Gambar terbaru makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang sudah berpagar cantik di kawasan pemakaman diraja Perak berlatar-belakangkan Masjid Ubudiyah, Bukit Chandan diambil semalam... Sila bandingkan dengan gambar lalu di artikel Laporan ringkas perjalanan terbaru ke Perak... Meriah woo tapi penat!
OK... tadi dalam artikel Sekitar majlis bertandang ke rumah pihak pengantin lelaki... ada disebut bahawa saya dan isteri baru selamat kembali dari perjalanan 1,200 km. Sebenarnya perjalanan ini dibuat dalam rangka kerja projek buku masjid iaitu projek untuk menerbitkan coffee-table book atau buku mewah tentang masjid-masjid terpilih di Malaysia. Mereka yang "tertinggal bas" boleh merujuk pada artikel-artikel lama tentang perjalanan projek buku yang telah dibuat ke selatan juga ke Pantai Timur.
Seperti biasa, saya pergi bersama rakan lama saya Shamsul Yunos yang bertindak sebagai jurukamera. Bezanya, kali ini Shamsul tidak sempat mendapatkan kereta untuk dipandu-uji lalu saya menggunakan kereta sendiri dengan ditemani isteri.
Di sini biar diceritakan secara ringkas apa yang berlaku...
OK... tadi dalam artikel Sekitar majlis bertandang ke rumah pihak pengantin lelaki... ada disebut bahawa saya dan isteri baru selamat kembali dari perjalanan 1,200 km. Sebenarnya perjalanan ini dibuat dalam rangka kerja projek buku masjid iaitu projek untuk menerbitkan coffee-table book atau buku mewah tentang masjid-masjid terpilih di Malaysia. Mereka yang "tertinggal bas" boleh merujuk pada artikel-artikel lama tentang perjalanan projek buku yang telah dibuat ke selatan juga ke Pantai Timur.
Seperti biasa, saya pergi bersama rakan lama saya Shamsul Yunos yang bertindak sebagai jurukamera. Bezanya, kali ini Shamsul tidak sempat mendapatkan kereta untuk dipandu-uji lalu saya menggunakan kereta sendiri dengan ditemani isteri.
Di sini biar diceritakan secara ringkas apa yang berlaku...
Selepas berehat di Bukit Damansara, saya dan isteri mengambil Shamsul di rumah berdekatan jam 2 pagi lalu terus bergegas masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan melalui Jalan Duta... sampai Sungai Petani keluar mengisi minyak lalu mengambil jalan lama semata-mata untuk berhenti berehat dan menunaikan solat Subuh di kaki Gunung Jerai selepas Gurun. Kemudian terus ke Alor Setar lalu ke Kangar untuk mengambil gambar masjid pertama, Masjid Alwi di tengah bandar.
Seterusnya kami ke Jitra untuk menziarahi makam Datuk Khadi Maharaja Abdul Jalil (lihat artikel lama Makam Datuk Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil ) kemudian mengala kembali ke Alor Setar, singgah di Titi Gajah untuk menziarahi makam Tuan Sheikh Hussein Al-Banjari juga dikenali sebagai Tuan Hussein Kedah @ Tuan Hussein Titi Gajah, satu antara 7 orang yang disenaraikan dalam buku bertajuk "7 Wali Melayu". Dengan itu cukuplah saya telah menziarahi makam ketujuh-tujuh wali yang disenaraikan dalam buku itu.
Hampir sampai ke Alor Setar, timbul rasa untuk ke Langgar dahulu. Selepas makan tengahari, kami ke Tanjung Inggeris untuk menziarahi makam Sheikh Abdul Kadir yang dikatakan berumur lebih 1,100 tahun sebelum ke masjid seterusnya, masjid lama berdekatan makam diraja Kedah. Kemudian baru ke Masjid Zahir di tengah bandaraya Alor Setar.
Seterusnya kami ke Sungai Petani mengambil gambar masjid jamek iaitu Masjid Sultan Mudzaffar Shah. Selesai itu kami ke Pulau Pinang, sampai malam untuk mengambil gambar Masjid Lebuh Aceh kemudian Masjid Kapitan Keling.
Malam itu Shamsul kembali menaiki feri ke tanah besar untuk ke rumah bapanya di Kulim sementara saya dan isteri pergi bermalam di Batu Feringgi. Esok tengahari baru kami berjumpa di Sungai Bakap sebelum ke Taiping untuk mengambil gambar Masjid Melayu Bandar Taiping.
Selepas jam 3 petang baru kami dapat pergi ke Kuala Kangsar, sempat berhenti sebentar di hadapan makam Sheikh Abdul Qadir (sila lihat artikel Makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Kuala Kangsar, Perak? ) sebelum naik ke Bukit Chandan untuk mengambil gambar Masjid Ubudiyah dan menziarahi kawasan pemakaman diraja terutama makam Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles dan makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang turut dibuang ke sana kerana terlibat dalam pembunuhan residen Inggeri J.W.W. Birch tahun 1875. Kami juga mengambil gambar masjid Kota Lama Kanan di mana terdapat satu batu nesan di dalam menandakan tempat Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Shah ghaib ketika bersolat Jumaat hampir 500 tahun lalu. Selesai semua ini, kami pun bergegas ke Teluk Memali untuk mengambil gambar masjid lama tinggal, masjid yang gambarnya ada digunakan pada muka hadapan buku kedua saya, "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal".
Alhamdulillah, walaupun jalan masuk ke dalam kurang elok, kami dapat menyelesaikan kerja di sana sejurus sebelum langit jadi gelap, Kemudian kami ke masjid lama Batak Rabit sebelum singgah di rumah seorang ibu saudara saya yang berdekatan. Seterusnya makan malam di tempat rehat tepian Sungai Perak sebelum kembali ke Lembah Kelang melalui jalan tepian pantai (lalu Sabak Bernam dan Kuala Selangor). Sekian... :]
Selain makam di masjid aceh terdapat juga makam di masjid batu uban,makam dipuncak bukit bendera(dengar cerita taraf wali),makam di masjid nagor chulia street yg jadi tumpuan malbari dan india( kata sa orang tua,makam tu bukan nagor sebenar cuma pembantunya.wallahualam)makam Syiekh Fakeh Daim di permatang pauh,sbrg prai(makam tanpa masjid)dan kalau ke permatang pauh blh dptkan tasbih dari biji ibuih.
BalasPadamas'kum,
BalasPadamrasanyer dah dekat sangat dah......wallahualambissawab
Wah... kali ini pengembaraan ditemani isteri tercinta... x keseorangan lagi nampaknya
BalasPadambanyak duit ko gi keliling malaysia...bukan ko x berduit ker?..ker duit isteri tercinta ko tuh
BalasPadamapa bodoh sangat ko ni mamamia, aku penah kuar ngan ms sehelai sepinggang, rezeki daripada Allah, bukan daripada mulut busuk ko tu mamasial.
BalasPadam