecik tu..hehehe...

    BalasPadam
  8. kpd fiduz;
    adakah ni berkenaan 3 org pakcik yg melawat beting beras basuh tempoh ari?

    BalasPadam
  9. 3 org pakcik....ader aper info tuan?...email kat saya fiduz666@gmail.com...seronok gak nak tahu...tq

    BalasPadam