Ini pula boleh dikira cerita 'celah'... kalau ikut urutan masa, ia berlaku sebelum gambar terakhir dalam artikel Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - dan anak-anak setelah hampir 2 bulan tak berjumpa... tadi.
Setelah ikut mendaftar anak-anak di sekolah, kami keluar ke jalan besar yang kebetulan membawa masuk ke Nilam Puri di mana terletaknya Masjid Kampung Laut. Kelihatan kain rentang protes terhadap kekejaman Yahudi menyerang penduduk Palestin di Gaza yang sedang hangat ketika itu.
Adapun buku berwarna hijau ini pernah diletakkan di beberapa buah masjid di Melaka lebih setahun lepas. Apa yang berlaku adalah sejumlah buku telah dirosakkan anai-anai ketika dalam simpanan di salun milik seorang kawan, jadi daripada ia terbuang, elok diletakkan di masjid-masjid. Lagipun pada kulit hadapan buku tertera gambar sebuah masjid lama di Perak.
Sebenarnya separuh dari buku ini elok lagi tetapi cuma dikotori sedikit tanah dari anai-anai. Kalau digosok dan bersihkan sudah cukup untuk melayakkan ia kembali dijual di kedai-kedai. Tetapi ketika itu saya sudah berniat untuk menghadiahkan ke masjid-masjid. Cuma semasa hendak ke Pantai Timur baru-baru ini baru saya teringat hendak menyambung usaha lalu membawa 33 buah naskah bersama.
Kemudian saya cuba mencari dalam artikel lama. Rasanya pernah diletakkan sedutan tentang bagaimana semasa sedang berehat di Masjid India, muncul satu watak misteri berjubah yang meminta saya membelanjanya makan. Watak bernama Muhammad Yusuf itu kemudian menghilangkan diri. Tak sampai dua minggu selepas itu, saya terbawa ke makam Tok Kenali buat pertama kali dalam hidup lalu mendapati nama wali Allah ini juga Muhammad Yusuf malah rupa dan bentuk badannya dalam gambar mirip orang yang muncul di Masjid India itu!
ramai orang sembahayang zuhur ye kat sana.
BalasPadamRamai gak, rasanya dapat lebih 20 saf kot? Masjid Muhammadi memang antara masjid paling best dan menenangkan yang aku pernah pergi.
BalasPadamKat serambi tu ada satu taboh besar, panjang lebih kurang 15 kaki kot lebar 4 kaki ke hapa, lebih sedepa le... rupa-rupanya taboh asal Masjid Kampung Laut!
Masjid Muhammadi tuh 500 mtr jerr dari umah ambo..
BalasPadam