Rabu, Januari 21, 2009

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - Tok Kenali dan sekitar Kota Bahru

Ini pula boleh dikira cerita 'celah'... kalau ikut urutan masa, ia berlaku sebelum gambar terakhir dalam artikel Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - dan anak-anak setelah hampir 2 bulan tak berjumpa... tadi.



Setelah ikut mendaftar anak-anak di sekolah, kami keluar ke jalan besar yang kebetulan membawa masuk ke Nilam Puri di mana terletaknya Masjid Kampung Laut. Kelihatan kain rentang protes terhadap kekejaman Yahudi menyerang penduduk Palestin di Gaza yang sedang hangat ketika itu.

Kami pun masuk ke masjid. Alang-alang dah sampai, eloklah naik... lagipun itu kali pertama saya ke sana bersama isteri dan memang pun kami mahu ke masjid itu, cuma tak pasti pada hari apa.


Kebetulan dalam perjalanan ke Pantai Timur ini saya tergerak untuk membawa sejumlah buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" untuk diletakkan pada masjid-masjid. Maka saya letakkan tiga naskah pada mimbar...

Adapun buku berwarna hijau ini pernah diletakkan di beberapa buah masjid di Melaka lebih setahun lepas. Apa yang berlaku adalah sejumlah buku telah dirosakkan anai-anai ketika dalam simpanan di salun milik seorang kawan, jadi daripada ia terbuang, elok diletakkan di masjid-masjid. Lagipun pada kulit hadapan buku tertera gambar sebuah masjid lama di Perak.

Sebenarnya separuh dari buku ini elok lagi tetapi cuma dikotori sedikit tanah dari anai-anai. Kalau digosok dan bersihkan sudah cukup untuk melayakkan ia kembali dijual di kedai-kedai. Tetapi ketika itu saya sudah berniat untuk menghadiahkan ke masjid-masjid. Cuma semasa hendak ke Pantai Timur baru-baru ini baru saya teringat hendak menyambung usaha lalu membawa 33 buah naskah bersama.



Niat asal saya setelah menziarahi Masjid Kampung Laut adalah untuk terus pergi ke Pasir Mas lalu pergi ke Danau Tok Uban kemudian Masjid Brunei Darussalam. Sebaliknya selepas menunaikan solat dhuha dan bertafakur sebentar, saya tergerak untuk membuka buku "Berpetualang ke Aceh" di mimbar lalu terus terbuka mukasurat yang bercerita tentang wali Allah terkenal di Kelantan, almarhum Tok Kenali.




Saya ambil ini sebagai isyarat agar bertukar arah pergi ke makam Tok Kenali. Hmm... sebenarnya saya bercadang mahu meletakkan sedutan berkenaan dari buku di sini tetapi saya kini di sebuah cyber-cafe sedangkan teks untuk ketiga-tiga buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" tidak diletakkan dalam thumb-drive baru... ada dalam thumb-drive dahulu yang tercicir entah ke mana.

Kemudian saya cuba mencari dalam artikel lama. Rasanya pernah diletakkan sedutan tentang bagaimana semasa sedang berehat di Masjid India, muncul satu watak misteri berjubah yang meminta saya membelanjanya makan. Watak bernama Muhammad Yusuf itu kemudian menghilangkan diri. Tak sampai dua minggu selepas itu, saya terbawa ke makam Tok Kenali buat pertama kali dalam hidup lalu mendapati nama wali Allah ini juga Muhammad Yusuf malah rupa dan bentuk badannya dalam gambar mirip orang yang muncul di Masjid India itu!

Seterusnya kami ke Masjid Tok Kenali...


Kemudian baru ke pusat bandaraya Kota Bahru untuk berjalan-jalan di sekitar Pasar Khadijah...













Masuk Zuhur kami singgah di Masjid Muhammadi...

Selepas bersolat, saya bercadang mahu ke Tumpat untuk menziarahi makam Tok Selehor. Tetapi sebaik sahaja melihat kesesakan teruk lalu-lintas di jambatan, saya mengubah fikiran.





Akhirnya atas cadangan isteri, kami pergi ke rumah bekas abang iparnya, terus bermalam di sana. Ini adalah gambar ke luar pintu sisi rumah itu...



Kelihatan sebahagian tanah luar rumah telah dibanjiri air. Oh, malam sebelum itu, sekali lagi kami dapat tidur dengan anak-anak. Kemudian paginya kami terus ke sekolah untuk melihat hari pertama mereka belajar di Kelantan... :]




3 ulasan:

  1. ramai orang sembahayang zuhur ye kat sana.

    BalasPadam
  2. Ramai gak, rasanya dapat lebih 20 saf kot? Masjid Muhammadi memang antara masjid paling best dan menenangkan yang aku pernah pergi.
    Kat serambi tu ada satu taboh besar, panjang lebih kurang 15 kaki kot lebar 4 kaki ke hapa, lebih sedepa le... rupa-rupanya taboh asal Masjid Kampung Laut!

    BalasPadam
  3. Masjid Muhammadi tuh 500 mtr jerr dari umah ambo..

    BalasPadam