Lihat peta sekitar Lenggong ini. Perjalanan yang akan dibuat nanti bersekitar pada tempat-tempat di dalam peta ini. Sedikit tentang perjalanan yang berlaku telah saya nukilkan dalam blogspot ini lebih sebulan lalu ketika berada di Lumut. Ceritanya bertajuk Salam daripada Lumut, Perak... Salam Perak Man, hehe!
Daripada Sungai Siput, saya, Asri dan isteri serta anak kecilnya menaiki kereta melalui jambatan lama menyeberangi Sungai Perak berhampiran Kuala Kangsar menuju ke Kati. Jalan yang diambil melalui Kampung Temong... Sekitar 20km utara Kati kami pun sampai ke Tasik Raban yang merupakan sebahagian daripada Tasik Chenderoh yang terbentuk apabila Sungai Perak dibuat empangan.
Hampir ke penghujung Tasik Raban, kelihatanlah sebuah bangunan makam yang terjaga betul-betul di tepi tasik. Asri memberhentikan kereta lalu menunjuk pada makam. Dia bertanya jika saya mungkin tahu siapakah pemilik makam ini...
Ini pula jalan ke utara menghala ke Lenggong dilihat daripada kawasan makam...
Perjalanan diteruskan dan sekitar 10km kemudian, kami sampai ke Kampung Banggol Belimbing di mana kelihatan masjid yang agak unik ini. Ceritanya sudah dinukilkan dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) semalam. Sila klik Sebuah masjid unik di Lenggong (A unique mosque in Lenggong) ...
Oh... Baru teringat. Semalam saya juga telah menukilkan sebuah cerita mengenai bandar Sungai Siput di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Tajuknya ialah A quaint look at Sungai Siput... . Saya juga telah membuat sebuah posting mengenai Masjid Sungai Siput yang dirasakan ada sesuatu yang istimewa tentangnya. Sila lihat Masjid jamek (main mosque of) Sungai Siput, Perak... Tetapi saya tidak pasti apakah yang istimewanya tentang masjid ini. Mungkin ada pembaca yang boleh menolong memberi pendapat dan komen?
Apapun, tidak lama kemudian kami pun sampai ke kampung Asri iaitu Kampung Chain, 1 km sahaja di selatan pekan Lenggong. Petang itu juga kami sempat bersiar-siar di pekan tersebut sebelum pergi bersolat di masjid berdekatan kemudian bertemu seorang rakan di rumah rehat.
Keesokannya, baru kami memulakan perjalanan untuk menziarahi makam-makam lama di sekitar Lenggong... Kebanyakan makam-makam ini adalah milik anak cucu Tun Saban...
Perjalanan dimulakan di Kampung Luat. Letaknya lebih 10km di selatan, sedikit ke timur Kampung Chain dan perlu menyeberangi Sungai Perak...
Kelihatan sebuah surau berwarna biru...
Di hadapannya terdapat sebuah makam yang terserlah binaannya...
Makam ini cuma ditanda dengan batu-batu sungai. Menggunakan buku bertajuk "Tempat-tempat Bersejarah Perak" oleh N. A. Halim (terbitan Jabatan Muzium tahun 1981) yang dibeli di Kota Ngah Ibrahim, Matang, Taiping, saya dapat tahu makam ini adalah milik seseorang yang dikenali sebagai Tok Lalang.
Menurut buku itu, Tok Lalang juga dikenali sebagai Tok Putih Rambai, anak kepada Tok Berolak bin Tok Hilang Dipilih bin Tun Kelalang bin Tun Saban. Tok Lalang pernah menjadi salah seorang orang besar lapan Perak dengan memakai gelaran Sri Adika Raja (sekarang dikenali sebagai Seri Adika Raja Shahbandar Muda). Ia adalah salah satu jawatan orang-orang besar Perak yang dipegang oleh anak cucu Tun Saban (atau Tun Sa'aban menurut sesetengah pendapat) dan Tok Lalang ialah Sri Adika Raja yang ketiga, hidup awal kurun ke 17 Masihi...
Pemandangan menghala ke sungai dilihat daripada makam. Cantik pula pokok-pokok bunga di sini. Kelihatan di dalam gambar adalah saudara Asri.
Adapun sebaik saja menyedari bahawa Tok Lalang ini pernah memegang jawatan Sri Adika Raja, terus saya teringat lawatan ke Masjid Paloh di Ipoh. Cerita tentang masjid ini telah saya nukilkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid Paloh (the Paloh mosque), Ipoh . Di hadapan masjid ini terdapat makam seorang pembesar Perak yang dikatakan sangat terkenal semasa zaman Sultan ke 28 Perak, Sultan Idris memerintah (1887-1916). Tetapi semasa menulis artikel itu, saya terlupa nama beliau adalah Wan Muhammad Saleh yang dikurniakan gelaran Sri Adika Raja Syahbandar Muda pada tahun 1892.
Sekitar 2 km ke utara Kampung Luat iaitu hampir kembali ke jalan besar untuk ke Lenggong juga Kuala Kangsar, terdapat pula makam Tok Sendalu. Tok Sendalu adalah Sri Adika Raja yang ke4 menggantikan abangnya Tok Lalang, Sri Adika Raja ke 3. Untuk pengetahuan, bapa mereka Tok Berolak ialah Sri Adika Raja ke 2...
Sejurus selepas menyeberangi kembali Sungai Perak untuk menghala ke jalan besar Lenggong/ Kuala Kangsar, terdapat pula muzium arkeologi Lenggong...
Tempat ini terkenal dengan cerita Perak Man, katanya manusia tertua di Malaysia... Cerita tentangnya baru dinukilkan tadi dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH , dengan tajuk My own take on Perak man and what's available at the Lenggong archeological museum... . Silalah jengok... Mana tahu anda rupa-rupanya ada kaitan dengan Perak Man?
Tetapi saya lebih suka pameran di atas ini yang mungkin boleh dijadikan bukti bahawa cerita Cicakman yang pernah "menggemparkan" pawagam-pawagam di Malaysia suatu masa dahulu bukan sekadar dongengan ciptaan Yusri KRU. Gambar di atas menunjukkan Cicakman telah dikenali sejak ribuan tahun dahulu di Kelantan! Mungkin sebab itu si Yusri sungguh teruja sehingga sanggup berpisah dengan si Era Fazira... Peh... Sekali-sekala, laser gak mulut aku, eh jari-jari aku (sebab menaip le) rupanya... Hehe!
Turut menarik adalah nama tempat lukisan Cicakman ini ditemui iaitu Kuala Betis... Mungkin dari sini juga asal-usul pepatah Melayu, bagi betis nak paha... Lalu jadilah sifat bagi betis dan paha ni pakaian orang Melayu sekarang zaman Kentucky Fried Chicken hingga menjilat kaki dan ibu jari! Melayu "baru" le katakan... Pantang bagi kontrak ngan projek, semuanya mereka nak sapu belaka... Last-last habis Kedah, Pulau Pinang dengan Selangor kena "sapu" dek tsunami pilihanraya... Jangan lupa juga Perak yang sudah bertukar pemerintahan, mungkin akibat doa anak-cucu Perak Man?
Hmm... Melihatkan nama Kuala Betis ini, timbul lagi satu telahan. Mungkin dari situ juga asalnya seorang jaguh wrestling handal WWF bernama Batista? Mungkin Batista sebenarnya adalah orang Kelantan? Dan mungkin dia juga ada kaitan dengan Cicakman! Heh! :]
Seterusnya kami pergi ke Kampung Chegar Galah di selatan menghala ke Kati. Kami perlu melalui jalan untuk ke Tasik Chenderoh sebelum sampai ke sini.
Betul-betul sekitar 50 meter sahaja di hadapan pagar yang kelihatan dalam gambar ini terletak makam seorang lagi pembesar Melayu yang ada kena-mengena dengan Tun Saban. Tetapi jenuh kami mencarinya kerana kawasan itu sudah penuh hutan-belukar sehingga tempat yang dicari tidak lagi kelihatan daripada tepi jalan...
Setelah beberapa ketika mencari, barulah kami dapat jumpa makam ini. Ternyata tempatnya bersemak... Kami pula terpaksa bertungkus-lumus membersihkan kawasan dalaman makam.
Oh... Untuk pengetahuan, ini adalah makam Tok Terosor. Saya tak pasti apakah jawatan yang pernah beliau pegang, Yang pasti beliau juga seorang anak cucu Tun Saban.
Semasa keluar daripada kawasan makam menuju ke kereta, baru Asri mendapati kunci keretanya telah tercicir. Allah! Macamana ni. Sudahlah kawasan situ bersemak tebal... Terpaksalah kami meraba-raba mencarinya... Allah! Takda penyakit cari penyakit...
Nasib baik le dalam setengah jam begitu dapat juga berjumpa... Kalau tak tentu naya! Bagaimana mahu meneruskan perjalanan menziarahi makam-makam apalagi hendak kembali ke Lenggong? Bagaimana Asri mahu membawa ibunya berjalan petang nanti? Mesti saya dipersalahkan nanti kerana akibat hobi saya menziarahi makam le, si Asri boleh hilang kunci kereta...
Apapun, kami singgah ke Masjid Kampung Chegar Galah untuk bertanya pada orang makam seterusnya yang ingin diziarahi, makam terdekat seperti yang diceritakan dalam buku "Tempat-tempat bersejarah Perak"...
Lalu sampailah kami ke makam Tok Jawang. Beliau mempunyai hubungan persaudaraan yang sangat rapat dengan Tok Terosor.
Di sini kami jadi pening kepala sebentar... Teruk betul semak dan belukar yang kelihatan meliputi kawasan makam. Nasib baik jalan untuk masuk ke makam itu sendiri boleh kelihatan daripada tepi jalan, tidak seperi makam Tok Terosor yang terlindung terus. Tetapi ternyata apabila masuk ke kawasan makam, keadaan di sini jauh lebih teruk!
Maka bertungkus-lumuslah kami membersihkan makam ini. Ceritanya, bersama cerita tentang makam Tok Terosor telah dinukilkan lebih awal di blogspot ini dengan tajuk Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 2...
Kemudian kami pergi ke sebuah lagi makam, melalui sebuah lorong di sisi timur masjid tadi. Makam ini pula milik seseorang daripada keluarga yang lain... Pemiliknya bernama Syarif Syamsuddin yang pernah menjadi Menteri Paduka Tuan, seorang daripada orang besar empat Perak.
Ayahandanya adalah Syarif Abu Bakar bin Syarif Jalaluddin (juga dikenali sebagai Tok Tambak Pulau Pisang), pernah menjadi Bendahara Perak di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770). Syarif Syamsuddin menjadi Menteri Paduka Tuan pada zaman yang sama sebelum meninggal dunia tahun 1780. Keluarganya dikatakan berasal daripada keluarga Sayyid berketurunan Ahlul Bait keluarga Nabi Muhammad SAW yang ramai beranak-pinak di Hadramaut, Yaman...
Makam Syarif Shamsuddin juga ditanda dengan batu sungai. Tetapi ia jauh lebih terjaga dan kelihatan cantik dihiasi pokok berbanding makam Tok Terosor dan makam Tok Jawang yang turut terletak di Kampung Chegar Galah.
Selesai menziarahi makam-makam di Kampung Chegar Galah, kami pun kembali ke Kampung Chain lau pergi menziarahi makam seorang lagi anak cucu Tun Saban yang pernah memegang jawatan Sri Adika Raja. Beliau ialah Tok Busu Sega, anak kepada Sri Adika Raja Itam Pitok bin Tok Lambak bin Tok Sendalu... Ah... Cucu Tok Sendalu yang dimakamkan di Luat rupanya...
Tok Busu Sega adalah Sri Adika Raja yang ke 9, semasa zaman pemerintahan Sultan Ismail Muabiddin Riayat Shah (1871-1874) iaitu satu zaman di mana Inggeris mula menunjukkan taring untuk campur di dalam hal-ehwal pemerintahan negeri Perak.
Beliau terbunuh tahun 1876 dalam satu serangan pihak Inggeris. Menurut Asri, makam beliau adalah satu-satunya makam yang paling terserlah di sekitar Kampung Chain. Tetapi semasa kami mencarinya petang Sabtu, kami tidak dapat menemuinya...
Hari Ahad setelah selesai ziarah ke makam-makam Tok Lalang, Tok Sendalu, Tok Terosor, Tok Jawang dan Syarif Shamsuddin, barulah kami dapat menemui makam Tok Busu Sega... Rupa-rupanya di sebalik rimbunan tebal belukar terutama rumpun-rumpun buluh yang menutup pandangan daripada luar! Lalu apalagi, kami juga yang terpaksa membersihkannya. Dan ceritanya turut dinukilkan dalam artikel Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 2... . Sekian, selamat malam! :]
as'kum saudara merah silu,
BalasPadamsaya ada membaca thread saudara berkaitan perang akhir zaman, dan saya juga ada membaca buku huru-hara akhir zaman.
Saya juga merasakan tempohnya terlalu dekat, mungkin tak samapai pun setahun...kerna terlalu banyak tanda-tanda yang disebutkan dalam hadith.
Antaranya, negara Islam akan bersama puak Rom (US dan sekutu-2nya) untuk memerangi satu musuh DI BELAKANG mereka.
Saya asyik memikirkan siapakah yang dimaksudkan sebagai musuh DI BELAKANG mereka, sehinggalah suatu hari saya terbaca tulisan JFK sewaktu memberi komen tentang Russia/Soviet Union berkaitan projek Apollo.
"Mereka/Soviet Union telah menghantar cosmaonaut ke angkasa lepas. Kita sebenarnya berada DI BELAKANG mereka di dalam perlumbaan angkasa lepas".
Justeru, pada masa sekarang, dari segi sains dan teknologi dan kekuatan ketenteraan, Russia dan sekutunyalah yang berada DI BELAKANG Rom/US dan sekutunya.
Perang yang akan mengumpul seluruh negara di dunia kecuali negara-2 yang sangat sejuk dan negara-2 yang sangat panas di sebuah tempat di Lembah Magedo.
Ramai yang menanti dan melihat konflik US-Iran, yang kalau Iran diserang pun Insya-Allah bulan Syawal ke atas.tetapi saya masih terfikir, adakah tahun ini?
Wassalam. Buatlah persiapan diri apa yang patut kemudian teruskan kehidupan seolah-olah tidak akan berlaku apa-apa. Tak perlu gelabah, cuma bersedia sahaja untuk menghadapi apa-apa kemungkinan. Presiden US si Bush akan tamat tempoh pemerintahan cuma beberapa bulan lagi. Agak-agak le apa dia akan buat sebagai "hadiah perpisahan"?
BalasPadamIni... Ada sesuatu yang saya baru tulis dan di satu forum... Copy n paste aje le kat sini yek...
Bersedia daripada sekarang... Perubahan besar dalam pilihanraya dan segala kekalutan yang berlaku termasuk dalam tanda-tanda...
Perhatikan bulan Ramadhan dan Syawal tahun ni... Rasanya dalam tempoh beberapa puluh tahun atau mungkin lebih lama, inilah buat pertama kali kalendar Hijrah dan Mat Saleh selari selama 2 bulan... 1 Ramadhan atau 1 haribulan 9 (Ramadhan adalah bulan ke 9 Islam) bersamaan 1 September (September bulan 9 Mat Saleh)... Begitu juga 1 Syawal (bulan 10) bersamaan 1 Oktober (bulan 10)...
Lihat sendiri calendar, 2 bulan ini tarikh akan selari lepas tu tak sama lagi... Dan tahun ini juga akan ada 2 kali masuk Maal Hijrah... Jarang berlaku tu...
Adapun kalendar Hijiriah adalah kalendar bulan sedangkan kalendar Mat Saleh adalah kalendar matahari... 2 bulan yang selari membawa makna gerhana... Faham-faham aje le gerhana tu camana, lebih-lebih bukankah bulan September nanti ada pemilihan Umno? Bayangkan apakah yang akan berlaku dalam keadaan kekalutan selepas pilihanraya ke 12 baru-baru ini...
Pada masa yang sama, US dan Eropah sebenarnya sedang mengalami kemelesetan ekonomi... Cuma jangkitan dia belum betul-betul nampak kat sini tetapi ia sedang berlaku.
Bush pula tak lama lagi nak tamat tempoh jadi Presiden... Agak-agak le apakah tindakan terakhir dia sebelum jatuh pangkat? Apakah Iran akan diserang tidak lama lagi?
Apapun, kita buat persiapan peribadi untuk menghadapi segala kemungkinan. Sekian!
Pembetulan. Bab perhimpunan UMNO tu aku pun tak pasti Ogos ke September... Apapun, apabila melihat pada senario politik sekarang ia tetap akan kecoh.
Kalau kita sekadar melihat apa yang berlaku daripada kacamata tempatan, apa yang kita nampak adalah sekadar rakyat menolak kepimpinan Umno sekarang kerana bengan dengan apa yang Pak Lah dah benarkan menantu dia buat. Lalu rakyat bagi undi protes yang pada masa yang sama menaikkan kembali nama Anwar Ibrahim ke persada politik tanahair...
Cuba kita lihat lebih jauh samada tersirat dan tersirat... Cuba lihat program Yahudi Zionis untuk menakluki dunia terutama Tanah Melayu ini yang bakal menjadi tapak kebangkitan Islam akhir zaman.
Aku tak sokong segala yang Mahathir buat tapi aku boleh nampak bagaimana projek lebuhraya PLUS, industrialisasi, Proton, mendirikan KLIA, KLCC dan litar lumba Sepang serta MSC berjaya menaikkan semangant dan maruah kita yang selama ini rasa tertinggal apabila melihat kemajuan di negara-negara Barat malah Singapura sendiri. Lalu Mahathir menunjukkan jalan berani mengbangkang Barat dan tidak lama kemudian muncul Anwar yang sanggup menggadaikan negara kepada IMF dan Band Dunia apabila berlaku krisi matawang tahun 1990an.
Aku masa tu masih journalist di NST. Bila Anwar kena pecat, aku termasuk orang-orang yang konfius apakah yang sebenarnya telah berlaku. Tetapi setelah beberapa kali berdepan dengan Anwar eye-to-eye semasa dia mula-mula sibuk berkempen di rumahnya di Damansara, aku mula sedar ada sesuatu yang tidak kena tentang mamat ni. Maaflah... Aku rasa dia sedi menjual negera asal dapat jadi PM...
Kemudian Anwar jatuh dipenjara dan kita lihat mula kemunculan seorang hamba Allah bernama Khairy yang tindak-tanduknya kelihatn sungguh menguntungkan Singapura serta negara-negera Barat. Lalu setelah Anwar dikatakan ketinggalan bas, kelihatan Khairy lah yang akan memperjuangkan cita-cita Barat melalui proksi dan pengkalan Yahudi Zionis di sini menakluki Malaysia.
Kini, Pilihanraya ke 12 telah menyaksikan perjalanan Khairy untuk mengangkat diri sebagai bakal PM semakin tempang. Sebaliknya, tidak mustahil Anwar jadi PM jika selepas bulan 5 di mana tamat hukum mahkamah mengharamkannya bertanding nanti dia dapat masuk jadi Ahli Parlimen dan sempat menarik 30 orang ahli Barisan Nasional (mungkin dari Sabah dan Sarawak) untuk masuk join Barisan Alternatif lalu mendapat majoriti mudah Parlimen yang membolehkan mereka membentuk kerajaan baru pula!
Lihat betul-betul... Ini adalah permainan catur Barat. Samada Khairy dinaikkan di mana dia dapat mempengaruhi Pak Lah untuk membuat polisi-polisi yang menguntungkan orang lain atau naik Anwar yang mana orang yang telah melihat permainannya lebih awal tahu dia juga sebenarnya pro-Barat. Baik naik Khairy jatuh Anwar atau sebaliknya, permainan chess ini membawa kepada penguasaan Barat ke atas Malaysia...
Satu lagi yang boleh berlaku adalah timbul kekacauan yang membawa kepada pembentukan Mageran seperti yang berlaku selepas 13 Mei dahulu. Di sini yang rugi tetap Malaysia terutama orang melayu juga.
Maka berhati-hatilah permainan yang tersurat dan tersirat sekarang. Kalau tidak berjaga, pusing macamana pun, siapa pun yang memerintah, yang tetap rugi adalah orang Melayu juga... Sebabnya kerana Yahudi Zionis tidak mahu ada apa-apa bunga kebangkitan Islam daripada belah sini. Sekian!
Assalamualaikum wbt...
BalasPadamSaya terpanggil utk mencari salah silah Tun Saban, melihat saudara telah menjejakinya lebih awal dari saya.
tujuan saya adalah untuk mencari salah silah tun saban serta keturunannya, sudikah saudara berkongsikan maklumat mengenai keturunan tun saban.
saya berjurai dari megat teraweh dan telah sedia maklum isteri kepada megat teraweh ini adalah anak perempuan kepada tun saban.
terima kasih
http://tunsabanbalek.blogspot.com/
BalasPadamkalau ada keturunan tun saban boleh kah kita buat pertemuan dan tumbang lembu .katsaya seratusorang ada
dah.
http://tunsabanbalek.blogspot.com/
BalasPadamkalau ada keturunan tun saban boleh kah kita buat pertemuan dan tumbang lembu .katsaya seratusorang ada
dah.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya salah seorang dari keturunan Tun Saban Balek , nak bagi cadangan supaya adakan Majlis Perjumpaan Waris-waris Tun Saban di Kuala Kangsar , Saya boleh bagi kerjasama dan buat pengetahuan semua salah seorang waris kita berada di taiping sebagai Orang Besar Jajahan larut, matang & Selama . .saya juga ada susur jalur keturunan Tun Saban sehingga keluarga saya..WarisAsalTunSaban
BalasPadamSaya juga berasal dari keturunan Tun Saban. Menurut salasilah yang terdapat pada saya, saya adalah cicit kepada Haji Wan Jaafar (To' Paduka Raja)dan moyangnya adalah Seri Adika Raja Mior Abdullah (To' Changkat).
BalasPadamKebanyakan keluarga dan saudara yang rapat dengan saya, yang juga merupakan keturunan Tun Saban kini menetap di sekitar Lembah Kelang dan juga sekitar Perak. Harap boleh berhubung lagi dan saya boleh dihubungi di hasif_16@yahoo.com.
* Tun Saban adalah moyang saya ke-11.
* Saya merupakan generasi ke-14 Tun Saban.
salam.
BalasPadamkiranya boleh dikatakan bapa saya pun ada skit darah Tun saban lah yer sebab arwah nenek saya Hajah halijah adalah anak kepada Toh Muda Meor Shamsuddin,,dan Meor Shamsuddin anak kepada Meor yahya, Dato' Seri Adika Raja,Ke-12.
Salam perkenalan
salam..
BalasPadamnama saya Mior Azham bin Mior Shopi bin Mior Abdullah berasal dari Kg. Jawang, Kuala Kangsar.. menurut bapa saya, kami merupakan keturunan dari Tun Saban berdasarkan drp salasilah keluarga yg masih di simpan oleh keluarga kami sehingga kini. sejauh mana kebenaranya Wallahualam...=)
salam.
BalasPadamSaya Othman Musa juga merupakan keturunan Tun Saban Balek berasal dari kg.Senggang.Kuala Kangsar dan salasilah masih dlm simpanan saya.
Salam. Kpd Merah Silu, para pengkaji sejarah serta waris2 Tun Saban Balik, kubur Tun Saban Balik terletak dlm kawasan pagar Sekolah Rendah Agama Al-Falahiah di Lawin, Perak. Lawin terletak di antara Gerik dan Lenggong. Sekolah agama tersebut betul2 terletak tepi jln K. Kangsar ke Gerik ikut lebuhraya. Tapak kubur asal Tun Saban ialah di Changkat Merah tetapi telah dipindahkan dlm tahun 70an atas sebab projek empangan air. Di sebelah kubur Tun Saban yg juga dipindahkan bersama kubur beliau saya tak tahu mungkin org kanan atau anaknya.
BalasPadamTun Saban Balik ialah diantara para penguasa awal di Perak yg membawa masuk Sultan Perak yg pertama, Sultan Muzaffar Shah. Akibat krisis dgn sultan sebab berkehendakkan anak Tun Saban iaitu Tun Merah yg dibawa lari oleh pengawal sultan, terjadi perang antara kedua2 pihak. Kedatangan Megat Terawis pula membantu Sultan Perak dlm menyelesaikan perang itu dgn perdamaian. Mengakhiri perdamaian itu, Tun Saban telah menjadi bapa mertua kpd Sultan Perak iaitu Sultan Muzaffar Shah yg bernikah dgn Tun Merah serta Megat Terawis yg berkahwin dgn anak perempuan Tun Saban yg bernama Tun Bongsu Bangsawan. Jadi Tun Saban Balik telah tidak lagi menjadi penderhaka kpd sultan selepas perdamaian tersebut. Kerana itulah majoriti yg menjadi para pembesar di Negeri Perak adalah waris2 beliau. Sayang sekali semasa saya menziarahi kuburnya, tiada langsung papan tanda nama makamnya utk dikenalpasti. Kubur Tun Saban Balik termasuk dlm senarai tapak warisan utk diwartakan di bawah akta warisan kebangsaan. Sila lihat link ini: http://buildingconservation.blogspot.com/2009/01/senarai-tapak-warisan-untuk-diwartakan.html
Wassalam saudara. Terima kasih atas maklumat yang berguna ini. Insyaallah saya akan menziarahi makam beliau nanti.
BalasPadamAssalamu'alaikum...saya baru tahu yg saya berketurunan Tun Saban setelah berjumpa dgn mak sedara saya iaitu anak kepada Pamglima Bukit Gantang Wahab..byk maklumat yg sy tak tahu sebb kami dah terpisah Dari keturunan ini sejak datuk saya meninggal..banyak kemusykilan yg bermain Di kepala saya antaranya benang tiga warna bila berlaku kematian Dan mcm2 lg..saya dpt dihubungi melalui nursaadah@hotmail.com..sy benar2 berminat nak mengetahui tentang jurai saya ni
BalasPadamMaafkn sy...zmn tun saban mnntg portugis adalah sezaman dgn tntera kyai sulasi yg dtg dri demak utk mmbntu pprgn..sy sgt perlukn info apa kaitan mereka...mhn tnjuk ajar
BalasPadamSalam,
BalasPadamSaya tertarik dan merujuk kepada perenggan ..."Perjalanan diteruskan dan sekitar 10km kemudian, kami sampai ke Kampung Banggol Belimbing di mana kelihatan masjid yang agak unik ini. Ceritanya sudah dinukilkan dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) semalam. Sila klik Sebuah masjid unik di Lenggong (A unique mosque in Lenggong) ..."
Masjid tersebut dibina dan diwakafkan oleh Orang Kaya-Kaya Sri Adika Raja Meor Yahya Ngah Muhammad Amin, Beliau adalah menantu kepada Tengku Menteri Ngah Ibrahim Tengku Menteri Long Jaafar - billionaire Melayu pertama dizaman beliau. OKK SAR Meor Yahya berkahwin dengan Toh Puan Fatimah Mohammed Kassim (anak permpuan Ngah Ibrahim Long Jaafar) dan pasangan tersebut tidak mempunyai anak. Wbp mereka mengambil anak angkat berketurunan Cina dan amat menyayangi beliau yang bernama Hajjah Halimah binti Abdullah. OKK Sri Adika Raja Meor Yahya kemudian menikahkan anak angkat kesayangan beliau dengan Haji Mohammed Isa bin Haji Awang Nik berketurunan raja Pattani. Mereka menetak dan mengakhirai hayat mereka di Kampung Sira, Lenggong ditanah yang dihadiahkan oleh OKK Sri Adika Raja dan Toh Puan Hajjah Fatimah. Menitis air mata Meor Yahya apabila melihat isteri kesayang beliau terbunuh akibat bom yang dijatuhkan olleh tentera Jepun. OKK Meor Yahya mempunyai anak melalui 3 lagi isteri beliau selepas Toh Puan Hajjah Fatimah. Mohamed Kassim adalah isteri kepada Ngah Ibrahim (disguised nama bagi mengelak diburu pihak British setelah Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Seychelles selepas disyakki sebagai antara mastermind gerakan pembunuhan J.W.W.Birch.
https://www.geni.com/people/Toh-Puan-Hajjah-Fatimah-Mohamed-Kassim/6000000029053499772?through=6000000029053821552
https://www.geni.com/people/OKK-Sri-Adika-Raja-Meor-Yahya-Ngah-Muhammad-Amin/6000000029053821552
Assalamualaikum..ramai juga keturunan dari almahum Tun Saban ..semoga dipermudahkan segala urusan semua ..
BalasPadam