Isnin, April 21, 2008

Nombor 313, satu nombor yang banyak maknanya...

Gambar hiasan... Gambar kulit komik The Incredible Hulk, komik yang ke 313 dalam sirinya... Ditemui apabila membuat google search image "313". Lama dah ni... Entah tahun berapa punya cerita...

Rasanya ramai yang tahu akan makna nombor 313. Hari ini saya tergerak untuk membuat posting ini apabila mendapati thread perbincangan bertajuk "Berpetualang ke Aceh" di sebuah forum, thread yang dimulakan Julai 2006 lalu telah masuk mukasurat ke 313 hari ini! Untuk pengetahuan link untuk masuk ke thread itu ada di pertengahan sidebar kanan blogspot ini... Link nya ialah Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh... tetapi untuk ke mukasurat 303, daripada situ bolehlah masuk ke mukasurat mana-mana nanti...
Adapun kali pertama saya mula aktif berkata-kata dalam dunia Cyber adalah apabila tergerak untuk membuka sebuah thread bertajuk "Perang Akhir Zaman" Jun 2006. URL nya (untuk masuk ke mukasurat 1, kini sudah masuk 64 mukasurat) ialah http://www.harmonisers.net/forum/forum_posts.asp?TID=5844&PN=1&TPN=1 ... Perbincangan-perbincangan yang dibuat di thread-thread ini juga beberapa thread lain yang saya buka di forum itulah yang akhirnya membawa saya untuk membuka 3 buah blogspot sendiri pada November 2006. Ia adalah blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH yang sudah memiliki 186 postings, blogspot bahasa Melayu CATATAN SI MERAH SILU ini (sekarang ada 286 postings + 1 iaitu posting terkini ini) dan blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) (ada 126 postings).
Maka itu timbul rasa untuk membuat posting berkenaan 313 di sini sebagai satu tanda milestone juga untuk kenang-kenangan. Di bawah ini, biar saya copy n paste kembali komen saya yang dibuat di thread "Berpetualang ke Aceh" itu ya, sebaik sahaja menyedari jumlah mukasuratnya sudah masuk 313. Ini dia...


Posted: 21 April 2008 at 3:53pm IP 60.49.108.127

Wahhh... Akhirnya, dah masuk page 313 ni... Nombor yang amat bermakna... 313 tentara Talut, 313 tentera Badar, 313 jumlah Rasul, 313 tentera utama Imam Mahdi... Bagi saya sendiri nombor 313 ni ada kena mengena dengan nombor home sweet home saya iaitu 131... 313 + 131 = 444... 4+4+4 = 12... Lengkap 12 bulan dalam setahun... 12 juga adalah jumlah not muzik di mana 7 adalah key major (A, B, C, D, E, F, G)... Ingat, 3+1+3 = 7... Dalam not muzik, ada 5 key sharp iaitu A#, C#, D#, F#, G# , kena dengan 1+3+1=5... Dari segi penulisan siri buku "Berpetualang ke Aceh" pula, 4 tahun dahulu asalnya ia ditulis cuma satu buku tetapi terpaksa pecah 3 kerana dah lebih 1,000 mukasurat... Pas tu ada 13 bab bernombor (jumlah bab lebih 30 untuk 3 tu tapi yang ada nombor seperti BAB 1, BAB 2 ada 13 semuanya)... Sekarang harap-harap posting ini adalah yang 3 dalam page 313 ini... Apa nak buat, saya kan ada gila-gila nombor? Lagi satu, saya ada 3 blogspot... Ada masa, jemput le klik kat link-link bawah tu... Selamats!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan