Ahad, September 23, 2007

Apa ada kat makam Tok Temong...

Gambar Sungai Perak dilihat daripada tebing selepas menuruni tangga di tepi makam Tok Temong, Kuala Kangsar, Perak...

Allah! Ingatkan mahu berehat setelah semalaman menghadap komputer, belum pun tidur malam setakat ini... Ingatkan selepas membuat beberapa posting dalam blogspot-blogspot saya selesailah satu bab tetapi ternyata saya masih gelisah. Ada sesuatu yang perlu diluahkan. Bila dilihat balik, rupa-rupanya posting mengenai makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani tadi adalah posting ke 180 untuk blogspot ini. Nombor itu terasa macam tergantung pula... Maka biarlah saya buat posting ini pula, posting ke 181 ya...



Setelah selesai melawat makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Kuala Kangsar, kami pun pergi ke Bukit Chandan... Pusing-pusing di Kampung Padang Changkat yang terletak di belakang Istana Iskandariah, sempat singgah ke makam Maharajela Pancung Tak Bertanya pertama Perak, Daeng Selili yang hidup semasa Sultan ke 13 Perak, Sultan Muzaffar Shah III memerintah abad ke 18. Kemudian baru masuk ke makam diraja Perak di sebelah Masjid Ubudiyah.
Selesai ini baru kami ke destinasi seterusnya, makam Tok Temong, seorang pembesar wanita yang dikatakan hidup semasa zaman Sultan Muzaffar Shah I menjadi raja pertama Perak 1528.
Untuk pengetahuan, saya sudah bertandang ke makam ini lebih 5 kali tapi inilah kali pertama saya melihat ia diletakkan kain tiga warna - Putih, kuning, hitam - warna-warna bendera Perak pada 3 sudut makam. Saya pun tak tahu sebab apa...

Perhatikan lagi kain-kain berwarna itu... Mengikut huraiannya, putih adalah warna Sultan Perak, kuning warna Raja Muda dan hitam warna Raja di Hilir. Ada apa-apa ke?


Ini adalah batu nesan Aceh yang menandai makam Tok Temong... Menurut cerita tempatan, Tok Temong telah ghaib tanpa kesan. Yang tertanam di makam cuma tongkatnya sahaja.

Adapun mengikut adat-istiadat diraja Perak, seorang Sultan yang sedang ditabalkan mesti menziarahi makam Tok Temong terlebih dahulu sebelum menghilir Sungai Perak dengan perahu besar yang dipanggil Balai Gambang lalu menziarahi makam Sultan-sultan tertentu. Acara ini tamat di Beting Beras Basah, Kuala Sungai Perak. Cukuplah cerita ya...


Ini adalah gambar tepian Sungai Perak bersebelahan makam Tok Temong yang diambil untuk suka-suka... Bolehlah digunakan untuk menutup cerita. Sekian! :]

8 ulasan:

  1. awesome possum... semua maqam aku dok curious hang dah cover.... God bless u my flying grasshopper.

    BalasPadam
  2. Fiq, berapa banyak makam hang dok curious daaa?

    BalasPadam
  3. Ada byk versi cerita mengenai tok temong yg msh x diketahui

    BalasPadam
  4. Assalam Tuan,

    Nak tanya, betulkah nama sebenar Tok Temong ialah Puteri Badariah @ Alang Esah binti Alang Muhammad?
    Info: http://uncleseekers3.blogspot.com/search?q=tok+temong
    Jika Tuan ada maklumat tentangnya, sudilah kiranya Tuan berkongsi dgn kami.

    T. kasih.

    BalasPadam
  5. Fiq, berapa banyak makam hang dok curious daaa?

    BalasPadam
  6. check this link, dMMqTXrw [URL=http://www.moncler-outlet2013.org/]moncler coats[/URL] , for special offer gFUzRBlM [URL=http://www.moncler-outlet2013.org/ ] http://www.moncler-outlet2013.org/ [/URL]

    BalasPadam
  7. tok temong bersama 77 ekor gajah datang mengadap tok mahsuka dan menghadiah mustika embun pada tok mahsuka

    BalasPadam