Sabtu, April 05, 2008

Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali?

Sebuah gambar potret Tok Kenali yang saya temui di Internet tadi...



Assalamualaikum semua... Malam tadi adalah malam ke 4 saya bermalam di Kelantan. Adapun setelah selesai membuat laporan terkini pengembaraan dengan tajuk Salam daripada Kuala Terengganu... Selesai sudah apa yang patut dibuat di negeri ini! seminggu lalu, saya telah pergi ke Kuala Besut dan bermalam satu malam di sana. Kemudian baru saya masuk ke Kelantan untuk bermalam di Tok Bali dan keesokan malamnya di Bachok. Malam Jumaat baru-baru ini, saya bermalam di Masjid Tok Kenali dan malam semalam di sebuah hotel di tengah bandaraya Kota Bahru.
Sukacita dimaklumkan, kini telah selesai apa yang perlu dibuat berhampiran Kota Bahru dan sekitarnya. Dengan pertolongan seorang kakak saudara kepada seorang teman, saya dapat menziarahi banyak tempat dalam tempoh 2 hari kebelakangan.
Adapun selepas puas menikmati angin laut dan suasana tenang di Tok Bali, saya telah menumpang beberapa kenderaan untuk pergi ke Pasir Puteh, sempat melihat sebuah tugu yang menandakan tempat pahlawan Melayu terkenal Tuk Janggut digantung oleh penjajah British. Kemudian saya ke Melor menghala ke Kota Bahru. Di sana bertemu kakak ini yang membawa saya ke makam Raja Abdullah, suami kepada Puteri Sa'adong seterusnya ke Bukit Marak yang pernah menjadi tempat bersemayam Puteri Sa'adong (menurut satu cerita, raja perempuan Kelantan dahulukala Chek Siti Wan Kemabng juga pernah bersemayam di situ) sebelum bersolat di Masjid Kampung Laut yang telah lama dialihkan di Nilam Puri kemudian melihat Pantai Irama dan bermalam di Bachok.
Oleh kerana kami sampai ke Bukit Marak petang itu hampir waktu Maghrib, maka kami ke sana lagi tengahari Khamis. Sebelum itu, kami pergi ke Kedai Lalat @ Kota Jembal untuk menziarahi makam Raja Loyor (ayahanda Puteri Sa'adong), makam Raja Sakti dan makam Raja Bahar. Kemudian kami ke Bukit Marak, sempat menziarahi sebuah kawasan permakaman lama menggunakan batu-batu hidup di belakang bukit juga berehat di sebuah pondok yang didirikan di atas batu-batu besar di kaki hadapan bukit belakang sekolah-sekolah.
Seterusnya kami pergi ke Kampung Rong Chenok (antara Pasir Mas dengan Tanah Merah) untuk bersolat sebentar di Masjid Brunei Darussalam yang terletak di pinggiran Danau Tok Uban... Kemudian pergi ke Tumpat sebelum membelok masuk menghala ke Sungai Pinang untuk sampai ke kawasan madrasah serta masjid Tok Selehor, seorang ulamak besar Kelantan.
Di sana, selain menziarahi makam Tok Selehor, saya sempat mencuba masuk duduk di dalam tempat bersuluk yang dibina dalam tanah di tengah kawasan perkuburan... Sempatlah berbaring menghadap kiblat dengan gaya seperti mayat sambil berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran di dalam kegelapan lubang yang terletak sama aras dengan mayat-mayat lain di perkuburan.
Selesai itu, kami pergi ke Kok Majid... Sempat menaiki sampan berenjin berjalan-jalan di perairan kuala @ delta Sungai Kelantan melihat persekitaran pulau-pulau seperti Pulau Beluru sebelum menghala ke Palekbang, lalu di Kampung Laut lalu masuk ke Kota Bahru. Kemudian kami pergi ke Pantai Cahaya Bulan, sempat singgah di Kuala Besar untuk melihat bahagian selatan kuala @ delta Sungai Kelantan.
Malam Jumaat itu, saya sempat menziarahi makam beliau sebelum bermalam di Masjid Tok Kenali. Keesokannya saya bersolat di Masjid Muhammadiah dan kini hari Sabtu, setelah selesai membuat beberapa posting di blogspot-blogspot saya dan mengemukakan laporan terkini, barulah saya boleh menyambung pengembaraan dengan meninggalkan Kota Bahru. Sekian! :]

p/s:
Hampir terlupa nak beritahu. Ketika bermalam seorang diri di Masjid Tok Kenali, baru saya sedar betapa masjid itu memerlukan dana untuk memperbaikinya. Malam itu hujan sangat lebat dan ternyata bumbung masjid bocor di beberapa tempat.
Di sini, ingin saya ambil kesempatan membuat pengumuman... Kepada mana-mana insan mulia yang ingin memberikan sumbangan demi memastikan kesinambungan sebuah warisan peninggalan ulamak Melayu bertaraf wali, boleh hubungi Ayah Man @ Haji Lokman bin Ahmad bin Muhammad Yusuf (nama sebenar Tok Kenali) di talian 012-9540237 dan 09-7654666. Boleh juga datang sendiri mencarinya dan ahli keluarga di Dewan Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Lorong Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, 16150 Kota Bahru, Kelantan. Sila! :]

7 ulasan:

  1. Hi Radzi,
    Its me again. Another boring morning here, so i decided to kacau hang sikit. Bukan apa, saja nak bagi pendapat sikit. Aku rasa molek kalau engkau can write a bit about the current situation affecting the muslim malays in this country. Kaitkan dengan sejarah silam bangsa. As you should noticed, orang melayu islam ni banyak yang dah lupa jati diri dia orang. Tu yang jadi keadaan macam tak menentu sekarang ni. I m not talking just about the politics, but about the whole scenario. Its just a suggestion. I know that u went through a lot and met a lot of people during yr travels, therefore, in my humble opinion, the experience should qualify u to be a truely constructive social commentator. Then, maybe u have your own subtle style of telling people what it should be. Just that orang macam aku ni kekadang payah nak faham. I am trying though as i goes through your writings. Take care bro.

    BalasPadam
  2. Thanks Shahrum. I'm already doing that through my writings especially my books. Sebenarnya apa yang mengganggu Melayu sekarang adalah berkaitan peristiwa akhir zaman... Believe it or not, the third world war is coming very soon! Dan apa yang akan berlaku adalah related to hasi2 Nabi tentang akhir zaman...
    Dulu aku selalu cerita benda ni directly macam orang gila kat forum di Internet. Dalam buku pulak aku choose to build-up the real meaning of being Malay, Muslim dan aku cerita kenapa ada hadis Nabi menyebut kebangkitan Islam sebenar akan dimulakan dengan kemunculan panji2 hitam daripada Timur.
    La ni, aku mention mende ni semua in passing sebab dulu aku dah pulun habis. Siapa yang nampak, nampak le... Itu le yang terjadi pada Melayu sekarang... Kita ni diganggu-gugat, cornered by Zionist concerns sejak dulu lagi sebab daripada Tanah Melayu le Islam sebenar akan bangkit akhir zaman! Get ready to join to flow bro! Cheers! :]

    BalasPadam
  3. Le... Typo lagi. Bukan hasi2 le tapi hadis2...
    Bro, read the links on the lower right-hand sidebar, the ones after the words "Apa akan jadi jika perang dunia datang lagi? "...
    That should sum what I've been fighting for and trying to tell the whole local Malay Muslim population about what's coming up next...
    Cuma mende ni mungkin tak semua orang percaya sebab it involved ancient propechies but do read it nevertheless. Take care bro...

    - writing from Kuala Lipis -

    BalasPadam
  4. dah dua kali aku hantar comment kat drkhir.blogspot , dua-dua tak lepas. tension betul.. takde lah kata-kata kesat ke, fitnah ke, nak kata lari dari tajuk, tak jugak.. aku tengok orang lain selamba aje boleh lepas.. last-last kat sini jugaklah aku nak merapu.. hehehe..

    kalau kau ada kat kl sms aku ye.. mana tahu hujung-hujung minggu boleh jumpa. aku nak belanja kau makan..

    wassalam

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, saudara...

    Setelah puas saya mencari, akhirnya dapat jua saya membaca karya karangan saudara iaitu "Berpetualang Ke Acheh," ihsan dari seorang rakan.

    Mungkin saya terkena dejavu setelah membaca karangan itu (baru nak masuk bab 5 buku 1)... Namun, pemikiran saya semakin lancang berfikir kembali seperti apa yang pernah saya alami sekitar tahun 1998 dan 1999 sehinggakan tak dapat bersekolah kerana sakit kepala yang amat sangat...

    Saudara, adalah rugi diri ini apabila tidak dapat mengenal nasab keturunan sendiri... Namun begitu, saya akan jadikan cerita saudara sebagai suatu teladan untuk saya turuti... Bukan niat mengajak saudara bermegah... tetapi apakan daya, saya manusia yang tidak lepas dari mengkagumi insan yang berkelana mencari ilmu...

    Adakah tepat coretan di blog saya ini? http://siputsedey.blogspot.com/2008/04/melayu-dan-islam.html yang saya pernah fikirkan semasa di tingkatan 2 ketika itu... Sila beri tunjuk ajar... ada nangka di luar pagar... terima kasih

    BalasPadam
  6. Wassalam semua. Saya berada di hujung pengembaraan terbaru ini. Insyaallah sebentar lagi akan saya beri sedikit laporan. Apabila ada lebih masa terluang, Insyaallah akan saya teliti lebih dekat akan saranan saudara-saudara semua. Sekian! :]

    BalasPadam
  7. Sdr Radzi,

    Saya kagum dengan kesungguhan sdr mencari2 sesuatu, cari sana cari sini. Tapi tak apa yang penting ialah niat.

    Tak teringin kah nak mencari DIRI macam Hamzah Fansuri?

    BalasPadam