Khamis, Januari 22, 2009

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - kembali ke Kuala Lumpur... singgah di Kuala Lipis



Petang itu kami pun memulakan langkah untuk kembali ke Kuala Lumpur. Kalau tak salah ingat, kami meninggalkan rumah bekas ipas isteri sekitar jam 5.30 petang. Masuk senja kelihatan beberapa pemandangan menarik. Saya pun cuba mengambil gambar...

Ternyata bukan senang mahu mengambil gambar elok sambil memandu kereta...


Akhirnya saya terpaksa berhenti untuk mendapatkan gambar yang sedikit memuaskan. Itupun tidak kelihatan lagi gunung-gunung seperti lebih awal tadi. Sebaliknya saya sekadar dapat berpuas hati mengambil gambar yang menunjukkan satu persimpangan masuk ke Taman Negara.



Kemudian kami singgah di stesyen keretapi Gua Musang...




Saya suka stesyen ini kerana mengingatkan kepada beberapa perjalanan terdahulu di Kelantan...



Setelah minum dan makan sedikit kami menyambung perjalanan. Sampai di Kuala Lipis, Pahang sekitar jam 10 malam gitu lalu singgah di masjid jameknya untuk bersolat...




Ketika itu bulan penuh dilitupi sedikit awan. Cantik!



Kemudian kami singgah di masjid lama tepian pekan. Tapi susah pula nak mengambil gambar dalam keadaan kurang cahaya...




Semasa masuk ke pekan, kelihatan bangunan ini di mana terpapar sedikit maklumat tentang Kuala Lipis. Dalam perjalanan keluar, saya pun singgah sebentar...




Hmm... ada maklumat yang berguna...




Baru saya tahu, masjid lama kayu yang saya suka singgah dan pernah beberapa kali dipaparkan gambarnya di blogspots saya pernah menjadi masjid negeri!




Kemudian ada sedikit sejarah Kuala Lipis yang berguna... bolehlah dipakai dalam cerita untuk projek buku masjid yang proses penulisannya baru sahaja berjaya disiapkan semalam. Kalau ikutkan mahu sahaja saya tamatkan langsung cerita perjalanan terbaru ke Pantai Timur hari ini juga. Tetapi ini akan memakan masa kerana ada beberapa gambar perlu dilepaskan di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) juga. Insyaallah disambung besok ya... selamats! :]












Tiada ulasan:

Catat Ulasan