Isnin, Januari 25, 2010

Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Menutup perjalanan di makam Sultan Alauddin!

Hmm. Elok kita 'bungkus' terus kisah pengembaraan Al-Rasyid ke selatan ini ya. Bersambung daripada artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Kerajaan lama Gelanggayu, kopi Kluang dan kenangan sekolah menengah lalu... .


Puas menyusuri kenangan lama di Sekolah Menengah Sains Johor, saya pun terus membawa isteri dan anak menghala ke Air Hitam.


Air Hitam, juga dieja sebagai Ayer Hitam tidaklah begitu jauh daripada bandar Kluang. Setelah berjalan tak sampai 10 km daripada Sekolah Sains kelihatan papantanda di atas. Satu soalan matematik UPSR... berpandukan maklumat yang diberi murid-murid, berapakah agaknya jarak daripada Kluang ke Air Hitam?

Kami berehat seketika sambil melihat keadaan di Air Hitam. Lihat apa yang terpampang dalam artikel Ayer Hitam, the 'centre' of Johor yang baru sahaja dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Adapun asalnya daripada Air Hitam kami merancang untuk ke Parit Raja, Batu Pahat. Tetapi bapa saudara yang ingin ditemui pula berada di Muar, maka saya membuat keputusan untuk menghala ke Yong Peng.


Separuh daripada jalan menghala ke Yong Peng ini selari dengan Lebuhraya Utara Selatan. Maka itu dalam sesetengah peta, jalannya kelihatan hilang 'ditindih' garisan hijau lebuhraya. Yong Peng merupakan salah satu laluan utama yang boleh membawa ke Muar. Dari satu segi, nampaknya Allah memakbulkan hajat saya untuk mengambil laluan yang sudah lama tidak saya tempuhi ini.



Di satu bahagian jalan ke Yong Peng menyeberangi lebuhraya...




Tak lama kemudian sampailah kami ke Yong Peng...





Bandarnya sederhana besar, tak da le apa sangat. Cuma seperti disebut tadi, ia terletak pada satu laluan yang ingin saya ambil... kerana ada sebab tertentu...







Apakah sebab itu? Lihat bukit di hadapan. Maaf ya gambar yang diambil dari dalam kereta kurang terang. Itulah penangan habuk banyak daripada jalan ke Empangan Linggiu yang dilalui pagi itu. Lihat kembali artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Kerajaan lama Gelanggayu, kopi Kluang dan kenangan sekolah menengah lalu... ...







Adapun bukit ini dipanggil Bukit Payung. Untuk mengambil gambar lebih elok saya harus menghentikan kereta kemudian menyeberang jalan.








Bukan apa, saya tertarik pada bentuk bongkah-bongkah batu berhampiran puncak yang mengingatkan saya pada kisah legenda batu belah batu bertangkup yang boleh menelan orang. Dahulu semasa belajar di Sekolah Sains, ada masanya saya menumpang kereta saudara untuk kembali ke rumah musim cuti juga kembali ke sekolah. Ketika itulah saya terlihat bongkah-bongkah batu ini. Hmm. Rasanya dahulu ia kelihatan jauh lebih besar dan terserlah...






Oh. Bukit tadi terletak berdekatan Parit Sulong...






Parit Sulong adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Batu Pahat hampir masuk ke Muar...





Tidak lama kemudian kelihatan simpang masuk ke Pagoh yang terletak di dalam daerah Muar...






Maka tanpa dirancang, dapatlah kami menghala ke Kampung Raja, Pagoh. Sedangkan kalau setakat mahu kembali ke Muar, lebih elok kami berjalan terus tanpa mengambil apa-apa simpang...





Dapatlah kami menutup pengembaraan Al-Rasyid ke selatan dengan ziarah ke makam Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah Melaka 1477-1488 Masihi), Sultan yang tercatit sebagai seorang wali Allah terpilih. Dapatlah juga kami sampai ke rumah bersiap-sedia menyambut Hari Raya Aidil Adha keesokannya Hari Jumaat. Kiranya pengembaraan ini tamat hari Khamis dengan kami dapat mengambil laluan yang sesuai untuk menyampaikan segala hajat. Sekian! :]





3 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudara Radzi,
    Saya mempersilakan saudara singgah ke Restoran Nasi Ayam Hj Ali di Parit Raja, Batu Pahat. Kalau dari pekan Ayer Hitam kedainya lebih kurang 3 km sebelum pekan Parit Raja di sebelah kanan jalan utama Ayer Hitam Batu Pahat.
    Anak2 saya kalau balik kampung tak singgah di situ memang tak sah, siap bungkus lagi.
    Selamat mencuba.

    BalasPadam
  2. Wah! ini tak boleh jadi ni! saya pun nak promosi gak!

    Saya mempersilakan abang singgah ke Restoran Nasi Beriani Mat Syah di beteng (dpn spital southern specialist), Batu Pahat. sberang jambatan Batu Pahat dari arah Muar.
    Kalau balik BP tak singgah di situ memang tak sah, mai sepinggan!

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah pernah sampai di makam ini bulan lepas..
    Tergerak ati selepas dpt alamat ke makam ini..
    Semasa bacaan Yaasin, terasa angin yg sgt kuat dr belah surau ke arah makam melalui hutan2 yg ade kat situ..pelik sbb sebelum tu xde angin pun..
    Semasa bacaan doa semakin kuat...
    Tp sy layan je ape sbb niat hanya hendak menziarahi makam...
    Dan tergerak mencium batu nisan kedua2 makan dgn kepala yg berdenyut2...
    mm, entahlah...
    tp yg mana makam sultan ye abg radzi? jika dr pintu pagar makam?belah kanan or kiri?

    BalasPadam