Sabtu, Disember 29, 2007

Tempat jatuh lagi dikenang...

Ya! Tempat jatuh lagi dikenang. Inikan lagi tempat lahir dan membesar, mengenal erti kehidupan, mengenali erti ada girlfriend dan macam-macam lagi dah... Alhamdulillah masalah virus yang menganggu komputer dan pen-drive lalu merencatkan usaha untuk bercerita semalam (sila baca Laptop aku kena attack dengan virus Indon daa...! ) telah berjaya diselesaikan... Hasilnya, dapatlah saya membuat beberapa postings hari ini... Silalah jengok :-

Ah... Sungguh banyak nostalgia tentang bandar kelahiran saya Muar yang ingin dilepaskan sebelum dapat meneruskan cerita terutama tentang pengembaraan saya di Johor kini yang setakat ini telah meliputi Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing... Di bawah ini adalah gambar-gambar yang mencetuskan rasa pada satu petang di Muar minggu lepas. Sila...


Ini adalah bulatan Jalan Khalidi bertemu Jalan Abdul Rahman. Ke kiri atau pusingan jam 9, seseorang itu boleh sampai ke Parit Jawa seterusnya Batu Pahat. Pada satu petang saya tergerak berjalan di sebelah kanan atau pusingan jam 3 menghala ke Tanjung Emas... Inilah bahagian jalan di Muar yang paling banyak menggamit kenangan daripada zaman kanak-kanak hingga ke remaja...


Lihat jalan ini, Jalan Abdul Rahman... Saya terasa ingin berjalan sampai ke hujung sana...


Tidak lama kemudian sampai ke bahagian luar Taman Tanjung... Teringat seorang buah hati lama, kiranya gadis pertama yang saya betul-betul "kamcing" dan sayang sampai keluarganya dah kenal dan anggap sebagai bakal menantu... Girlfriend saya semasa saya berada di Tingkatan 5 Sekolah Tinggi Muar, dia di Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar... Dan saya selalu bertandang tidur di rumahnya di belakang sana...

Orangnya agak terkenal di kalangan rakan-rakan seusia... Lawa, memang lawa... Ramai peminatnya. Kalau sebut nama pada orang yang umur hampir sama di bandar Muar ni, Insyaallah semua kenal... Tak sangka pula sejak menegurnya semasa bermain roller-skating di sebuah Roller Disco di bandar terus kami sangkut... Asalnya saya kata saya boleh ajar dia matematik. Dia pun ajak datang rumah...

Memang saya nak mengajar dia matematik kerana saya dah janji dan memang saya lurus bendul. Tengok-tengok dia takda pula minat nak mengaji... Asyik main mata aje ada le... Boleh leka wooo tengok cara dia curi pandang dengan senyum... Memang betul-betul sangkut...

Sampailah saya menyambung pelajaran ke A Levels lalu mula berjinak dengan ramai wanita lain. Puncanya saya bengang sebab girlfriend dulu ni ramai sangat peminat bagi kad dan hadiah, dia pulak boleh simpan dalam bilik dia. Saya pulak selalu tidur dalam bilik tu bila dia keluar pergi sekolah... Masa tu saya dah habis sekolah, dia di Tingkatan Lima. Boleh kata tiap-tiap hari saya nampak kad dengan hadiah ramai laki-laki yang minat dia...

Bila saya complain, mak dia pulak backing dia... Kata mak dia, biarlah dia ramai peminat... Masih budak-budak, seronok ramai peminat... Aduh... Saya pulak sebenarnya jenis jealous gak... Masa tu le, hehe! Last-last saya geram, saya mula layan ramai perempuan dan hubungan kami mula renggang sampai le saya pergi melanjutkan pelajaran ke England...

Sejurus sebelum kembali ke tanahair 1995, semasa saya sedang problem dengan steady girlfriend time tu, saya pernah berhubung balik dengan girlfriend lama di Taman Tanjung ini. Sayangnya, dia dah nak kahwin sedangkan saya pulak dah tak tahu nak bawak hidup ni ke mana... Nama je girlfriend ramai tapi sebenarnya aku lonely... Tak dapat betul-betul share jiwa dan perasaan dengan orang yang memahami... Hidup dan jiwa aku kelam-kabut woo...


Saya terus berjalan menyusuri Jalan Abdul Rahman menghala ke Tanjung Emas atau lebih dikenali sebagai Tanjung sahaja. Terserempak rumah bungalow mewah yang sangat terkenal milik seseorang yang dikenali di Muar sebagai Datuk Leman... Atau nama rasminya Tan Sri Sulaiman Ninam Shah, pengerusi tetap UMNO yang sudah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lepas.
Pada penghujung bulan Ramadhan setiap tahun, rumah ini sentiasa terang benderang... Ada malam tertentu menghampiri raya, orang akan datang dan setiap yang datang akan diberi sejumlah duit... Kata kawan-kawan, paling kurang budak-budak boleh dapat RM 5 seorang!
Pada seorang anak yang membesar dalam tahun 1970an dan 1980an, pemberian RM5 sangat banyak. Masa tu masih ada lagi orang bagi duit raya setakat 10 Sen atau 20 Sen bila kita datang beraya ke rumah!
Tapi saya tak pernah ambik duit di rumah Datuk Leman. Lama kemudian baru saya tahu, yang diberi itu adalah duit zakat dan lama kemudian baru saya juga tahu, atas sebab tertentu, darah keturunan saya haram makan duit zakat!

Ini adalah Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai SAB... Dulu saya ada ramai girlfriend daripada sekolah ni... Sampailah saya 'tersangkut' dengan budak Taman Tanjung yang disebut tadi lalu mula belajar jadi one-woman-man... Konon... Hehe! :]


Ini pula adalah Jalan Khatib yang bertemu dengan Jalan Abdul Rahman di hadapan sekolah tadi. Jalan terus ke hadapan boleh sampai ke Masjid Jamek Muar...

Dulu, pemuda-pemuda di sekitar kawasan ini terkenal sebagai gangster-gangster Muar yang nakal, banyak girlfriend, bergaya dan ada pengaruh... Maklumlah, termasuk di dalam lingkungan ini adalah anak-anak orang berada... Tetapi sekembalinya saya daripada England tahun 1995, saya tengok ramai kawan-kawan di sini sudah menghilangkan diri... Ada yang dah berhijrah memulakan kehidupan baru di negeri lain, ramai pula yang jadi 'graduan' Pusat Serenti!


Perjalanan diteruskan menghala ke Tanjung... Dulu bila malam bulan Ramadhan, sepanjang kawasan ini tak putus ada lampu pelita dengan budak-budak main mercun dan bunga api... Pada time-time lain pula sentiasa ada kanak-kanak main berlari-lari, juga kejar-mengejar naik basikal. Dulu Muar cukup top sebagai bandar pencen yang ramai penduduknya pergi sana-sini naik basikal... Sampai budak sekolah nak naik basikal pun kena ada lesen woo... Seriusss!!!


Bertembung pula dengan simpang masuk ke Lorong Sekolah... Dulu ada Sekolah Agama Dumpar Rendah di sini. Adventure saya zaman kanak-kanak di kawasan ini memang tidak terkira woo...

Ah... Inilah rumah tempat saya membesar dahulu... Rumah milik atuk sebelah ibu, sekarang sudah diwarisi seorang bapa saudara yang duduk di negeri lain...
Allah... Faham-faham aje le perasan.. Rumah tempat saya duduk sejak lahir tahun 1970 sampai le tahun 1983 saya pergi ke sekolah asrama di Kluang lalu balik bila time cuti...


Rumah ini terletak berdekatan persimpangan Jalan Abdul Rahman dengan Jalan Mariam (kelihatan di atas). Kalau jalan terus, boleh sampai pusat bandar melalui Sekolah Tinggi Muar...


Tapi kita mahu terus menghala ke Tanjung...


Lalu berjumpalah persimpangan Jalan Abdul Rahman dengan Jalan Junid. Di Jalan Junid ada Sekolah Agama Dumpar Tinggi, sebuah lagi sekolah agama tempat saya pernah belajar dan buat macam-macam hal...

Di kiri gambar adalah Surau Tadah Utara. Di situlah saya mula mengenal Maulid Nabi dan Barzanji...


Hampir sampai ke Tanjung, kelihatan padang ragbi dan bola Sekolah Tinggi Muar... Ternampak pokok-pokok besar di kanan, Terus teringat satu kenangan lama, kenangan yang telah diabadikan melalui cerita dalam buku kedua saya, "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal".

Nak tahu apa cerita, sila masuk ke sini...

MSD (Military, Spy, Detective)... Satu episod nakal seorang budak hyper-active

MSD (Military, Spy, Detective)... Tempat jatuh lagikan dikenang...

MSD (Military, Spy, Detective)... Akhirnya jadi kongsi gelap pula?


Ah... Sudah menghampiri simpang ke Tanjung...


Rumah Pengawai Daerah atau DO (District Officer) Muar. Teringat masa darjah Enam, anak DO masa itu adalah orang kanan saya... Manalah perginya engkau Irwan? Sampai sekarang aku tak tahu cerita... Katanya lu pegi Switzerland buat Hotel Catering ya... Hmm...


Jalan ke Tanjung... Tempat berehat petang-petang juga tempat ramai orang 'merosakkan kereta'... Atau kereta OK, tiba-tiba rosak lepas tu goyang-goyang malam-malam... Ada faham?

Tapi bagi saya dan kawan-kawan, inilah salah satu tempat paling nostalgik di Muar...


Di sini kami selalu duduk beramai-ramai bergurau senda buat lawak budak-budak...


Dan di kuala Sungai Muar inilah kami selalu duduk berjam-jam menghirup udara segar yang nyaman dan memandang ke laut lepas yang merupakan Selat Melaka. Allah! Dan Alhamdulillah dapat juga saya melepaskan sedikit rasa nostalgia ini. Syukur...

Cukuplah ya... Rasanya sebentar lagi saya perlu meninggalkan Mersing tempat saya sedang menulis posting ini dan berlepas ke destinasi lain pula ya. Sekian... Wassalam! :]

5 ulasan:

  1. semua pix yg awak pastekan tu, semuanya ada nostalgia untuk diri saya sendiri..there's my school, jalan yg saya selalu lalui bersama2 kwn2..kebetulan semasa balik muar yg baru ni, saya ada tunjukkan sekolah saya pada anak2 saya dan sepupu saya..but i never thought to take photos of the school..maybe i should..next time insyaallah...im glad dpt terserempak with this blog of yours..rajin2 update k

    BalasPadam
  2. Hehe... Budak sekolah SAB rupanya. Hmm... Kim salam le kat kawan-kawan Muarian semua... Hehe!

    BalasPadam
  3. yup thats right...budak(??hehe..)SAB saya ni...Maaf tak dpt nak sampaikan salam Radzi pada my Muarian friends since im not in contact with any of them..even friends yg dulu duduk dekat2 Jalan Salleh and area Bukit Treh pun saya tak jumpa bila sesekali balik Muar. U take care there!

    BalasPadam
  4. bro....aku ada berita terkini utk kau ar..ingat tak nick name awek kau S.A dok dekat rumah aku jln a.rahman?dari anak buah dia aku dpt tau dia jd doc dah hehehe husband dia pun doc gak.rumah atok dia dok dah sold out...sedih gila.itu rumah awek dlm pic atas tu hehehe rumah zxxx makyong kan..ingat lg ko ye,,ambis tu sen aku bila nak pulang time ko date ngan dia kat bwh bangunan umno bro.....-tong gas...p/s mcmmana nak contack kau.

    BalasPadam
  5. Le bro... aku baru perasan comment hang. S.A. tu awek masa darjah 6 pas tu lost contact le. Form 4 sambung balik tapi atuk dia kasi putus, jangan kacau cucu aku nak belajo!
    Ni bila pulak timbul nama Z...... makyung ni? Tapi bila hang dah sebut cam tu terfikir gak. Dia jalan memang ada style makyung pun sikit. Dulu aku kutuk gak tapi bole sangkut plak. Dah tu dia memang cantik! Tiba-tiba teringat plak Mercedes buruk bapak dia...
    Masa tu memang aku betul-betul sayang kat dia. Tapi kepala aku dok biul cari pompuan lain lagi. Nak buat camana? Lagi satu, bila pulak aku pinjam sen lu pegi dating ngan Z tu? Hehe...
    Yang aku ingat, aku siap suruh dia jalan kaki ikut aku pi round bandar. Padahal mak dia suruh aku ambil kereta Merc bawak... habis tu time tu aku mana geti bawak kete...
    Anyway hang bole contact aku kat merahsilu@hotmail.com atau call 013-3082131.
    Hang dok Muo lagi ke? Aku ada letak buku sikit kedai buku City Star sebelah Maybank...

    BalasPadam