Rabu, November 19, 2008

Scooby doo be doo... where are you?

Salam semua! Salam sejak saya kembali dari Pantai Timur semalam.

Kalau ikutkan, saya mahu membuat beberapa postings baru di blogspots saya malam semalam lagi dan selepas itu tak jadi, kini malam ini pula. Tetapi kepala saya (dan mata terutamanya) terasa begitu penat semacam. Jadi biar saya lepaskan cerita ini dahulu ya.... satu cerita yang sebenarnya mahu dipaparkan di sini sejak lebih seminggu lalu. Lepas tu kalau larat (tapi rasa macam tak dah...), akan saya buat lagi beberapa postings termasuk menggunakan gambar-gambar replika masjid-masjid terpilih dunia yang terdapat di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu... untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ...

OK. Adapun sejak beberapa bulan ini, saya semakin kerap bermalam seorang diri di rumah milik keluarga di Kajang. Jika dahulu, saya selalu menggunakan bilik air di bawah, sejak itu saya lebih suka menggunakan bilik air di atas.

Ketika duduk termenung di dalam bilik air (agak-agak buat apa le yek...) saya terpandang bahagian tingkap. Ada satu objek yang menarik perhatian...mengingatkan sesuatu pada zaman silam!


Saya perhatikan ia betul-betul. Iya lah, rupanya kelihatan begitu familiar, begitu dikenali. Ah... takkan ke situ pula perginya imaginasi saya ini?

Kalau sekali duduk dalam bilik air lalu objek itu kelihatan begitu familiar tak mengapalah juga. Ini sejak saya sedari perkara ini, sejak itu apabila kelihatan objek ini saya terus teringat sesuatu pada zaman silam yang menjadi sebahagian daripada 'santapan' kegemaran saya zaman kanak-kanak dahulu...


Nah, perhatikan sekarang gambar yang baru diambil dari Internet tadi. Perhatikan bentuk kepala katun anjing ini dengan bentuk objek di atas. Bukankah ada persamaan?

Ya. Setiap kali memandang objek itu, saya teringatkan katun Scooby Doo yang begitu digemari semasa kecil dahulu... dalam tahun 70an gitu. Hmm... teringat pula lawatan ke Peranchis tahun 2000 kalau tak salah ingatan, untuk meliputi satu acara kuda lasak atau horse endurance racing bertaraf antarabangsa di sana. Sila baca artikel-artikel lama di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ini untuk mendapat sedikit penjelasan :-

Endurance 1

Endurance 2

Endurance 3

Equestrian endurance in France

Equestrian sports gaining ground?

Equestrian again? Why not?

Teringat bagaimana di satu kawasan lapang bersebelahan sebuah castle atau kota lama di sebuah bandar kecil di selatan Peranchis, saya buat pertama kali seumur hidup terjumpa seekor anjing besar yang rupanya serupa kartun Scooby Doo ini... rasanya 3-4 kali saiz saya!

Semasa itu, berpuluh ekor kuda, lebih 50 ekor, mungkin 100 ekor ditempatkan di situ dalam kandang masing-masing. Saya pula seronok merayau-rayau melihat kuda-kuda ini.... tiba-tiba muncul anjing "Scooby Doo be doo" ini yang juga kelihatan seronok merayau-rayau melihat kuda! Cara ia berjalan, gaya matanya bersinar aktif, lidah yang asyik terkeluar memang sama dengan kartun Scooby Doo...

Hmm... teringat juga seorang kanak-kanak kecil Mat Saleh memakai kasut but berbaju tebal berstokin tinggi berdiri terhuyung-hayang di sebelah bapanya yang sedang melihat kuda-kuda. Kelihatannya dia baru sahaja tahu berdiri dan berjalan sedikit, mungkin umurnya sekitar 1 tahun.

Saya senyum memandang kanak-kanak ini lalu cuba menegurnya. Entah kenapa, dia pula takut melihat saya dan mula merengek-rengek...

Sebenarnya saya ingin bergurau dengannya lalu membuat muka-muka pelik. Apabila saya terus mengacaunya, kanak-kanak ini pun menutup matanya dengan tangan. Sebentar kemudian, dia membuka tangan tetapi sebaik sahaja terlihat saya, terus dia merengek kemudian menutup matanya kembali.

Ini dilakukannya beberapa kali. Teringat saya pada zaman kanak-kanak (jangan terperanjat jika saya boleh ingat beberapa perkara yang berlaku sejak berumur sebelum 6 bulan lagi!) di mana apabila saya rasa takut melihat sesuatu, saya akan menutup mata dengan tangan... dengan harapan itu akan membuat objek atau orang yang menakutkan itu hilang begitu sahaja.

Rasanya sekian cerita ini yang keluar begitu sahaja ya. Asalnya saya cuma mahu berkongsi rasa tentang objek serupa "Scooby doo" ini. Untuk cerita seterusnya di blogspots saya, esok lusa aje le eekkk... Akhir kata. "Scooby doo be doo... where are you?". Selamat malam! :]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan