Sabtu lepas, setelah kepala saya jam teruk ketika terjemahan melepasi mukasurat 255 gitu, saya dan isteri pun membuat keputusan untuk berjalan-jalan di Kuala Selangor yang terletak lebih kurang 20km dari rumah kami. Kami naik ke Bukit Melawati yang pernah menjadi pusat pemerintahan awal kesultanan Selangor lalu mendapati semua meriam yang ada dibungkus kain kuning. Apa ini? Sedangkan kami sudah banyak kali ke sini, belum pernah lagi melihat semua meriam yang ada dibungkus begini. Selalunya yang dibungkus cuma meriam di kawasan pemakaman diraja, atas sedikit dari masjid lama pekan Kuala Selangor.
Hmm... Sultan Selangor membayar nazar dengan membungkus kain kuning pada setiap meriam lama di Bukit Melawati? "Tidak," kata isteri saya. "Rasanya ada sebab lain lagi".
Oh, sebenarnya kami naik lagi ke Bukit Melawati untuk memastikan sekali lagi kedudukan sebenar kuala Sungai Selangor dari atas. Selama ini kami telah beberapa kali ke Kuala Selangor tetapi petang Sabtu, sebelum menaiki Bukit Melawati baru kami pertama kali melihat kuala sebenar Kuala Selangor sedangkan pekan Kuala Selangor itu sendiri terletak 2-3 km dari kuala sungai. Jadi kami mahu melihat kembali di manakah laluan yang diambil jika dilihat dari atas bukit.
Lihat artikel-artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sekian ya... moga-moga saya dapat menyambung kembali kerja penterjemahan buku Ahlul Bait malam ini dengan lancar tanpa sakit-sakit badan mahupun kepala. Doakan saya ya. :]
Kuala Selangor Nature Park - The Selangor river mouth at last!
Kuala Selangor Nature Park - Looking at what's available including the wildlife
Kuala Selangor Nature Park - Sizing up the paths...
Dengar cerita ada alamat akan kemunculan waris yang haq... sebagai tanda penghormatan "keluar"nya orang itu
BalasPadamHmm... bagaimanakah ceritanya?
BalasPadamKeluarnya waris yg haq, membawa makmur dan kekuatan bangsa.
BalasPadamCerita warisan keturunan turun-temurun.
Waris yang akan "menghuni" Alam Syah setelah sekian lama tiada "berpenghuni".
Maaf, saya pun tahu sipi-sipi jer.
mcm ada keturunan lain plak yg bakal mewarisi ....
BalasPadamCerita sipi2 nyer macam tu lar... tapi entahkan benar entahkan tidak. Macam fairy tales la plak
BalasPadamMemang la fairy tales, sebab dalam suasana politik begini la senang org nak menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan.
BalasPadamAnonymous boleh saya berjumpa saudara boleh bg no tel tak
BalasPadam