Jumaat, Januari 23, 2009

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - baru betul-betul kembali ke Kuala Lumpur... setelah bermalam di Raub dan Janda Baik!

OK. Kita tamatkan terus ya siri "Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri" ini... bersambung dari artikel Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - kembali ke Kuala Lumpur... singgah di Kuala Lipis...


Sepatutnya dari Kuala Lipis kami terus kembali ke Kuala Lumpur kerana isteri harus bekerja pagi keesokannya. Tetapi dalam perjalanan ke Raub isteri diserang sakit gigi yang amat sangat sedangkan saya sedikit demam dan terasa penat.

Dalam pada itu saya terdengar isteri menalifon bapanya meminta tolong untuk cuba mengubat dari jauh. Memang bapanya tahu mengubat sakit gigi melalui petua orang tua tetapi bukanlah dengan cara remote begitu. Saya pula kelakar mendengar isteri mengadu dalam bahasa Jawa... "sakit untu pak!". Sakit untu? Rupa-rupanya untu tu gigi! Saya ketawa terbahak-bahak.

Memandangkan kami dua-dua kurang sihat, saya membuat keputusan untuk bermalam di rumah almarhum Nenek. Pagi itu dapatlah kami menziarahi makamnya tidak jauh dari situ...


Kami juga dapat makan tengahari lauk ikan keli asam rong yang amat pedas tetapi menyelerakan di pinggir bandar Raub. Untuk pengetahuan, ini adalah masakan tersendiri orang di sini. Setakat ini saya belum pernah terjumpa ia di luar Raub.

Kemudian saya singgah untuk bersolat di masjid tengah bandar ini, terus terasa mahu mengambil gambar untuk dibuat posting. Sila lihat artikel Masjid (mosque of) Tengku Abu Bakar, Raub yang baru dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi.

Dalam masjid saya terlihat buku ini...

Tergerak untuk membuka terus mana-mana halaman, terus tertumpu pada bahagian tentang doa yang menyebut "Ya Allah ya Tuhanku! Jangan biarkan musuh-musuhku bergembira dengan penyakitku..."

Hmm... memang sejak beberapa tahun ini saya sering disering sakit demam-demam bisa badan, urat, angin dan segala macam perkara yang melemahkan badan terutama apabila sibuk menggali cerita-cerita lama tentang kerajaan-kerajaan Melayu...



Kemudian baru saya pergi mengambil isteri di satu klinik di hujung jalan. Oh, terlupa nak beritahu. Di situlah isteri saya mengambil ubat dan MC untuk hari itu...





Kami pun meneruskan perjalanan menghala ke Bentong...






Selepas Bentong, sejurus sebelum lebuhraya Karak, tergerak pula hendak mengambil jalan lama yang berliku-liku membelah hutan belantara dan bukit-bukau. Sampai satu bahagian jam pula... rupa-rupanya ada pokok tumbang!



Yang menarik, ada kolam air panas ini! Selama ini saya tak perasan pun walaupun pernah terlihat papan-tanda dan melalui jalan yang sama beberapa kali.

Apalagi, kami suami isteri pun melayan mandi. Walaupun ketika itu hari panas... sekurang-kurangnya dapat juga menyidai balik pakaian yang dibasuh di Raub tetapi belum sempat kering tadi.



Jalan lama itu turut membawa terus ke simpang masuk untuk ke Janda Baik. Alang-alang dah lalu, singgah le masuk ke dalam... masuk sekejap ke taman Pak Habib di dalam...





Sempat pula melawat anaknya Syed Abdullah @ Uncle Seekers di dalam. Hati-hati, di sini memang banyak hantu. Bukan main-main punya hantu, hehe!





Oh, ini pula adalah gambar seekor mentadak-mentadu yang muncul lalu hinggap pada pinggan selesai kami makan di sebuah kedai di Janda Baik. Terasa pula hendak mengambil gambar.

Malam itu kami sekadar menginap di sebuah surau yang sudah jarang digunakan, surau tempat saya biasa menginap setelah keluar dari rumah Pak Habib awal 2005. Nyenyak juga tidur malah lebih berkat. Sekurang-kurangnya takda le segala macam hantu yang dikatakan sesetengah orang tua sebagai wali, hehe! Ini kira private joke aku le... ada ke wali-wali boleh main 'pasak' tanam keliling rumah? Ini ke ilmu Tasawuf yang mahu diajar kat aku. Orang ramai yang tak tahu hujung pangkal sebenar boleh le engkau tipu. Pigi raaahh....



Pagi esoknya kami pun keluar terus ke tempat kerja isteri. Ini adalah gambar kawasan Bukit Tinggi. Tammat! :]



2 ulasan:

  1. Salam Sahabat...

    Gambar yg pertama tu macam penah pegi rasanya, di mana agaknya?

    BalasPadam