Selasa, Disember 16, 2008

Jalan-jalan di Muar sekitar Aidil Adha sehingga mencari bukit tertentu dalam mimpi...

Sebelum memulakan cerita ini, biar saya lepaskan gambar ini, gambar bahagian menara Masjid Sultan Ibrahim atau masjid jamek pertama Muar yang diambil pada satu malam selepas menyambut Hari Raya Korban atau Aidhil Adha di Kampung pada Sabtu lalu. Di masjid ini termasuk bahagian menara inilah dahulu saya dan rakan-rakan suka memanjat-manjat hingga ke atas seraya berangan-angan jadi komando dan perisik antarabangsa ala James Bond dan The Professional gitu. Sila baca artikel-artikel lama yang merupakan sedutan daripada buku kedua saya, "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"...


MSD (Military, Spy, Detective)... Satu episod nakal seorang budak hyper-active

MSD (Military, Spy, Detective)... Tempat jatuh lagikan dikenang...

MSD (Military, Spy, Detective)... Akhirnya jadi kongsi gelap pula?



Kemudian saya ingin berkongsi gambar ini, kedai emas taik, hehe! :]


OK, kita mulakan cerita sebenar...

Pada petang Selasa minggu lepas, timbul lagi rasa untuk menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Pagoh. Oleh kerana gambar-gambar sekitar makam itu telah ditunjukkan beberapa kali di blogspots saya maka saya tidak mengambil apa-apa gambar baru. Sebaliknya saya mengambil gambar ini, gambar di hadapan makam Panglima Mat Berani kerana inilah kali pertama saya sampai ke makam ini ketika matahari masih terang lagi. Lain-lain lawatan semuanya dibuat waktu senja atau malam hari. Sila lihat artikel Makam (tomb of) Panglima Mat Berani, Pagoh... yang baru dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi.

Adapun makam di tepian Sungai Muar ini terletak sekitar 2-3 km dari makam Sultan Alauddin, di sebelah jalan kampung menghala ke pekan Panchor. Saya mengambil laluan ini untuk melihat sekali lagi kedudukan bukit-bukit di sekitar untuk dipadankan balik dengan sebuah mimpi lama. Sila baca artikel-artikel ini...



Jalan-jalan lepas raya... Dari Muar ke Pagoh ke Melaka, entah le nak cari apa!



Selepas itu saya naik lagi ke Bukit Setaki yang terletak berdekatan. Kemudian saya mengambil jalan melalui estet ke pekan Panchor lalu mengambil sebuah jalan kampung lain dengan harapan dapat memotong masuk ke Jorak yang terletak lebih dekat ke bandar Muar.

Sebaliknya setelah melalui jalan berliku-liku kecil masuk ke bawah Lebuhraya Utara-Selatan sehingga sampai ke perhentian rehat Pagoh saya dapati tiada lagi jalan kampung yang sesuai kecuali jalan tanah merah pecah-pecah yang pernah saya lalui pada suatu malam sehingga menyeberang kawasan berbukit-bukit menghala ke Bukit Pasir. Lalu saya berpatah-balik ke Panchor sebelum menghala ke utara mengambil jalan ke Grisek. Sampai ke jambatan menyeberangi Sungai Muar, saya pun memandang ke kiri lalu turun dari motosikal untuk mengambil gambar ini...


Ini pula gambar ke kanan...

Kelihatan motosikal saya di hadapan samar-samar pada waktu senja...



Walaupun dah masuk waktu senja ketika itu, saya masih lagi dapat mengambil gambar Gunung Ledang terbentang luas di Sawah Ring, beberapa kilometer dari jambatan tadi sebelum kembali ke rumah keluarga malam hari.



Esoknya hari Rabu, saya perlu kembali ke Kuala Lumpur untuk bersiap-sedia untuk satu acara penting dalam hidup saya keesokannya Khamis 11 Disember 2008 bersamaan 13 Zulhijjah 1429. Namun walaupun saya cuma meninggalkan rumah hampir jam 4 dan perlu bertemu dengan pasangan hidup petang nanti di Kuala Lumpur, saya mengambil jalan jauh berpatah ke timur-laut untuk ke Pagoh.

Kalau nak cepat, dari rumah keluarga di Temiang saya boleh mengambil jambatan kedua bandar Muar samada untuk terus ke Melaka atau melalui Tangkak sebelum masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan untuk ke Kuala Lumpur. Sebaliknya saya masuk melalui exit Pagoh yang terletak lebih 30 km di selatan exit Tangkak. Campur perjalanan dari rumah ke exit Pagoh, jadi tambahan perjalanan 50km... semata-mata untuk melihat kedudukan bukit-bukit di sekitar dari jambatan menyeberangi Sungai Muar yang ini pula!

Tetapi saya puas hati kerana ternyata apa yang terbentang lebih menyamai apa yang pernah kelihatan dalam mimpi. Selepas itu saya berserah kepada Allah bagaimanakah makna semua ini dan relevannya pada hidup saya akan disampaikan kepada saya nanti...


Ini adalah pemandangan ke kanan sikit bukit-bukit tadi. Nampaknya tiada lagi bukit di hadapan ini...



Ini pula pemandangan arah bertentangan dari jambatan yang sama... kiranya menghala ke Timur gitu...



Hampir sampai ke Tangkak, baru tersedar yang motosikal saya tidak cukup minyak... tak cukup untuk sampai ke stesyen minyak yang terletak di perhentian seterusnya iaitu di Ayer Keroh lebih 20km lagi ke utara. Maka terpaksalah keluar ke Tangkak... bila dah isi minyak, tergerak pula mengambil jalan belakang ke Melaka hampir ke Asahan sebelum melalui Jasin. Dapatlah mengambil gambar Gunung Ledang dari sudut ini pula sebelum masuk ke lebuhraya kembali melalui Ayer Keroh.

Alhamdulillah, saya masih sempat sampai ke Kuala Lumpur sebelum waktu Maghrib. Itulah saya, dah kesuntukan masa untuk bersiap-sedia untuk satu majlis penting dalam hidup pun masih lagi sempat menyahut 'panggilan' untuk berjalan-jalan melihat sesuatu perkara. Dan tengah malam itu, saya dapat membawa orang tersayang dalam kereta untuk kembali ke kampungnya di Tanjung Sepat lebih 100km dari Kuala Lumpur sebelum kembali ke bandaraya untuk berehat, kemudian paginya pergi lagi ke Tanjung Sepat dengan rombongan keluarga... penat tapi alhamdulillah... :]



3 ulasan:

  1. selamat pengantin baru...tahniah..
    kalau abang ms ada kelapangan dan tidak menyusahkan di harap2 bolehlah kiranya huraikan pecahan visible light-electromagnet spectrum.dari segi hakikat hidup.
    10Q.
    p/s: ingin tahu,maaf luar drp tajuk.

    BalasPadam
  2. Fooh! Dasat punya soalan tu. Dedulu selalu juga cakap pasal tu, la ni dah lupa.
    Kalau nak pecah persoalan ni, kena faham dahulu hakikat alam ini. Dari segi falsafah, semasa zaman Greek dulu orang berbincang pasal unsur asas pembinaan alam. Itu yang menimbulkan teori bahawa segalanya dibuat dari atom, masa tu dianggap sebagai elemen paling kecil yang membina segalanya. Kemudian baru dihuraikan secara ilmu matematik dan fizik sebelum kewujudan atom dapat dilihat dalam makmal melalui pembinaan mikroskop elektron.
    Ingat lagi tak kelas kimia sekolah menengah ada belajar Dalton's Theory? Masa tu baru sebut atom tu terdiri daripada proton, neutron dan elekton. La ni dah banyak lagi mende lagi kecik diorang dah jumpa, ada quark le, z-particle le dan memacam last2 saya sendiri give up physics sebab rupanya tak boleh sampai pada hakikat alam.
    Hakikat sebenar alam terletak pada kalimah kun fayakun. Aku kata jadi-jadilah. Ibarat melukis atas kertas atau membuat cerita, sukati le nak buat kerbau boleh terbang ke hapa sebab hakikat penciptaan alam sebenar tidak terikat pada mana-mana hukum fizik yang kita kenal.
    Sebenarnya nak cerita bab ni panjang sangat. Bab cahaya, ambik Surah An-Nur ke hapa yang ada sebut Allahu Nurusamawatiwal ardh... Allah cahaya langit dan bumi.
    Kemudian kena tukar cara melihat alam. Dari melihat pembinaan atom beralih ke konsep frequency dan wave cahaya yang boleh membentuk elemen seperti yang ada dalam Quantum Mechanics (Particle-wave duality).
    Lihat bahawa alam ini sebenarnya cuma interaksi gelombang pelbagai frequency. Dari situ le boleh dikaitkan dengan hakikat hidup. Sekian... :]

    BalasPadam
  3. ..mcm itu big bang nyer project la bro..yg tergendala..sciencetology..

    BalasPadam