Dan ini pula bahagian terakhir daripada cerita MSD ini. Semoga kawan-kawan yang sudah lama tidak berhubung, rasanya yang lebih 25 tahun tak dengar berita pun ada dapat ditemukan kembali melalui cerita-cerita seperti ini.
Teringat pula seorang kawan rapat, Irwan Noris, anak Pegawai Daerah Muar ketika itu, orang paling kanan saya dalam MSD... Entah apalah jadinya sebab memang kami tak pernah berjumpa setelah meninggalkan sekolah rendah. Cuma saya dapat tahu dia ada melanjutkan pelajaran dalam bidang perhotelan di Switzerland... Itu aje...
--------------------------
Ketika Boy sedang terlantar di hospital, tersebar cerita di Sekolah Ismail Dua bahawa dia telah jatuh pokok kerana mengikut aktiviti lasak sebuah kumpulan “kongsi gelap” yang diasaskan Rasyid, kumpulan yang dianggotai ramai pelajar Darjah Enam terutama kelas Enam Beruang. Lalu pada satu hari, hampir seluruh pelajar Darjah Enam disoal-siasat guru disiplin sekolah serta beberapa guru lain... Semua yang menganggotai kumpulan MSD pun disuruh mengakui “kesalahan” lalu dihukum ketuk hujung jari dengan pembaris kayu besar kemudian dipaksa berdiri hampir sejam di tengah panas di luar darjah.
Peristiwa itu agak menggemparkan kerana buat pertama kali dalam sejarah sekolah rendah di Muar, ada pelajar dituduh menjadi anggota kumpulan “kongsi gelap”, bukan seorang dua malah hampir 80 orang! Lebih menggemparkan, ketua kumpulan iaitu Rasyid adalah seorang pelajar cemerlang sekolah... Selalunya, kes pelajar nakal sering dibabitkan dengan mereka yang ada masalah akademik tetapi dalam kes in tidak. Sebaliknya ramai pelajar contoh sekolah terlibat! Mereka pun disuruh ‘bertaubat’ dan kumpulan itu dibubarkan.
Apapun, setelah disiasat lebih lanjut, anak-anak ini tidak lagi dipersalahkan kerana tidak pernah terlibat dengan aktiviti-aktiviti jahat seperti mencuri, memukul orang atau memeras-ugut. Mereka cuma terlibat dengan aktiviti-aktiviti lasak yang boleh membahayakan nyawa, itu sahaja... Maklumlah, para pelajar berumur 12 tahun ke bawah, tinggi pun tak sampai lima kaki. Tetapi sanggup memanjat pokok besar, juga bangunan (tempat favourite, Masjid Jamek Muar sampai ke menara azan) sehingga 10 kali lebih ketinggian badan!
Walaupun nama Rasyid tercalar, dia cepat diterima balik pihak sekolah kerana status sebagai pelajar cemerlang, juga pelajar terbaik matematik yang menjadi rujukan pelajar lain sejak Darjah Tiga. Anak ini juga dianggap genius kerana kelebihan akal fikiran anugerah Allah. Ini terbukti dengan kemampuannya mengatur keenam-enam muka dan warna permainan Rubik’s Cube dalam masa kurang seminit di samping menjadi satu-satunya pelajar yang diketahui boleh mencipta perisian komputer. Ingat, waktu itu tahun 1982. Komputer masih asing lagi di pejabat, apalagi untuk digunakan budak sekolah!
Sedikit-sebanyak, Rasyid juga terhibur apabila ada guru mengakui bakat kepimpinan semulajadi yang wujud dalam dirinya, bakat yang terserlah apabila berjaya menarik lebih 100 pengikut kanak-kanak untuk menganggotai kumpulan pimpinannya tanpa bimbingan orang dewasa. Lalu catitan dalam sijil berhenti sekolahnya menyebut, pelajar ini “memiliki sifat-sifat kepimpinan.” Ada juga akuan daripada pihak sekolah, tak sia-sia segala penat-lelah...
Apapun, dia sedih mengenangkan kumpulan MSD yang telah bergiat lebih setengah tahun terpaksa dibubarkan. Ia adalah wadah untuknya melampiaskan tenaga lebihan akibat sifat hyper-activenya yang kadang-kala muncul tanpa dapat dikawal... Wadah yang menjadikan hidup Rasyid lebih terarah, di kala kehendak semulajadinya yang agak pelik terasa goyah menongkah arus zaman.
Anak muda ini ingin sangat berkongsi cita-cita dan rasanya yang lain daripada yang lain... Ingin bertukar fikiran tentang penciptaan alam, hal-hal ghaib melibatkan keTuhanan juga falsafah kehidupan bersama rakan-rakan. Malangnya, berapa ramai yang sedia memahami dan memberi ruang? Sedangkan apa yang difikirkannya dikira pelik bagi orang dewasa, apalagi untuk diluahkan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun? Dalam zaman di mana ilmu dicari untuk mendapatkan pangkat, harta dan kuasa, berapa ramai yang peduli akan kebenaran mutlak? Lalu pemuda itu sering terasa kesepian walau dikelilingi rakan bermacam ragam... Walaupun nanti dia turut dikelilingi ramai teman wanita yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menghiburkan hatinya yang duka lara.
Itulah masalah dilahirkan dengan jiwa yang agak lain daripada orang lain... Susah mahu mencari kenalan yang mampu memahami... Kalau ada pun, setakat beberapa orang yang dikenali secara rawak , selalunya ketika berkelana... Itupun untuk memberi petunjuk hidup sekali-sekala kerana menurut mereka, Rasyid perlu melalui liku-liku kehidupan dan menghadapi segala cabaran yang muncul dengan sendiri sehingga cukup matang lalu dapat mencapai dirinya sejati
Di kalangan orang perempuan pula (selain nenek yang telah kembali ke pangkuan Ilahi tahun 2002), setakat ini cuma Nur dan seorang lagi teman wanita (yang pernah bersamanya enam tahun sebelum berpisah) sahaja yang mampu sedikit untuk memahamia. Maka itu, apabila pemuda itu mula ‘menggilai’ cerita-cerita dan sejarah lama Melayu terutama berkaitan Aceh, dia terasa amat seronok dan gembira apabila terjumpa rakan-rakan yang dapat melayan. Terhibur jugalah jiwa anak muda ini yang selalu sunyi dan kesepian, dapat juga menghidup dan menyemarakkan kembali sifat-sifat intelektual yang wujud dalam diri.
Oh… Walaupun MSD telah ‘diharamkan’ di Muar, ia masih lagi beroperasi di luar negara malah mempunyai cawangan-cawangan di England, Amerika, Australia dan beberapa buah negara lain! Cuma untuk mengelakkanya daripada dikesan musuh yang bertebaruran di serata jagat-raya, namanya telah ditukar daripada Military, Spy and Detective kepada Malaysian Student Department…
Kenapa? Tak percaya ke? (Teringat iklan kat TV, hehe!)

salaam...masyaAllah, saya dan suami baru2 ni memang tgh bercrita2 tentang MSDx2 juga- yg di London dan yg di M'sia (MSD-management service dept, UIA).
BalasPadambtw, 19hb ogos kalau merahsilu free, jemput turun ke kenduri kami di Muar.
ex-SAB (2) n ex-Sek.Men (P) SAB (truly 'anak' Sultan Abu Bakar :-)
Siapa anonymous ni yer? by the way, Zi, about Irwan, the last I heard of him was also about him doing some Hotcat course in Switz. My younger sister's close school chum's ex boyfriend is Irwan's cousin (lu faham tak link ni? heheheh). By the way apa khabar Rizal and Rosli yer? Last I heard pasal Alex was when we were in UK. Apa jadi kat dia yer?
BalasPadamLe... Alhamdulillah, banyak gak budak Muo kat sini. But sori I can't chat long. Got too run, in the middle of travelling heading 4 Kelantan!
BalasPadamLast time met Rizal was 1995 at Sheffield. He's doing architecture. Rosli plak rasanya before tahun 1990 gitu kot masa A Levels. Alex was with Petronas KLCC, last met year before 1999. Then he got transferred to Sarawak. Don't know what happens to them now.
K... Got to go... Cheers!
Kira aku laa yang lambat tengok si radzi ni..MSD tak habes habes dari dulu..pasal kena jemur ko dok cerita...cerita pasal Cikgu Marana yang keguguran pasal budak 6 bruang gila main bola kertas lipat tu kena gak citer .dan pasal kena kayu kat buntut pasal tak lepas ujian tu..senak cam nak giler
BalasPadamHehe! Nasib baik lu sebut Cikgu Marana baru gua ingat. Yang aku ingat Cikgu Awas, Buah Lai dan Maghghub hehe!

BalasPadam