Jumaat, Januari 08, 2010

Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Pusara si Bongkok, Tanjung Puteri...


Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri



Setelah beberapa lama meninggalkan Pekan Nenas sampailah kita ke satu kawasan paling selatan di Semenanjung...


Sejurus kemudian kami mula menyusuri jalan tepian selat... Selat Tebrau yang memisahkan tanah besar dengan pulau kecil yang boleh tahan lagaknya iaitu Singapura!

Perjalanan tepian selat mengingatkan kepada zaman kecil-kecil di mana saya dan keluarga sering berkunjung ke rumah saudara-mara di Johor Bahru dan Singapura. Teringat betapa dahulu sepanjang perjalanan ini ada pantai yang cantik di mana orang sering bermandi-manda. Teringat mengutip siput laut yang bermacam rupa... lebih menarik lagi kehadiran bermacam jenis haiwan tapak sulaiman yang sering terdampar lalu saya bawa balik ke Muar di mana ia mula mereput dan menjadi busuk...


Ketika itu menara dan dataran bandaraya ini belum wujud begitu juga bangunan-bangunan tinggi yang kelihatan di latar-belakang...



Yang terselah di sekitar ini dahulu adalah Hospital Sultanah Aminah yang masih wujud dengan rupa yang sama hingga kini. Saya biasa dengan kawasan ini kerana selalu pergi ke rumah seorang datuk saudara di berek hospital. Dalam perjalanan terbaru ini, saya berhenti di hadapan hospital untuk menghubungi adinda bongsu saya yang bertugas sebagai seorang doktor...




Seterusnya di tepian selat boleh kelihatan Masjid Abu Bakar, sama lebih kurang seperti dahulu...





Dari masjid seseorang boleh mendapatkan pemandangan yang elok menyeberangi Selat Tebrau sehingga ke Singapura...


Tadi semasa membuat artikel baru tentang masjid ini di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) baru saya tersedar batu asas masjid ini diletak pada 1 Muharam 1310 Hijrah. Ini bersamaan 26 Julai 1892 Masihi, namun faktor 131 pada tarikh Hijrah tetap nampak terserlah. Sila lihat artikel Masjid (Mosque of Abu Bakar), Johor Bahru... ).


Sepanjang berada di masjid, Al-Rasyid cuma tidur sahaja di dalam kereta. Sejak meninggalkan Pontian sejam lebih awal tadi begitulah keadaannya...



Selepas meninggalkan masjid timbul gerak rasa spontan untuk mencari makam diraja Johor di Johor Bahru yang belum pernah dilawati sebelum ini...


Saya sebut "makam diraja Johor di Johor Bahru" kerana tahun 2008 saya sudah pergi ke makam diraja Johor di Kota Tinggi tetapi tidak pernah menziarahi makam yang di sini. Makam di Kota Tinggi adalah tempat bersemadinya keluarga diraja Johor lama yang berasal dari keturunan Sultan-sultan Melaka sedangkan yang di sini pula adalah dari keturunan Temenggung yang merupakan satu pecahan keluarga Bendahara Johor lama.

Bangunan utama makam menempatkan jenazah sultan-sultan dan kerabat diraja terdekat. Yang menarik, sebaik sahaja kami sampai, pintu telah terbuka malah baru sahaja dibuka. Rupa-rupanya ada seorang ahli kerabat diraja Johor yang baru kembali dari majlis istana datang melawat. Dapatlah saya melihat apa yang ada di dalamnya. Lihat artikel Makam diraja (Royal tomb complex of) Johor, Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru ) yang baru dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi...


Daripada kerabat diraja itu saya dapat tahu kedudukan makam Sultan Ismail, Sultan ke 25 Perak yang pernah diturunkan takhta oleh Inggeris selepas Perjanjian Pangkor 1874 kemudian diasingkan ke Johor akibat penglibatan baginda dalam pembunuhan Residen pertama Britsh ke Perak, J.W.W. Birch. Sahabat saya Merbawi yang rajin mengunjungi blogspot ini telah terlebih dahulu menjejaki kedudukan makam ini. Lihat artikel Mencari Makam Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah (Marhum Mangkat Di Sekudai) Sultan Perak Ke 25 yang dibuatnya Julai 2009.



Kemudian baru saya menyambung mengambil gambar-gambar bangunan dan tempat yang boleh dijadikan simbol-simbol atau identiti bandaraya Johor Bahru yang boleh diketengahkan dalam buku tentang keluarga sebelah ibu berketurunan Jawa yang sedang saya usahakan kini, buku yang penulisan dan pengumpulan datanya ketika ini sedang tergantung kerana atas sebab-sebab tertentu saya jadi hilang mood dan masih belum 'pulih' dari situasi ini. Mungkin gerak kerja itu akan kembali bertenaga selepas atau semasa menyiapkan siri pengembaraan Al-Rasyid ke selatan? Harap-haraplah begitu...








Antara gambar yang diambil adalah sudut bandaraya yang ini. Saya ingat, suatu masa dahulu ia boleh dikira permulaan masuk ke bandaraya (dahulunya bandar) Johor Bahru... sedangkan kini sempadan bandaraya telah meluas lebih 10 kilometer ke semua arah ke utara Selat Tebrau...




Termasuk tempat/binaan/bangunan yang melambangkan keberadaan Johor Bahru adalah tambak Johor menyeberangi Selat Tebrau membawa ke kawasan Woodlands di Singapura...


Kompleks kastam dan imisgresyen lama yang kelihatan seperti itik kartun sedang tersengih di latar-belakang juga merupakan satu komponen yang menjadi satu identiti Johor Bahru walaupun kini fungsinya telah berpindah ke bangunan baru sedikit ke utara...



Kini kepesatan pembangunan Johor Bahru hampir menyamai apa yang ada di Kuala Lumpur. Tentunya ia jauh lebih maju daripada masa-masa ketika ia masih dikenali sebagai Tanjung Puteri iaitu sebelum dijadikan ibunegeri oleh keluarga Temenggung yang mula menaiki takhta penghujung abad ke 19 Masihi. Maka berbalik kita pada pada bait-bait akhir lagu "Tanjung Puteri" sebagai menyambung bahagian lagu yang membuka artikel ini...



Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri




Lalu mungkin ada yang bertanya kenapa pula tajuk kecil artikel ini diberi nama "Pusara si Bongkok, Tanjung Puteri"? Entahlah. Sebenarnya saya main bantai aje setelah teringat lagu "Tanjung Puteri". Bagi warga Johor yang tahu cerita-cerita lama, tentu pernah mendengar kisah pahlawan Si Bongkok ini. Namun ada yang menyebut pusara sebenarnya terletak lebih menghampiri Kota Tinggi dan Tanjung Puteri yang dimaksudkan itu sebenarnya terletak berhampiran Bukit Belungkor, menyeberangi Sungai Johor yang sangat lebar itu, ada le juga dalam 20km kalau berjalan terus dari Johor Bahru ke situ (laluan jalanraya lebih jauh kerana perlu ke Kota Tinggi sebelum menghala ke tenggara).

Apapun, nama Tanjung Puteri tetap disebut ramai sebagai nama lama Johor Bahru. Mungkin Si Bongkok dalam konteks ini lebih sesuai dikaitkan dengan Sultan Ismail Perak yang makamnya memang terletak di lereng bukit di Jalan Mahmoodiah? Kerana tidak mustahil pada akhir hayatnya baginda mula menjadi bongkok akibat hidup tua dalam keadaan terbuang daripada daerah asalnya. Atau mungkin juga Si Bongkok itu adalah saya sendiri yang sering 'terbongkok-bongkok' ke sana ke mari mencari entah apa lalu melepaskan cerita-cerita sebegini di blogspot ini? Kalau begitu di manakah pula pusara Si Bongkok ini yang kini menetap di Bandar Tasik Puteri?


20 ulasan:

  1. Salam,
    MS, den tertarik dengan kisah si Bongkok ni...kalau tak silap den..bukankah beliau ni dituduh sebagai lanun...walau bagaimanapun masyarakat tempatan pada waktu itu anggap beliau seperti 'Robin Hood'. Mohon jasa baik anda ceritakn kisahnya sekiranya tau :) - piero

    BalasPadam
  2. Wassalam. Yep, beliau dituduh menjadi lanun oleh Inggeris. Ni, aku copy n paste...

    Si Bongkok tanjung puteri
    [b]Kebencian terhadap penjajah punca pendekar yang didakwa lanun bersama pengikut bangkit menentang British[/b]

    ADA beberapa tokoh misteri yang nama mereka ‘hilang’ dalam lembaran sejarah perjuangan menentang penjajah di tanah air, ratusan tahun lalu. Walaupun kewujudan mereka suatu ketika dulu memberi sumbangan besar dan mencetuskan kegerunan di jiwa penjajah, kebanyakan tokoh ini tidak disebut dalam mana-mana dokumen sejarah.



    Menyedari pentingnya sumbangan dan kewujudan pahlawan misteri itu didedahkan kepada khalayak untuk diiktiraf sejarah tanah air, ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Jelebu, Negeri Sembilan; Abdul Latip Talib, memulakan penyelidikan bagi membongkar rahsia kehilangan mereka.

    “Antara tokoh terbabit adalah Si Bongkok Tanjung Puteri yang sehingga kini, sejarah perjuangannya masih tidak diketahui ramai pihak,” katanya yang menulis novel sejarah berkenaan pahlawan itu, tahun lalu.

    Beliau berkata, tidak seperti tokoh pejuang lain seperti Datuk Bahaman di Pahang atau Rentap di Sarawak, sejarah negara ini tidak pernah mengenali siapa Si Bongkok yang berjuang menentang British dan sekutunya di Johor.

    “Ceritanya bermula apabila British mula menjajah Singapura seterusnya cuba melebarkan pengaruh mereka ke Johor,” kata Abdul Latip seterusnya memulakan kisah perjuangan Si Bongkok Tanjung Puteri yang kini semakin hilang dalam lipatan sejarah negara.

    Pernah suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British.

    Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman.

    Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru). Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British.

    BalasPadam
  3. Sambung...

    Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman, dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali.

    Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Dinamakan dirinya sebagai ‘Si Bongkok’ berikutan keadaan tubuh badannya yang cacat iaitu bongkok ke kanan manakala tangan kirinya pula cengkung. Mukanya pula herot dan bengkak ke kanan.

    Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam.

    Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok.

    Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut.

    Kebenciannya terhadap penjajah dan pemimpin tempatan yang mengadakan hubungan dengan bangsa asing itu menyebabkan Si Bongkok bersama pengikutnya bangkit menentang.

    Mereka akan menyerang kapal bangsa asing yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri atau Singapura. Tindakan itu menyebabkan British melabelkan mereka sebagai lanun.

    Disebabkan serangan Si Bongkok dan pengikutnya, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot kerana kebanyakan pedagang asing tidak lagi berani memasuki wilayah itu.

    Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada British menyebabkan bangsa asing itu mengarahkan Temenggung Abdul Rahman supaya menghapuskan kumpulan Si Bongkok.

    Bagaimanapun, walau pelbagai cara digunakan untuk membunuh Si Bongkok, usaha itu tidak pernah berhasil kerana dipercayai tiada siapa yang mengetahui cara untuk mengatasi ilmu kebal yang dikuasai pahlawan itu.




    Usaha mengekang serangan Si Bongkok terus diperketat dengan rondaan berterusan diadakan di perairan Selat Tebrau. Kerajaan Johor dan British juga semakin khuatir kerana angkatan laut Si Bongkok memiliki ubat bedil dan senjata api hasil rampasan kapal dagang Barat yang diserang mereka.

    BalasPadam
  4. Sambung lagi... (besar punya!)

    Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek meronda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok. Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perisiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor.

    Rondaan kapal perang Panglima Johor akhirnya berjaya mengesan kedudukan kapal Si Bongkok. Mereka segera merapati kapal itu untuk menyerangnya.

    Si Bongkok mengarahkan pengikutnya seramai lima puluh orang menyerang belas askar diraja itu. Pertempuran hebat berlaku di atas kapal, di tengah lautan.

    Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam.

    Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar. Angkatan perang Panglima Johor berjaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok berjaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.

    Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan.

    Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih. Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan.

    Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alek, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok. Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dan Singapura.

    Episod akhir perjuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalnya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor.

    Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar.

    Akhirnya, di tepi pantai Tanjung Belungkur, dua beradik itu bersemuka buat kali terakhir. Pertelingkahan terus tercetus dengan masing-masing menegakkan prinsip yang tersemat di hati.

    Panglima Putih terus membela Temenggung Abdul Rahman dan Si Bongkok terus mempertahankan hak kedaulatan Tengku Ali dan maruah tanah air daripada campur tangan British.

    Pertengkaran hebat itu akhirnya berlarutan kepada pergaduhan. Kedua-dua pahlawan gagah perkasa itu bertempur hebat dan tangkas tetapi Panglima Putih tetap gagal membolosi keris ke jasad Si Bongkok lantaran kekebalan pahlawan itu.

    Selepas melihat adiknya beriya-iya mahu membunuhnya walaupun beliau adalah abang kandung panglima diraja itu, Si Bongkok akhirnya pasrah. Beliau tidak sanggup membunuh adiknya sendiri atau melihat adiknya yang sudah dipengaruhi British, membunuhnya dirinya.

    Ketika itulah, Si Bongkok membongkar rahsia kelemahan ilmu kebalnya. Beliau menikam dirinya sendiri dan di tepi pantai Tanjung Belungkur, berakhirlah riwayat dan perjuangan Si Bongkok demi membela tanah airnya yang tercinta. Pahlawan itu mati di atas pangkuan adiknya.

    BalasPadam
  5. Last sekali...

    Inggeris label si Bongkok sebagai pengganas
    “SELEPAS Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan.

    “Kemudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahsia,” kata penulis novel Si Bongkok Tanjung Puteri, Abdul Latip Talib.

    Beliau berkata, pengebumian itu dilakukan secara rahsia kemungkinan bagi mengelakkan Kerajaan Johor dan British mengambil jasad pahlawan yang sememangnya disokong penduduk tempatan.

    Katanya, penduduk terbabit juga mungkin khuatir mereka akan ditahan pihak berkuasa kerana mengebumikan jasad Si Bongkok menyebabkan mereka tidak menghebohkan lokasi mayat itu ditanam.

    Kini, pusara berkenaan terletak dalam hutan belukar di kaki bukit Tanjung Puteri dan pengunjung perlu meredah semak dan denai selama setengah jam untuk sampai di sana. Penduduk yang tidak biasa dengan keadaan hutan itu, pasti tersesat dan tidak menemui kubur pahlawan berkenaan.

    Sebaik melihat pusara berkenaan pula, perasaan sayu dan pilu menjelma di jiwa tatkala melihat keadaannya yang terbiar tanpa ada usaha untuk memuliharanya. Pusara itu sekadar bernesankan sekeping papan yang sudah reput.

    “Mengikut cerita penduduk tempatan, nesan itu diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara pahlawan berkenaan,” katanya.

    Abdul Talib berkata, berdasarkan penemuan kubur berkenaan selain cerita mengenai Si Bongkok yang tersebar secara lisan sehingga hampir ke seluruh Johor sehingga kini, maka beliau yakin yang Si Bongkok sememangnya pernah wujud dan bukanlah cerita dongeng. Malah, namanya turut disebut dalam lagu rakyat Johor iaitu ‘Tanjung Puteri’.

    Katanya, beliau mula menulis novel sejarah mengenai Si Bongkok sejak tahun lalu bagi memperbetulkan kembali ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadap pahlawan itu kononnya beliau adalah lanun dan bukannya pejuang menentang penjajah.

    Selain itu, usaha membukukan kisah perjuangan Si Bongkok juga dibuat Abdul Latip bagi membolehkan cebisan sejarah lisan yang tersimpan dalam ingatan orang lama, tidak hilang ditelan masa seterusnya nama Si Bongkok akan dikenang melewati masa.

    “Saya percaya ramai pejuang Melayu yang nama mereka hilang daripada lipatan sejarah negara kita dan Si Bongkok adalah seorang daripada pejuang itu; sejarah kita dulu ditulis British menyebabkan ramai pahlawan kita yang menentang mereka dianggap penderhaka dan nama mereka tidak dicatat dalam sejarah.

    “Saya berharap supaya sejarah ini boleh diperbetulkan semula dan pihak terbabit perlu tampil mengiktiraf perjuangan Si Bongkok setaraf dengan nama pejuang lain seperti Tok Janggut, Dol Said dan sebagainya,” katanya.

    Abdul Latip juga menggesa pihak berkuasa supaya memulihara pusara Si Bongkok sebagai satu daripada warisan peninggalan sejarah yang bukan saja dibanggakan rakyat Johor tetapi rakyat negara ini.

    “Saya sendiri sudah pergi ke Tanjung Belungkur untuk melihat sendiri pusara Si Bongkok Tanjung Puteri, keadaannya amat menyedihkan kerana terbiar. Selepas 50 tahun kita merdeka, masihkah kita sependapat dengan penjajah yang melabelkan Si Bongkok itu lanun dan pengganas?” katanya.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Kita mengenal sejarah dari apa yang dicatatkan oleh penulis Melayu di zaman penjajahan.
    Tidakkah kita musykil kemungkinan sejarah ditulis dipengaruhi oleh unsur2 yang memesongkan persepsi orang melayu sendiri terhadap bangsa dan tanah air.
    Apa yang lahir dari istana mestilah sempurna, maka sekiranya anak yang lahir itu cacat fizikal tubuhnya akan dibawa keluar dari istana untuk menutup Aib Keluarga Diraja.
    Si Bongkok adalah anak raja, dilahirkan di dalam istana dan dibuang kerana kecacatannya.
    Tercatit dalam Sejarah bahawa Si Bongkok memihak kepada Tengku Ali untuk mendapatkan kuasa Kesultanan Johor, tetapi kemungkinan besar yang sebenarnya adalah beliau berjuang untuk mendapatkan semula Kerajaan dari Adiknya, Tengku Putih.
    Kenapa tapak Sulaiman yg saudara jumpa dan cuba bawa pulang, digelar Tapak Nabi Sulaiman? Dalam bahasa Inggeris dipanggil Starfish.

    BalasPadam
  7. Wassalam.

    Termasuk dalam syarat-syarat untuk menjadi pemimpin seperti digariskan dalam banyak kitab lama ketatanegaraan seperti kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja adalah sempura tubuh badan juga akal bicara. Ini kerana seseorang pemimpin itu menjadi contoh yang layak dipandang tinggi oleh rakyat. Seseorang bakal raja seharusnya ada ilmu kepahlawanan juga tetapi yang lebih utama adalah kewibawaan untuk memimpin. Selalunya ini bermakna dia mempunyai rupa paras yang elok, senang dipandang orang, bicara tutur yang mampu membuat orang mendengar dan mengikutnya berserta akal tinggi yang dapat memandang jauh ke hadapan melangkaui kebiasaan. Satu lagi kriteria kalau mengikut pengajian saya pula adalah dia juga sudah kenal Allah, kenal diri, tenggelam dalam keEsaan lalu layak menjadi khalifah... maka dia mendapat daulat iaitu kekuasaan atas naungan daripada Allah jua.

    Memang menjadi kesalahan jika seseorang itu dikeluarkan daripada lingkungan kerabat diraja semata-mata kerana dilahirkan cacat. Tetapi untuk menjadi raja, dia sudah hilang kelayakan kerana tidak sempurna tubuh badan, itulah hakikat alam. Kalau betul si Bongkok bergaduh kerana hendak mendapatkan takhta untuk diri sendiri, saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Adapun satu lagi sifat pemimpin sejati adalah rela mengalah menyerahkan kepimpinan kepada orang lain jika ada orang lain yang mampu memimpin dengan lebih baik sambil menerbitkan kedamaian juga kesejahteraan untuk rakyat. Tapi kalau si Bongkok menentang keluarga Temenggung Johor, itu memang selayaknya kerana mereka telah bersekongkol dengan Inggeris.

    Tentang tapak Sulaiman tu, adakah saudara mahu memberitahu bahawa Nabi Sulaiman itu jari kakinya sebegitu rupa? Saya pernah mendengar telahan sebegini namun saya rasa tidak. Itu cuma jangkaan sesetengah orang, mungkin melalui pengajian mereka, mungkin melalui pandangan batin yang dipengaruhi unsur jin sepertimana Ratu Balqis dikatakan kakinya berbulu ke hapa disebabkan baginda berdarah separuh jin. Tidak... ini semua fitnah untuk merendahkan martabat mereka. Adapun semua Rasul dan para Nabi itu sempurna sifat dan tubuh-badannya mengikut protaip asal iaitu bentuk tubuh-badan Nabi Adam AS. Mereka datang daripada genetik terpilih dan terpelihara supaya manusia lain yang mungkin sudah turun kualiti genetik mereka dapat melihat para Nabi dan Rasul sebagai contoh untuk menjadi manusia terbaik lalu dapatlah mereka pedoman untuk kembali ke fitrah asal.

    Saya tak tahu daripada mana saudara dapat cerita yang diberikan di komen atas tadi. Tapi tak mengapa. Silalah sambung. Saya juga mahu mendengar cerita-cerita daripada sumber lain...


    Teruskan bercerita saudara...

    BalasPadam
  8. Maksud di sebalik kata nama Tpak Nabi Sulaiman adalah penggunaannya dalam bahasa Melayu. Mungkinkah orang Melayu dahulu pernah mengetahui kewujudan Nabi Sulaiman a.s. sebelum Islam tersebar ke Nusantara? Tentang kisah Ratu Balqis itu saya kurang arif.
    Namun begitu pemahaman sifat fizikal saudara tentang Nabi2 dan Rasul2 ada kebenarannya. Namun begitu telah menjadi adat alam suka kepada yang cantik dan sempurna sifatnya. Sedangkan Allah adalah lebih hampir kepada yang miskin, susah dan yang dipandang hina oleh manusia.
    Renungkan dua peristiwa penyebaran Islam ke Nusantara.
    Yang Pertama - Kisah Mubaligh Islam yang tiba di pantai dan dijemput ke Istana mengadap Sultan.
    Yang Kedua - Kisah Mubaligh Islam yang tiba di pantai dan Sultan keluar dari Istana menuju ke pantai mengadap Mubaligh Islam tersebut.

    BalasPadam
  9. Radzi, untuk mengatakan Si Bongkok ni bunuh diri merupakan satu rumusan yang berat...

    BalasPadam
  10. Hmm. Tak taulah sebab itu isi copy and paste daripada mana entah, dah lupa...

    Rumusannya? Aku memang Melayu. Sebab aku dah lupa dan Melayu mudah lupa. Hepi April Fool, heh! :]

    BalasPadam
  11. Bagaimana pula tentang pahlawan terbilang yg menjadi misteri, hilang begitu saja….. PANGLIMA HARIMAU BERANTAI, yg menjadi pengawal bumi Johor!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam tn mohd zaid..sy juga berminat utk mengetahui lebih lanjut perihal panglima harimau berantai yg tn maksudkan..adakah panglima harimau berantai.yg tn maksudkan ini dr kota tinggi johor@johor lama dan sy ingin tahu juga..panglima ini bernaung di bawah raja johor yg mana..

      Padam
  12. https://eresources.nlb.gov.sg/history/events/87147014-94bd-4a77-a26f-e1cc8ef02359

    BalasPadam
  13. Johor Treaty Is Signed, 10 March 1855

    BalasPadam
  14. On 10 March 1855, William Butterworth, who was then the governor of the Straits Settlements, officiated at the signing of a treaty held in Singapore in which Tengku Ali ceded sovereignty over Johor (except Muar) to Temenggong Daing Ibrahim in return for a lump sum payment of 5,000 Spanish dollars, a fixed monthly allowance of 500 Spanish dollars and titular recognition as Sultan of Johor.[1]Tengku Ali was the eldest son of Sultan Hussein Shah, who had a hand in the founding of modern Singapore when he, together with Temenggong Abdul Rahman, authorised the British East India Company to set up a trading post on the island through the 1819 treaty signed with Sir Stamford Raffles. When Sultan Hussein died in 1835, the British were against the formal recognition of Tengku Ali, then 11 years old, as heir in view of his youth and the fact that the late sultan held little political influence.[2] In 1840, the British colonial government issued a proclamation that pronounced Tengku Ali as successor, but this move merely entitled to him all the property belonging to his late father and did not amount to his inheritance of the sultanate.[3]The British were wary of installing Tengku Ali as sultan in light of the superior influence of Temenggong Daing Ibrahim, the second son of Temenggong Abdul Rahman.[4] Daing Ibrahim was installed as Temenggong of Johor at New Harbour, Singapore, in the presence of George Bonham, who was then the governor of the Straits Settlements, and the Bendahara of Pahang, on 19 August 1841.[5] Daing Ibrahim’s appointment as Temenggong of Johor established him as the chief of the Malay community in Singapore and affirmed his de facto rule over mainland Johor.[6] In contrast to Tengku Ali, who was in heavy debt, the enterprising Daing Ibrahim derived considerable revenue from his monopoly on the gutta percha trade.[7] The growing prosperity of Johor in the 1840s led Tengku Ali to demand a share of the state revenue in addition to his appeals for recognition as sultan.[8] The issue threatened the peace of the Malayan peninsula as the Sultan of Lingga, the Sultan of Terengganu and the young nobility of Johor backed Tengku Ali, while the Bendahara of Pahang allied himself with Daing Ibrahim.[9] Moreover, members of the mercantile community in Singapore, namely William Read, William Kerr, William Patterson and Henry Simmons, became embroiled in the situation. Read advised Tengku Ali on his claims, while the other three men supported Daing Ibrahim.[10]In facilitating the Johor Treaty of 1855, the British colonial government not only sought to put the longstanding dispute to rest, but also to curb the meddling in native politics by commercial interests in Singapore.[11] More importantly, the British sought to forestall major hostility between the Malay states, which would not only disrupt trade and encourage piracy, but also affect the economic position of Singapore.[12]

    BalasPadam
  15. References 1. Allen, J. de V., Stockwell, A. J., & Wright, L. R. (Eds.). (1981). A collection of treaties and other documents affecting the States of Malaysia, 1761–1963 (pp. 46–47). London: Oceana Publications. Call no.: RSEA 341.0264595 COL; Swettenham, F. (1975). British Malaya: An account of the origin and progress of British influence in Malaya (p. 100). New York: AMS Press. Call no.: RSING 959.5 SWE.2. Winstedt, R. O. (1992). A history of Johore, 1365–1941. (p. 105). Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Call no.: RSING 959.511903 WIN.3. Winstedt, 1992, p. 105.4. Tarling, N. (1969). British policy in the Malay Peninsula and Archipelago, 1824–1871 (p. 57). Kuala Lumpur: Oxford University Press. Call no.: RSING 327.420895 TAR.5. Winstedt, 1992, p. 104. 6. Manogaran Suppiah. (2006). The temenggongs of Telok Blangah: The progenitor of modern Johor. In K. K. Khoo, Elinah Abdullah & M. H. Wan (Eds.), Malays/Muslims in Singapore: Selected readings in history, 1819–1965 (p. 49). Selangor: Pelanduk Publications in cooperation with Centre for Research on Islamic and Malay Affairs. Call no.: RSING 305.8992805958 MAL.7. Winstedt, 1992, p. 105; Tarling, 1969, p. 57.8. Tarling, 1969, p. 56.9. Tarling, 1969, p. 58.10. Tarling, 1969, pp. 58, 60. 11. Turnbull, C. M. (2009). A history of modern Singapore, 1819–2005 (p. 69). Singapore: NUS Press. Call no.: RSING 959.57 TUR.12. Tarling, 1969, p. 60.

    The information in this article is valid as at 2014 and correct as far as we are able to ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the Library for further reading materials on the topic.

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. British dan Temenggong Abdul Rahman telah mengambil kesempatan untuk merampas Johor bermula pada tahun 1835 kerana pada ketika itu usia Tengku Ali (anakanda lelaki pewaris tahta Almarhum Sultan Hussein) hanya berumur 11 tahun.

    BalasPadam
  18. Terima kasih atas perkongsian maklumatnya.

    BalasPadam