Artikel ke 252 bertajuk Masjid India (the Indian mosque), Kuala Lumpur... sudahpun dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , diikuti artikel ke 343 bertajuk The Chamang waterfalls in Bentong, Pahang di BERPETUALANG KE ACEH . Sekarang sampai masanya untuk artikel ke 535 di sini, kiranya sambungan dari artikel Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang... yang baru sahaja disiapkan tadi.
Untuk makluman, di TV3 pernah terkeluar cerita di ruangan berita mengatakan, menurut sesetengah paranormal kawasan ini pernah menjadi pusat sebuah kerajaan lama. Lihat artikel-artikel lama ini, In Putrajaya, to look for the seat of an ancient kingdom dan Tapak kerajaan lama di Putrajaya? (Site of an old kingdom in Putrajaya?)
Saya tak tahu kerajaan siapakah itu. Cuma terbetik dalam hati ia ada kena-mengena dengan Raja Johan Shah atau Shah Johan. Siapakah beliau ini? Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, cerita Melayu lama ada menyebut raja Gangganegara sebagai Raja Gangga Shah Johan gitu. Kemudian ada orang memberitahu saya bahawa di Sungai Siput, sebuah bukit yang memiliki puncak berbentuk agak ganjil berkait juga dengan seorang raja yang namanya ada perkataan Johan Shah atau Shah Johan. Lihat artikel lama Sungai Siput as base camp... Where a giant face looks out from on top a hill...
Hmm... adapun menurut ceritanya, kerajaan lama Aceh di Lamuri dibuka dan diIslamkan oleh Raja Johan Shah. Ada kena-mengena ke? Entah... sebab nama Johan Shah itu sendiri sebenarnya agak general ataupun umum kerana ia cuma nama gelaran raja yang berasal dari bahasa Parsi. Misalnya ada sejumlah raja-raja Aceh yang mana di belakang nama mereka diletakkan gelaran Johan Shah, atau nama mereka ditambah dengan perkataan Sultan Alaiddin Johan Shah, misalnya Sultan Alaiddin Ahmad Johan Shah.
Dari Presint 4 kami mengambil jalan besar menghala ke Putrajaya. Kelihatan tersergam gagah dalam perjalanan bangunan mahkamah di atas ini. Terfikir pula saya bahawa bentuk bangunan ini dibuat berdasarkan bentuk bangunan lama yang memang pernah wujud entah di mana dalam dunia Islam. Yang pasti, saya teringat sebuah mimpi lama di mana saya terbang naik ke langit lalu terbentang di hadapan saya sebuah kota tamadun gemilang Islam. Dan bangunan utama dalam mimpi itu yang kelihatan betul-betul di hadapan dan bawah saya hampir serupa dengan bangunan mahkamah ini!
Saya tertarik melihat dua orang Mat Saleh sedang diberi penerangan tentang sesuatu...
Seterusnya saya mula mengambil gambar masjid...
Ada pula menyebut rekabentuk masjid berkubah tinggi dengan tepian kubah dikelilingi binaan batu seperti kelopak bunga menjulur keluar meniru bentuk masjid di Isfahan, sebuah bandar besar Iran yang telah berdiri sejak lebih 2,500 tahun lalu. Tempoh masa ini bertepatan zaman kehadiran pemerintah agung empayar Achaemenid atau Parsi lama yang dikenali sebagai Cyrus the Great, satu watak yang dipercayai sesetengah pihak sebagai penakluk beriman Iskandar Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Quran. Hadis Nabi ada menyebut kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari timur. Ada yang percaya timur yang dimaksudkan adalah di Malaysia. Dalam keadaan sekarang di mana umat Islam sering dipermainkan, mungkin Masjid Putra boleh memangkin semangat?
Ketika itu seluruh Putrajaya masih terdiri dari bukit-bukau yang sedang dimajukan, tasik-tasiknya belum wujud, yang ada cuma tanah merah, sedikit bahagian bekas ladang kelapa sawit yang baru ditebang, juga rumah-rumah kongsi. Rasanya belum ada apa-apa binaan bangunan baru yang cukup menonjol.
Tetapi tugu besi yang ada di bukit ini telah disiapkan lebih dahulu. Dengan ini cukuplah gerak rasa saya untuk membuat artikel ke 535 di sini ini ya. Untuk makluman, nombor 535 juga sering mengingatkan kepada motosikal besar saya yang kapasiti enjinnya memang 535cc. Sebulan ini ia berada di dalam bengkel... walaupun kerja membaiki sedikit kerosakan yang menyebabkannya ia berada di bengkel sudah siap sekurang-kurangnya 2-3 minggu lalu, saya masih belum mengambilnya kerana sibuk dengan hal lain... minggu lepas baru saya ada memberitahu mekanik dan tuan punya kedai mahu mengambilnya Insyaallah Selasa ini. Sekian... :]
Salam MS,
BalasPadamMungkin Putrajaya ada kaitan,after all namanya dulu bukankah Perang Besar? Warga Putjya, samda di ofis atau di kuarters kerajaan biasa juga terjumpa penghuni alam lain, di presint 18, ramai yg tak berani duduk kerana ada gangguan. Semasa pemerintahan PM AB, saya merasakan Putjya semacam suram, tidak sblm itu semasa Mahathir, ia begitu berseri2 dan dikagumi pelawat luar dan dalam negeri. Insyaallah, dengan PM N, akan kembali serinya kerana wawasan yg sama.
assalamualaikum MS..
BalasPadamperahu-perahu di tasik tu, khabarnya memang ditempah daripada tukang perahu dari Terengganu... dari Pulau Duyung, kalau tak silap... wallahuaklam..!
Salam..
BalasPadamHmm tadi member satu opis ada bagitau yg Presint 4 tu tak dapat dibangunkan sebab pernah terjadi mesin2 untuk kerja2 pembinaan habis musnah..even pernah kontraktor2 cina ni siap letak colok ... konon nak halau benda2 halus..
Ada yang setengah orang kata ada harta karun pulak..hehe..!!tapi yang pasti memang pernah wujud kerajaan lama Selangor dulu di sini..
salam
BalasPadamitu mmg tempat kerajaan lama diselangor, monumen alaf baru itu bukan sekadar pembaziran, tp tanda peringatan tentang alaf baru
putrajaya akan dikagumi pada mase akan dtg kerana reka bentuk bangunan yg unik
tak percaya?
mohon pada Allah dipanjangkan umo serta sihat selalu maka akan terbukti ape yg diceritakan
Assalamualaikum semoga sejahtera. Kerajaan lama yang bertapak di perang besar memang terkenal dikalangan penduduk dengkil dan jenderam. Malah orang2 asli di ampangan tenang tahu akan sejarah asal usulnya. Kerajaannya berkait rapat dengan asal negara melaka lama. Ada perkampungan orang asli yang dipindahkan untuk membina putrajaya. Kampung lama tersebut ada dibawah tasik tu.
BalasPadamJohan shah, Shah Johan..
BalasPadamada kaitan Shah Jehan?
Salaam Hormat Bang MS,
BalasPadamDah ambik ke motor tu, bang?
hihihi
^_^
Ladang Segdeley dan Prang Besar tempat saya bermain-main semasa kecil dahulu.
BalasPadam