OK... Kita lupakan segala sengketa dan silap-faham... Kita sambung kembali cerita perjalanan bergambar. Mari! :]
Dalam perjalanan itu, bas telah melalui kilang besi Perwaja yang saya lihat saling tak tumpah seperti set filem dalam cerita The Terminator. Fikir saya, beginilah agaknya rupa tempat di mana robot Terminator lakonan Arnold Schwazenager ke hape (ish, sori le kalau tak betul ejaan, Arnord susah nak eja betul!) dibuat dan dicipta...
Sebaik sahaja sedar betapa "menariknya" tempat itu, saya cuba mengambil gambar daripada dalam bas yang sedang bergerak laju. Malangnya yang saya dapat cuma gambar-gambar blur akibat kamera digital murah tidak dapat menangkap dengan baik apabila berlaku apa-apa gegaran seperti yang biasa terdapat dalam bas buruk dengan shock absorber yang sudah keras...
Di atas pula adalah gambar yang dapat diambil apabila melalui kawasan loji-loji penapisan/pemprosesan minyak dan gas di sekitar Paka menghampiri bandar Dungun. Lihat bagaimana kamera digital murah saya befungsi...
Dari dalam bas yang sedang bergerak laju, seringkali gambar yang dapat ditangkap (jika tidak blur atau tiba-tiba dikepung tiang lampu, pokok dan sebagainya yang muncul dalam fokus) akan jadi senget begini... Tetapi kata kawan saya gambar ini menarik kerana ada "special effects"! Pulak...
Hmm... Baru teringat. Sebenarnya beberapa buah posting telah dibuat terlebih dahulu di Kemaman tetapi tidak dapat disiapkan akibat komputer di Cyber-Cafe yang digunakan seringkali bertindak perlahan lalu mengganggu proses penceritaan. Kemudian Cyber-Cafe itu tutup jam 12 malam sedangkan kerja saya belum pun siap... Di Dungun, barulah proses penceritaan itu dapat diselesaikan... Kalau tidak kerana ini, kemungkinan besar saya akan bermalam di bahagian lama bandar Dungun yang kelihatan seperti pekan cowboy tadi!
Keesokannya pagi selepas Subuh dan selesai mandi bersiap-siap, saya terus menuju ke pantai. Dapat juga melihat keadaan langit sejurus sebelum matahari muncul...
jogging dan riadah pagi pula!
Kalau mahu, boleh ambil teksi tetapi mahal. Cara lain ialah dengan hitchike tetapi ketika itu saya rasa perlu berdikit menjaga dan menyimpan tenaga dalam perjalanan kerana pengembaraan di Pantai Timur ini masih jauh... Belum sampai masanya untuk berhempas-pulas berjalan secara hitchike yang belum tentu boleh dapat kenderaan untuk ditumpang...
Selalu saya perlu menunggu lama dan di celah-celah itu pula perlu berjalan kaki berbatu-batu sebelum dapat apa-apa kenderaan. Lalu saya pun ambil jalan mudah... Rasanya elok ke Kuala Terengganu dahulu.
Nanti kita sambung cerita ya. Insyaallah akan saya buat malam ini juga di mana koleksi gambar-gambar yang diambil di Kuala Terengganu akan saya agihkan sebaik mungkin di kalangan blogspot-blogspot saya.
Oh... Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa artikel ini diberi tajuk "Semalam di Dungung, makang ikang atas pinggang, heh!". Jawabannya adalah sahaja, suka-suka ajuk slang Terengganu. Tak kan tak boleh kot? Sekian! :]
Sura Hujung cantik menawan
BalasPadamBukit Mayat terbaring hijau
Telok Lipat tempat bercanda
Terubat rindu hati nan rawan
Tempat tuntut ilmu meranjau
Sufi kembara sayangkan bonda
;)
Mahadher
PS: Jika tidak keberatan. Kalo jumpa Ujang kat booth Creative Entprse:
"Tun Mahadher, kirim salam"
eheh...
Assalamualaikum...
BalasPadamSaya kira bolehlar kiranya saya memberikan komen di sini... (jangan ribut2 sih...)
Sesungguhnya bisikan iblis dan syaitan itu terlalu halus... Mungkin ianya terdetik di hati, mungkin ianya terbit dari jiwa, mungkin ianya terbit dari suara manusia lain,
Mungkin ianya terbit dari suara musuh-musuh kita,
Yang bencikan kedamaian dan bencikan orang yang bersungguh-sungguh mencari erti sebuah kehidupan,
Sesungguhnya kepada ALLAH aku datang, dan kepada ALLAH jua aku kembali...
Walau kecil diri, namun perjalanan dalam perjuangan mencari ilmu dan mengenal diri... diperkecil-kecilkan. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh orang lama, "janganlah kamu mengheboh-hebohkan perbuatan baikmu, nescaya kelak akan menjadi kejahatan jualah di pandangan orang."
Tetapi, hebahan bertujuan menyampaikan kepada yang hak itu tuntutan... walaupun tuntutannya semestinya disertai dengan kesabaran. Maaf sekiranya saya berkata luahan tulisan tuan dalam posting sebelum ini lebih kepada protes kepada komen manusia yang macam pandai tu...
Oleh itu, eloklah kiranya kita bersama-sama beristighfar dan berdoa kepada ALLAH agar diperbetulkan niat dan dimurnikan hati ini dalam mencari dan mengenal erti diri dan rahsia kehebatan ciptaanNYA... Amin...
(kita jua insan biasa, walau apapun dan siapapun kita, pasti tidak lari dari kesilapan. Jika benar komen anda dengan ikhlas ingin menegur kesilapan saudara kita ini, teruskanlah. Jika komen tersebut hanyalah untuk mengeruhkan susu sebelanga, eloklah ditinggalkan. Untuk saudara MS, teruskan perjuangan tanpa menoleh kebelakang. Insya ALLAH ta'ala, akan berolehlah apa yang dihajati.)
as'kum MS,
BalasPadamkalo mari kuala terengganu singgahlah kat tempat ambo, ambo belanjo mu makang kepok lekor, Insya-Allah.
Assalamualaikum, Radzi.
BalasPadamAku dah buka semula blogspot aku. Boleh lah tengok posting aku yang latest, tentang pertemuan dengan sasterawan negara. Wassalam
Membaca tulisan zamspotte membuat sofi ingin berkata-kata sesuatu yg selama ini sofi diamkan saje...Amat payah utk sofi katakan kerana tiada bukti yang nyata...
BalasPadamApa yg ingin dihintkan(bukan semua, tapi di satu part saje) ada didalam excerpt yg sofi jumpa dalam sebuah blogspot. Khas untuk mereka yg mahu berfikir :-
"Orang yang banyak bercakap adalah mereka yang banyak cakap perkara sia-sia"
Ni adalah ungkapan emas yang saya terbaca di akhbar Kosmo minggu lalu. Saya cuba menghayati maknanya tersurat n tersirat ungkapan tersebut. Bila difikirkan berkali2 memang ada benarnya ungkapan tersebut. Dari pangalaman hidup saya memang ada insan yang begini. Cakap je banyak tapi takde hasil n takde makna langsung. Selain itu, mereka ni bukan sahaja cakap perkara yang sia-sia malah memburuk-burukkan orang lain demi kepentingan sendiri. Dalam Firman Allah swt :
"Barang siapa yang menutup kejelikan(keburukan) seseorang maka Allah akan menutup kejelikannya dihari Akhirat"
Saya tak tau kenapa manusia sekarang ini. Suka memecah belahkan silaturrahim sesama umat. Sedangkan ada kawan sendiri yang akan berbuat demikian. Musuh dalam selimut lebih berbahaya. Ada kalanya saya tidak mahu mendekati insan seperti ini tetapi apakan daya, mereka ini yang bertopengkan kebaikan telah mangkaburi kita semua. Berhati-hatilah dalam memilih kawan. Jangan ada kawan yang makan kawan atau kawan tikam kawan. Sesungguhnya menjalinkan suatu hubungan persahabatan yang sejati adalah suatu yang mulia.
Fikirkan dan lihatlah sekeliling anda apa yang berlaku...
From Sofi utk semua yg mengenali :
"Sometimes it is better to lose and do the right thing than to win and do the wrong thing"
Wassalam n terimakasih atas komen semua. Semoga kita semua semakin matang dan berimbangrasa dalam berinteraksi.
BalasPadamSesungguhnya kita boleh mengaku diri sendiri sebagai matang dalam beragama atau tinggi ilmu Sufi tetapi itu cuma pengakuan kita sendiri sedangkan pihak lain mungkin melihat kita ini sebenarnya tidak faham pun apa-apa... Hakikat kebenaran sebenarnya cuma Allah sahaja yang tahu. Tetapi daripada cara kita berinteraksi, orang ramai boleh menilai sendiri samada kita benar-benar mahu memperbaiki keadaan atau setakat mahu memenangkan diri sendiri. Maka kalau boleh biarlah kita jaga adab-adab berinteraksi itu supaya sumbangan dan kata-kata kita dapat menyenangkan semua pihak, bukan setakat menyenangkan diri sendiri sahaja...
Sekian! :]
I have said wutever i believe is true.. interpretation is yours...
BalasPadamHope your interpretation is correct. :)
May Allah Bless you guys.
Salam Terakhir
With luv to all of you.
i think that bitch whether she's a real woman or a faggot or a man in disguise is damn sick such a mess!
BalasPadam