Selepas melihat kapal besar yang terdampar jauh ke darat akibat pukulan ombak ganas Tsunami yang melanda 26 Disember 2004 kami kembali ke pusat Banda Aceh untuk melihat beberapa tempat bersejarah yang ada. Cukuplah video-video klip ini untuk menerangkan cerita. Kalau tak cukup mungkin artikel Celebrating the Prophet's birthday in Aceh : The historical sites at Banda Aceh yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi dan Makam keluarga kerajaan (Tombs of the ruling families) di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) boleh menolong...
p/s: Insyaallah kalau tiada aral melintang, malam ini saya akan berlepas ke Perak dan bermalam di luar Kuala Kangsar. Cadangnya mahu menziarahi makam-makam utama sepanjang Sungai Perak bermula dari makam Tok Temong dan kalau boleh makam setiap Sultan Perak... banyak tu. Sebelum Sultan Azlan menaiki takhta, Perak pernah diperintah 33 orang Sultan dan semuanya dimakamkan di Perak, kecuali 4 atau 5 orang. Ada antara makam yang terletak di ceruk-ceruk sunyi yang agak jauh dari apa-apa penempatan, jalannya teruk, begitu susah dimasuki kenderaan. Harap cuaca elok dan dipermudahkan perjalanan... doakan saya ya!
Assallamualaikum anakanda,
BalasPadamSemoga selamat perjalanan menjejaki pusara dan menambah ilmu.
Waalaikumussalam.
BalasPadamTerimakasih kak... :]
jalan baik2.....jangan langgar traffic lite....hehehe (pesan kawan2 yang baik2....)
BalasPadamas-salam...semoga allah permudahkan segala urusan tuan sekeluarga dan dilindungi Allah dari perkara yg tak diingini...
BalasPadam