OK. Ada satu lagi benda saya terasa nak bercerita sebelum menamatkan sesi penulisan malam ini untuk tidur. Rasanya dah tak larat nak buat kerja nak cuba olah-balik cerita masjid daaa....
Awal sedikit tadi, sebelum jam 12 tengah malam, sebaik sahaja selesai memindahkan beberapa buah gambar daripada kamera masuk ke dalam komputer melalui memory card, saya pun memasukkan balik kad plastik yang digunakan untuk mengisi slot atau ruangan tempat letak memory card di komputer. Entah kenapa, kali ini ia terasa masuk kurang kemas. Saya pun menekan lebih dalam... tengok-tengok tersangkut terus. Ah, apa ini?
Setelah mencuba beberapa kali, ternyata saya tidak dapat membetulkannya. Lalu saya terfikir, mungkin komputer ini harus dihantar ke kedai tempat saya membelinya untuk diperbetulkan esok lusa. Saya pun baru teringat hendak mencari warranty card.
Cari punya cari, tak jumpa-jumpa. Entah di mana saya letakkannya, memang saya tak ingat. Sebaliknya saya terjumpa satu 'barangan lama' yang agak bermakna. Di bawah inilah ceritanya... :]
Awal sedikit tadi, sebelum jam 12 tengah malam, sebaik sahaja selesai memindahkan beberapa buah gambar daripada kamera masuk ke dalam komputer melalui memory card, saya pun memasukkan balik kad plastik yang digunakan untuk mengisi slot atau ruangan tempat letak memory card di komputer. Entah kenapa, kali ini ia terasa masuk kurang kemas. Saya pun menekan lebih dalam... tengok-tengok tersangkut terus. Ah, apa ini?
Setelah mencuba beberapa kali, ternyata saya tidak dapat membetulkannya. Lalu saya terfikir, mungkin komputer ini harus dihantar ke kedai tempat saya membelinya untuk diperbetulkan esok lusa. Saya pun baru teringat hendak mencari warranty card.
Cari punya cari, tak jumpa-jumpa. Entah di mana saya letakkannya, memang saya tak ingat. Sebaliknya saya terjumpa satu 'barangan lama' yang agak bermakna. Di bawah inilah ceritanya... :]
Satu hari pada musim panas tahun 1995, saya telah mengikut seorang kawan untuk melawat abangnya di Huddersfield, sekitar 300km di utara kota London. Lalu di satu kedai, saya terlihat sebuah akhbar tempatan. Ada sebuah gambar yang saya terasa cukup familiar, cukup kenal...
Saya pun membelek-beleknya lebih dekat. Saya lihat kelibat, rupa-paras dan bentuk badan orang yang terpapar pada gambar itu sedang mandi di bahagian atas air pancut di kawasan Trafalgar Square, di tengah-tengah kota London. Ah, apa ini? Seluar pendek yang dipakai... dan lagi ada rantai kayu besar, rantai ala orang Asli Afrika yang dibeli dan mula dipakai setahun sebelum itu.
Saya pun membelek-beleknya lebih dekat. Saya lihat kelibat, rupa-paras dan bentuk badan orang yang terpapar pada gambar itu sedang mandi di bahagian atas air pancut di kawasan Trafalgar Square, di tengah-tengah kota London. Ah, apa ini? Seluar pendek yang dipakai... dan lagi ada rantai kayu besar, rantai ala orang Asli Afrika yang dibeli dan mula dipakai setahun sebelum itu.
Allah! Ini memang gambar saya... bagaimana pula ia boleh tertera di muka sebuah akhbar tempatan dan ditemui pula di Huddersfield ini?
Saya membelek pula cerita di bawahnya. Tajuknya "We can't stand the heat" ("Kita tak tahan panasnya"). Ayat kecil di bawah pula menyebut "Just some of the strange sights in the heatwave - black tights are another" (Cuma beberapa daripada pemandangan pelik dalam kepanasan itu - seluar pendek hitam dah satu cerita lain") merujuk kepada keadaan musim panas ketika itu yang kalau tak salah ingatan, ada masanya melepasi paras 36 darjah Celsius, terlalu panas bagi orang Inggeris.
Terus saya tergelak kemudian membeli akhbar ini. Hahaha! Memang London ketika itu sangat panas. Alangkan pada pertengahan musim bunga, saya yang sudah empat tahun menetap di sana pun dah mula terasa sedikit bahang (dan mula sering keluar berlenggeng) walhal suhu baru masuk 15 darjah Celsius, inikan lagi 36 darjah. Tu yang bila nampak air rasa nak main air aje... Teringat pula kepala gila saya ketika awal kembali ke tanahair sekitar bulan Oktober 1995 di mana saya sering berjalan kaki di tengah Kuala Lumpur dengan tidak memakai baju. Gila ke hapa budak ni?
Sebenarnya memang saya semasa itu terasa kepanasan. Bukannya sahaja buat-buat... cuma saya terbawa perangai tak betul di London kembali ke tanah-air sedangkan keadaan di sini lain, sana lain!
Apapun, terasa nostalgia terjumpa keratan akhbar daripada United Kingdom yang ada disimpan dalam satu fail. Maka di bawah ini, tergerak saya untuk memaparkan cerita berkaitan seperti terdapat dalam buku pertama saya, "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti"... dalam bab bertajuk "Dari Perlak ke Perak: Kisah Keramat Kuala Bidor". Selamat malam! :]
p/s: Untuk Nur kedua, ini cuma satu kenangan lampau yang membentuk perjalanan hidup Abang. Sekarang cuma ada Sayang dalam hidup Abang. Nur pertama adalah seorang kawan dan Abang memang rasa terhibur apabila melihat Sayang berbaik-baik dengannya. Itu sahaja...
----------------------------
Nur tersenyum simpul. Tahu lelaki yang dikaguminya itu berseloroh di celah serius. Sudah faham hati budinya yang luhur walaupun adakalanya dia agak nakal. “Nakal sahaja, bukannya jahat,” bisik hati kecilnya
Gadis ini teringat perkenalan mereka di kota London 10 tahun lalu. Teringat dirinya ditegur Rasyid yang sedang berambut panjang melepasi bahu. Rugged dengan seluar jeans koyak di kepala lutut, t-shirt lusuh separuh lengan dan rantai kayu besar ala orang Asli Afrika meliliti lehernya.
“Is this seat taken?” pemuda itu membuka bicara, sopan. Terbayang wajah Rasyid dengan senyuman datang menuju meja makannya dengan knapsack besar tersandang di belakang. Dengan mata coklat tajam bersinar tidak berkerdip merenung tepat ke mukanya.
Nur tersenyum lagi. “Tak malu! Punyalah banyak tempat kosong, meja aku juga yang dituju.” bisik hatinya. Tetapi wanita menarik yang aktif bergiat dalam dunia seni tanahair ini memang mengharapkan pemuda itu datang. Memang ada niat hendak mengenalinya sejak terpandang penampilan unik pemuda itu muncul dari balik pintu masuk kantin tempatnya makan. “Boleh tahan cute,” getus hati kecilnya menahan malu.
Ketika itu, Nur berserta dua orang rakan perempuan sedang bercuti musim panas di ibukota Great Britain. Tergerak pula hendak menikmati masakan Melayu di Malaysia Hall, tempat pertemuan penuntut dan pekerja Malaysia yang mengandungi Malaysian Student Department. Macam dah janji nak berjumpa pula... Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Lalu dia teringat hari-hari seterusnya. Makan tengahari udon dan sushi di restoran Jepun di Knight’s Bridge sebelum window shopping di Harrod’s. ‘Melalak’ sampai Subuh, diselang-seli sembang dan gelak ketawa di bawah rimbunan pepohon di Hyde Park dengan iringan petikan gitar Ovation Rasyid, gitar mahal semi-electric yang dicuri orang dua bulan kemudian ketika pemuda itu sedang nyenyak tidur di sebuah kawasan lapang di Amsterdam, Belanda semasa mula-mula mengembara hitchiking di Eropah dahulu. Katanya gitar itu hendak digunakan untuk bermain muzik di jalanan, untuk menampung perbelanjaan tetapi apa boleh buat, dah lesap...
Tetapi paling Nur tak dapat lupakan, ikut Rasyid ke Trafalgar Square, mercu tanda terkenal kota London. Lebih seronok lagi kerana mereka pergi berdua sahaja, kerana kawan-kawan Nur kata ada hal lain. Atau mereka sengaja beri peluang? Sahaja mahu Nur dan Rasyid jadi merpati dua sejoli, boleh lawan merpati-merpati lain yang banyak berterbangan?
Mula-mula biasalah, mereka setakat relaks makan ais krim, tengok orang ramai bersantai. Melihat burung merpati terbang beribu-beribu mengelilingi kawasan sebelum turun mematuk makanan dan biji-bijian yang dilemparkan orang. Adalah cakap-cakap sedikit. Segan-segan konon, malu-malu kucing... Yalah kali pertama dapat keluar dua orang...
Tiba-tiba datang angin gila si Rasyid. Terus ditariknya tangan Nur menuju salah sebuah air pancut cantik yang menghiasi mercu tanda kebanggaan wargakota London itu. Terus “menceburkan diri” ke dalam kolam. Habis basah kuyup pakaian wanita itu. Lepas itu berendam keliling kolam, siap dengan kuak dada, kuak kupu-kupu pun ada. Konon-konon berenanglah itu walhal airnya tidak sampai pun 3 kaki dalam. Seronok!
Pemuda itu pula memakai seluar pendek sahaja, santai bagai di tepian pantai. Awal-awal tadi semasa mula sampai ke Trafalgar Square, Rasyid sudah menyalin pakaian yang tersedia dalam knapsacknya. Katanya sebab panas... Sudah empat tahun duduk di England, sudah merasa semua empat musim. Hinggakan apabila masuk musim bunga, suhu baru meningkat ke 15 Celsius pun sudah terasa bahang. Inikan lagi musim panas, 30 Celsius ke atas. Lagipun ramai juga Mat Saleh keluar berlenggeng, tidak memakai baju dan ada dua tiga orang yang sama memakai seluar pendek. Tetapi kalau mandi dalam kolam di tempat pelancongan di tengah-tengah kota ini, siap beriya-iya berenang, Mat Saleh pun tak buat. Ini kerja budak-budak...
Rasyid tidak peduli semua itu. Ini kota London, dunia nafsu nafsi. Setakat pasangan “bercium-mulut” depan khalayak umum perkara biasa. Kalau di taman bunga, silap-silap ada orang “buat kerja” dalam semak. Cuma takut polis atau penjaga taman nampak. Boleh ditangkap, sebab buat indecent behaviour at public places. Bukan sebab langgar hukum Syariat...
Apapun, tidak ada siapa hendak marah kalau setakat mandi kolam di Trafalgar Square. Tinggal orang sahaja segan hendak buat. Rasyid pula seperti tidak tahu malu langsung, siap boleh memanjat naik air pancut yang tingginya 15 kaki, lepas itu duduk di atas muncung tempat air keluar, dialihkan pula air yang memancut itu dengan punggung untuk ‘menyerang’ orang-orang di bawah! Kemudian pemuda itu boleh menemani Nur berjalan kaki hampir 1 kilometer ke gedung barang-barang permainan Hamley’s di Regent Street dengan memakai tuala sahaja! Siap dengan knapsack di belakang, mana tidak orang kata dia gila? Tetapi adalah pakai seluar pendek di dalam. Takut juga tuala tercabut di tengah jalan...
as'kum semua,
BalasPadamsaya ingin membuat pengumuman penting di sini.Berikutan kejayaan Obama sebagai bakal Presiden US...saya dengan ini selaku penyimpan mohor-mohor mengisytiharkan "Lagu Menghitung Hari" nyanyian Kris Dayanti sebagai lagu tema untuk Mabus (Barrack Hussein Obama dan George William Bush).
Sekian harap maklum.
salam..
BalasPadambro..terjumpa blog ni..boleh tak bro review some of the content.. http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Wassalam. Lama dah tengok dan lihat perkembangannya. Dah beberapa kali bagi komen pun, dah tak ingat kat artikel mana di sini.
BalasPadamPandangan saya, ia adalah cerita benar bercampur cerita angan-angan rekaan tambah cerita dampingan makhluk ghaib dan pembohongan (atau bahasa lebih eloknya, pandangan berat sebelah sehingga banyak tersilap atau sengaja silap tafsir keadaan) demi untuk mengangkat satu keluarga sebagai waris pemenerintah bumi Melayu kononnya. Dibuat dalam keadaan satu kempen yang terancang masuk ke blog dan forum merata menarik orang supaya membaca sehingga versi cerita mereka, mereka letak sendiri dalam Wikipaedia yang bersifat lebih liberal awal dahulu kemudian mereka pula boleh berkata begini: "Tengok, betul tak cakap kami? Ia ada dalam Wikipaedia".
Ibarat ada orang mengambil DNA anda untuk diletakkan pada dubur seseorang lain kemudian dibuat repot polis mengatakan anda telah meliwat seseorang dan buktinya ada pada duburnya.
Sekian... :]
Akum bendera Merah dan MS
BalasPadamsaya selalu mengikuti perkembangan blog tu...
Ada baiknya jugak kalau kita baca, walaupun nampak jelas "bukti" yg mereka kemukakan bertempel sanasini, tapi pengajaran yg tersembunyi dlm apa yg mereka ceritakan ialah, Umat Melayu/ Islam selalu berpecah dan bergaduh kerana takhta... Apa yg mereka ceritakan, kalau benar pun, cuma membuka pekung didada mereka sendiri, dan bakal berlakunya satu lagi perebutan takhta, dan perpecahan pun berulang...
Sebab itulah, apa yg penting pada sejarah adalah mengambil pengajaran untuk persiapan menuju hari depan...
Salaam tuan radzi,
BalasPadamSaya sgt berminat dgn artikal tuan berkaitan dengan masjid kg hulu melaka dan sejarah kapitan melayu pertama iaitu dato arron. Bagaimana untuk sy berhubung dgn tuan dan berbincang serba sedikit ttg perkara tersebut? sy boleh dihubungi di alamat email ini: irman_76@hotmail.com
TKasih.
salam saudara Imran,
BalasPadamKat blog dia kan dah ada contact no and email address..
Apa salahnya ikut adab tuan sendiri yang contact beliau. Bukan ke lebih afdal. Macam juga adab guru dgn murid..takkan suruh guru gi jumpa murid dia kot..lain le dunia sekarang upah guru tuisyen dtg rumah nk ajar anak belajar..itu lain kes le..
Harap faham maksud saya..
Kat sini semua detail dia dah ada ibarat "Dah Terang Lagi Bersuluh"
- Wassalam -
Tuan,
BalasPadamSy cari tak jmpa? Kat mana yea contact no. tu?
Kena pigi sini daa...
BalasPadamhttp://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html
hehehe.... bila hang kata, kena pigi sini daa... teringat aku dekat watak P. Ramlee dalam Penyamun Tarbus. Klasik!
BalasPadam