Kalau ikutkan, saya tak mahu buat apa-apa posting baru sehingga minggu depan kerana seronok tengok gambar "mahkamah mata" saya terletak betul-betul sebelah chatbox. Tapi malam ini timbul rasa yang sangat kuat untuk menyatakan sesuatu walaupun ini akan menyebabkan gambar kesukaan saya buat masa ini (hehe... seronok woo layan kreatif gila sekali-sekala, hehe!) ditolak jauh ke bawah nanti!
Begini... Kita sering berkata tentang terhakisnya ketuanan Melayu dan sebagainya, bagaimana subjek sains dan matematik patut diajar kembali dalam bahasa Melayu untuk mendaulatkan bangsa dan bahasa... Tetapi kita lupa bahawa nama parti besar yang dikatakan pembela Melayu itu sendiri masih lagi berbangga dengan sebutan bahasa penjajahnya, sebutan bahasa Inggeris iaitu UMNO, United Malay National Organisation.
Di sini saya menyeru kepada para pembaca, sila khabarkan kepada ramai terutama mereka yang ada kuasa untuk mengubah keadaan... Minta tukar balik nama UMNO ini kepada sebutannya yang asal dalam bahasa Melayu seperti yang boleh kelihatan pada logonya dengan huruf-huruf Jawi... Fa, Kaf, Mim, Ba, Rho. Untuk PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu).
Kalau dahulu, nama UMNO itu timbul semasa hendak berunding meminta kemerdekaan daripada British maka logiklah juga kerana kita perlu memberitahu dan berunding dalam Bahasa Inggeris dengan penjajah... Semasa itu juga timbul nama MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Sekarang kita sudah lebih 50 tahun merdeka tetapi nama parti utama yang sepatutnya membela orang Melayu masih berbangga dengan nama dalam bahasa penjajah. Di mana mahu ditunjukkan contoh kepimpinan bahawa bahasa itu jiwa bangsa? Jika perkara semudah inipun kita masih terjajah, bagaimana kita mahu mengharap agar jiwa bangsa kita kembali jadi diri Melayu yang sejati?
Jadi ayuh! Saya bukan orang politik dan tidak ingin terlibat dengan politik. Tapi saya perihatin akan nasib bangsa Melayu dan saya ingin melihat bangsa saya kembali maju dan yakin dengan jatidiri sebenar yang pernah membentuk orang-orang Melayu dahulukala, bukan jatidiri palsu berasaskan kekayaan dan harta-benda yang telah merosakkan jiwa ramai orang zaman sekarang! Sekian...
p/s: Kepada saudara Mohd yang menegur saya tentang artikel yang meleret-leret dan penggunaan banyak link yang boleh mengelirukan pembaca... Pada malam ini, di sebalik ketenangan yang timbul setelah semalam berjumpa kawan-kawan lama, setelah meluahkan perasan sejujur-jujurnya walaupun dalam keadaan marah dan kecewa awal pagi semalam, baru saya rasa senang menerima teguran itu dengan lebih konstruktif.
Adapun disebabkan begitu banyak luka dan kesakitan yang terpendam di jiwa, maka saya luahkan panjang-panjang di blogspot-blogspot saya sambil hendak mendapatkan gerak bercerita yang lebih memanfaatkan ramai. Dalam kesakitan yang mahu dilepaskan secepat mungkin, saya lupa akan cara membaca serta daya penerimaan kebanyakan orang... Kerana saya sendiri sudah terbiasa membuat penyelidikan dan membaca dokumen-dokumen panjang sehingga berjam-jam sekali duduk lalu terlupa bahawa kebanyakan orang tidak dapat menumpukan perhatian apabila cerita terlalu panjang.
Sejak umur 6 tahun lagi saya juga sudah terbiasa membuat cross-referencing sehingga menggunakan 6 ensaiklopaedia sekali gus melompat-lompat mencari dan mengaitkan informasi daripada pelbagai tempat. Kalau dalam zaman komputer sekarang, kira multitasking le sambil menelaah isi pelbagai laman web sekaligus, bukan satu demi satu hingga selesai.
Lalu mungkin cara yang sama terbawa-bawa dalam penceritaan di blogspot. Sekali lagi, saya lupa akan cara penerimaan umum. Maka maafkan saya jika kelihatan saya begitu melenting dan tidak menerima teguran... Ini berlaku kerana kesakitan dalaman yang saya rasa sudah begitu lama akibat asakan-asakan orang yang tidak faham keadaan saya yang sebenar...
Begitu juga saya meminta ampun dan maaf kepada semua yang memberikan nasihat dan teguran dengan niat jujur betul-betul mahu memperbaiki kelemahan seorang saudara tetapi saya pula bertindak kurang enak! Selepas ini saya akan cuba tidak membuat apa-apa cerita panjang lagi... Kecuali kalau ada menyertakan sedutan daripada mana-mana bacaan termasuk buku saya sendiri dan kecuali untuk cerita banyak gambar yang perlu dilepaskan pada masa ini untuk meluahkan beban dalaman berkaitan dengan perjalanan terbaru ke Pantai Timur yang belum selesai... Cerita-cerita yang kini saya tidak sertakan apa-apa penjelasan di bawah gambar sejak baru-baru ini.
Terimakasih atas keprihatinan semua. Sesungguhnya ketenangan malam ini begitu menyejukkan hati sehingga semakin terang akan gerak pengajaran Ilahi yang kadang-kadang datang kelihatan seperti kasar daripada pelbagai arah padahal bertujuan untuk mempercepatkan proses kematangan kerohanian ke tahaf yang sepatutnya boleh dicapai berdasarkan zat yang wujud dalam diri ini... Wassalam! :]