Gambar lama motosikal besar saya di hadapan pintu sebuah empangan di Kelantan sebagai penghias dan pembuka cerita, kalau tak salah ingatan Empangan Pergau. Semasa itu penghujung 1997, saya sedang mengembara seorang diri menunggang motosikal selama sebulan mengelilingi Semenanjung Malaysia...
Beberapa tahun lepas saya pernah mendapat satu mimpi... Ketika sedang menunggang motosikal besar kesayangan menghala ke Kuala Kangsar, saya sampai ke sebuah selekoh menghampiri bandar lalu ternampak papan-tanda kayu besar dengan tulisan "Makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani" terpapar jelas. Terperanjat saya melihat itu malah saya masih lagi terperanjat besar apabila terjaga daripada tidur! Mana boleh makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani berada di Kuala Kangsar? Sedangkan Sultanul Awliya atau raja para wali itu diketahui wafat sekitar 1166 Masihi di Baghdad dan dikebumikan di sana.
Beberapa tahun kemudian iaitu 2006 saya telah pergi ke Kamunting untuk mencari Makam Bidan Susu Lanjut, seorang watak wanita legenda yang dikira keramat oleh mereka yang mengetahui. Sedikit ceritanya telah dinukilkan di dalam
blogspot berbahasa Inggeris
BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk
Perak trip of September 2006... A look at the tombs... . Kebetulan pula saya sempat bertemu dengan seorang waris Bidan Susu Lanjut dan berkenal-kenalan. Dalam bercerita macam-macam perkara daripada hal ehwal Ahlul Bait anak cucu keturunan Nabi sampai ke perjuangan akhir zaman memartabatkan Islam, terkeluarlah cerita tentang Sheikh Abdul Qadir al-Jilani.
Sebenarnya saya setakat memberitahu bahawa menurut kajian peribadi saya, Sultanul Awliya itu ada meninggalkan ramai keturunan di Nusantara. Hamba Allah ini pula boleh menambah, berhampiran bandar diraja Kuala Kangsar terdapat sebuah makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani! Kalau begitu siapa pula yang di makamkan di Baghdad? Pemuda ini tersenyum sahaja...
"Yang di Kuala Kangsar itu adalah makam persinggahan baginda!" katanya. Jadi wali besar ini pernah singgah di Perak... Itulah ceritanya!
Sheikh Abdul Qadir al-Jilani memang diketahui pernah sampai di Tanah Melayu terutama di Aceh dan Kedah sehingga naik ke Gunung Jerai. Tapi inilah kali pertama saya dapat tahu baginda pernah pergi ke Perak malah meninggalkan sebuah makam!
Hamba Allah ini cuba menerangkan lokasi makam itu secara terperinci tetapi ketika itu saya terasa penat dan malas hendak menghafal. Mungkin kerana terdapat banyak lagi tempat yang perlu dilawati... Jika saya menghafal, takut terasa wajib singgah sedangkan memang saya kepenatan ketika itu kerana sudah berhari-hari hari keluar mengembara naik bas, hitchiking tumpang kenderaan orang dan berjalan kaki berbatu-batu.
"Tak mengapalah," kata pemuda ini. "Tempat inipun kalau dicari belum tentu berjumpa. Tapi kalau dah rezeki kita, tak cari pun akan terserempak."
Petang itu, saya bergerak daripada Taiping ke Kuala Kangsar menaiki bas. Dalam pada itulah timbul rasa mahu mencari makam yang dikatakan terletak di tepi jalanraya itu...
Sepanjang perjalanan, saya cuba mencari-cari dengan melihat ke luar tingkap bas tetapi tak berjumpa... Tak sangka pula akan terjumpa makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani ini dalam perjalanan jauh terbaru saya yang meliputi Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor, perjalanan yang dibuat lebih 2 bulan lepas!
Ketika itu 21 Julai 2007 saya baru sahaja sampai ke Perak setelah bermalam 4 hari di Pahang, 5 hari di Kelantan dan 6 hari di Kedah. Cerita ini ada saya huraikan dalam artikel
From Kedah to Perak... The show must go on! . Petang itu saya pun menaiki bas daripada Taiping ke Kuala Kangsar melalui jalan lama dengan harapan dapat menemui makam itu...
Tidak seperti perjalanan tahun lepas, kali ini saya tidak mencari-cari. Saya cuma berehat bersandar di kerusi bas... Masuk malam hari, ketika melepasi sebuah surau, terus hati saya berkata ada petunjuk kedudukan makam di situ.
Keesokannya, saya telah menalifon seorang kawan yang berasal daripada Lenggong agar berjumpa saya di Kuala Kangsar. Tidak seperti perjalanan yang lepas-lepas di mana saya sanggup jalan berbatu-batu di bandar diraja itu untuk menziarahi beberapa tempat yang ada kaitan dengan keluarga, kali ini saya terasa amat penat lalu berharap agar kawan ini dapat menolong saya bergerak ke sana ke mari dengan kereta. Lagipun saya sedang membawa barangan lebih seperti kit promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" dan sudah pun berjalan kaki jauh ke pelbagat tempat dalam tempoh 2 minggu sebelumnya. Dengan kereta inilah kami mencari surau itu, surau yang gambarnya tertera di atas.
Ketika itu, sekitar jam 10 pagi, tiada siapa pun di surau itu. Bagaimana mahu mencari makam tersebut? Tidak ada papan-tanda atau apa-apa petunjuk nyata terdapat di sekitar.
Seketika itu juga saya mendapat gerak supaya masuk ke lorong sebelah surau lalu sampai lah ke rumah di atas. Tuan rumah itulah yang menunjukkan arah ke makam... Dia pun tak tahu makam siapa tapi dia tahu makam mana yang dimaksudkan kerana itulah satu-satunya makam yang berdekatan dan terletak di tepi jalan...
Dipendekkan cerita, Alhamdulillah, dapatlah kami menemui makam itu. Ternyata kedudukannya sangat dekat dengan bandar Kuala Kangsar malah terletak di dalam kawasan bandar!
Dalam pada itu, saya menggeleng-gelengkan kepala... Saya selalu melalui jalan ini apabila ke Kuala Kangsar, kenapa baru sekarang boleh sedar? Allah!
Terserlahlah tulisan "Makam Sheikh Abdul Kadir Waliyullah"... Tidak disebut Sheikh Abdul Qadir al-Jilani atau Abdul Qadir (bukan Kadir ya sebab huruf Arab nya ialah Qob, bukan Kaf)... Tetapi seperti pernah diingatkan keturunan Bidan Susu Lanjut di Kamunting tahun lepas, tak semua orang tahu makam itu milik Sultanul Awliya... Lagipun ia makam persinggahan, bukannya makam menanam badan. Bukankah perkataan makam itu sendiri bermaksud satu tempat, atau satu taraf?
Di sebelahnya pula terletak sebuah makam lain... Katanya makam Sheikh Abdul Ghani juga seorang waliyullah. Mungkin ada sesiapa di sini boleh menerangkan siapakah Sheikh Abdul Ghani ini. Sekian! :]
Emmm macma tu ceritanya, terkejut juga saya membaca tajuk entri ni, lepas baca baru faham, Terima kasih atas maklumat ni
BalasPadamNo prob... Saya pun terperanjat bila dapat mimpi mengenainya dahulu lepas tu betul-betul jumpa makam Sheikh Abdul Qadir ni... Sekarang masih cuba nak decode apakah makna tersirat di sebalik ini... Mungkin saudara ada pandangan tersendiri? Memang blog ini dibuat untuk berkongsi maklumat, Insyaallah! :]
BalasPadamsalamssss .. .. akhirnya pd malam ini sy melangkah ke sini .. .. makam persinggahan baginda Sultanul Awliya yg dikasihi .. .. nampaknya penduduk sekitar pun kurang kenal dgn makam ini yeah .. .. semoga dilimpahi keberkatan dan kerahmatan di atas kewujudan makam persinggahan baginda Sultanul Awliya di tanah kita ini .. .. seribu rahsia dan makna melimpah bersamanya .. .. insyaAllah .. ..
BalasPadamAl Fatihah .. ..
/Jiwa
Kenapa makam ni ditutup dengan kain? Boleh sesiapa yang arif boleh
BalasPadamterangkan?
I am researching about my great grand father whose name was Sheik Abdul Rani (or Ghani?) who was once the Mufti of Perak a long time ago. Could Sheikh Abdul Ghani be Sheikh Abdul Rani? Pls respond to alzayne@yahoo.com if you have any information. Thanks.
BalasPadamAssalamualaikum w.b.t
BalasPadamsetiap persoalan pasti ada jawapannya. Salah satu cadangan saya, amalkan lah Tasawwuf. Bukan pelajari Tasawwuf. Bergurulah dengan Guru yang ahli dibidang ini yang ilmunya tulus daripada Rasulullah S.A.W. Suka saya mengambil kata-kata hikmah yang sangat dalam maknanya di dalam ruangan ini. ''Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya''. Kalau mahukan mutiara yang bergermelapan, janganlah takut menyelam di lautan dalam'' Teruskan mencari wahai sahabat. Sesungguhnya seluruh ceruk dibumi ini beradanya Sheikh Qutb Sheikh Abdul Qadir Jailani/Sheikh Abdul Qadir Jailany/Sheikh Abdul Qadir Jelani. Nama berbeza tapi dia tetap SATU. sekian.sangmusafir.
salam...
BalasPadamley sy th sape keturunan tok bidan yg anda temui..
kerna sy sedang mencari makan tok bidan...
ape2 ley email ka sy arejib128@yahoo.com
tolong lah...
Salaam Anon (Sunday, June 06, 2010 5:15:00 PM).
BalasPadamSekiranya anda dari Penjara Taiping, menyusur menaiki bukit Klian Pauh mengarah ke Kamunting, Makam Tok Bidan letaknya di sebelah kanan tepi jalan utama, kira2 berhadapan dengan PERNAMA/Kolam Renang Kem Tentera. Selamat mencuba.
Boleh ka kalau saya saja² nak datang melawat. Ada pantang larat tak?
PadamMaaf bertanya.
sy dah ke sana tp makam nye tiada...
BalasPadamsy ingin th...
ade saper2 yg th...
tolong lah
yg sy g dekat ngn kem tentera...
BalasPadamdi situ ke??
law disitu mmg tiada...
ley saya th saper keturunan tok bidan yg diceritakan diatas...
arejib128@yahoo.com
assalamualaikum,
BalasPadamapa hajat bertemu dgn keturunan tok bidan lanjut? nak naik tok chepoh rimau putih kaki tempang ke gunung jerai ker?
saya keturunannya...apa hajatnya?ceritalah kat sini.
BalasPadamSalam..sy rasa sy tahu serba sedikit.nama tok tu tok saadiah.sbnrnye dialah puteri raja bersiung yg dilarikan pahlawan istana kedah dan berkahwin.tok sy..tok zainab adalah cicit kpd bidan ini.semua keturunan kami bidan.tok zainab masa darurat zmn jeoun..dia je blh keluar sbb membidan org.ilmu2 bidan...jamu istana, masih ada. Ya allah... kau peliharalah tok nenekku bersama para illiyyin...
PadamTak ada hajat.
PadamCuma nak tahu saja.
Mak saya pernah cerita,
Nenek saya, tuk dia.
Bidan susu lanjut.
Kalau mak saya sakit, nenek saya berubat seperti mengaum serta mengomai2 bahagian yang sakit.
Nenek dapat rasa atau mimpi jika ada orang nak buat jahat pada cucu cicit dia.
Tapi bila saya banyak membaca, saya tengok ramai pulak keturunan2 bidan susu lanjut.
Saya tak berani nak cerita.
Maaf
assalammualaikum.. anonymous said.. saya nak bertanya, kalau diikutkan dari keturunan bidan susu lanjut, anda keturunan yang ke berapa??
BalasPadamtuan(owner merah silu blog)
boleh saya tahu waris yang anda temui.kerana saya ada kena mengena dan masih mencari keturunan saya
Wassalam. Saya pun sudah lupa namanya. Seingatnya saya di hadapan tanah perkuburan tu, seberang jalan ada satu rumah ada iklan membuat batu nesan. Cubalah bertanya pada orang rumah. Itu saja saya ingat. Maaf.
BalasPadamterima kasih encik radzi sapiee
BalasPadamassalammualaikum tuan blog..
BalasPadamsaya ingin bertanya,adakah makam tersebut berhampiran dengan sekolah di kuala kangsar?terima kasih atas maklumat ini.
Wassalam. Ya. Dan berhadapan stesyen minyak...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu...makam Sheikh Abd.Qadir and Sheikh Abdul Ghani (RadhiAllahuAnhu) (adik-beradik) di kuale kangsar...kedua para waliyullah ini dari Tamil Nadu,India..daerah n mukim dirahsiakan...banyak n besar karamah para waliyullah ini....senang2 singgah le kat kuale..pukul 7pm setiap hari dibuka sampai 9pm..jumpa abg.Akbar Ali kat sane...InshAllah sya ada kat sane..
BalasPadamApa bukti dari tamil nadu india,?kedua 2 dari mandailing indonesia
PadamSalam, waktu mlm 7-9pm baru buka yer?
PadamFacebook sya Muhammad Nur Sayfullah
BalasPadamSALAM TERIMA KASIH IA MENGHURAIKAN SAYA TENTANG SESUATU TERBAIK BLOG NI :)
BalasPadamKawan saya kata ada nmpak orng atas makam ni.. wallahualam
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAs Salam...
BalasPadamMenurut yang empunya diri....memang makam ni...tempat jasadnya disemadikan....tp...sbg seorg Wali Allah...beliau masih meneruskan aktivitinya...melakukan ibadah...dan mengembara menimba ilmu...
dalam majlis selawat perdana di kuantan, ade terdengar qasidah berkenaan sheikh qadir al jilani sebagai org yg disayangi RASULLULLAH
BalasPadamTerima kasih dapat tgok gambar pun cukuplah
BalasPadamAssalamualikum wrb
BalasPadamThank you very much for your blogs and great information. Recently 3rd December 2019, we have visited this great Tomb Sheikh Abdul Qadir Jailany.
But we could not go inside the Makam sharif. I really want to go inside. The main gate was locked.
Do you know how to go inside. Who is in charge for this Makam.
My number is 0163191258. .. please whatsApp me. Sorry I am not Malaysian. I am from Bangladesh. But I am working here.
I will visit again insyAllah.
Thanks
Assalamualaikum.. byk sebenarnya makam2 di Tanah Melayu ni yang masih jadi tanda tanya. Masakan ada lebih dari 2 makam untuk orang yang sama. 😊 Allah Maha Besar.
BalasPadamSaya dimaklumkan oleh seorang rakan yang berminat menziarahi makam wali Allah dan bercandang ziarah makam di Kuala Kangsar
BalasPadam