Rabu, Julai 18, 2007

Jalan-jalan cari makam 1...

Assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian! Saya kini berada di Alor Setar dan sudah bermalam satu hari di sini. Rasanya akan bermalam satu hari lagi di ibunegeri Kedah ini untuk merehatkan tubuh-badan yang sangat kepenatan akibat sudah hampir 2 minggu keluar mengembara ke sana-sini.

Adapun malam tadi saya tergerak untuk menyemak kembali koleksi gambar-gambar pengembaraan terdahulu. Dalam pada itu, terfikir untuk berkongsi sedikit perjalanan menziarahi makam-makam lama yang ada kena-mengena dengan keluarga di Perak sebelum dapat menyambung cerita lain. Saya telah banyak kali menziarahi makam-makam ini maka biarlah dikongsi satu perjalanan yang berlaku Disember lepas ya. Inilah dia, sila... sila! :]



Ini adalah papan-tanda untuk makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I, Sultan Perak ke 22 (memerintah 1851-1857). Makam ini terletak di Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan.




Perjalanan kali ini ditemani seorang rakan, Zaidi. Dialah yang merakamkan gambar saya sedang membetulkan kedudukan kain kuning pada makam Sultan Abdullah I serta makam ahli keluarga baginda yang turut dimakamkan di situ. Sila klik Membetulkan kain batu nesan (Repositioning the clo... untuk cerita berkaitan...




Ini adalah makam purba keluarga Keramat Kuala Bidor, satu watak legenda lama Perak. Boleh klik Keramat Kuala Bidor untuk cerita berkaitan...



Lihat batu-batu nesan kontot yang dibalut kain kuning.




Sebuah makam lama yang berdekatan, tak tahu makam siapa...


Makam Keramat Kuala Bidor dilihat daripada jauh


Ini pula makam seseorang yang berkaitan dengan Keramat Kuala Bidor... Saya percaya ini adalah makam Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam Tok Kuala Bidor. Perhatikan kain 'hitam' yang terikat pada batu nesan itu sebenarnya adalah kain kuning (menandakan pemiliknya adalah seorang kerabat diraja) yang telah lusuh.

Adapun ramai yang menganggap Nakhoda Hitam dan Keramat Kuala Bidor adalah orang yang sama. Pada saya, Keramat Kuala Bidor hidup sekitar 1,000 tahun lalu sedangkan Nakhoda Hitam menjadi Laksamana di Perak semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III (memerintah Perak 1728-1754)

Mungkin benar mereka adalah orang yang sama tetapi pernah hidup dalam dua zaman yang berlainan? Perkara ini tidak mustahil bagi mereka yang faham! :]

Tu dia... Kalau boleh baca apa yang tertulis di batu nesan ini, memang le hang terror no! Hehe!


5 ulasan:

  1. Salam..sy faiz..kalau blh sy nk b'hbung dgn tuan utk b'tnya kn soaln scara personal..mohon tuan cntact sy di nmbr 0125969361..mohon kerjasama baik tuan..tq..salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon tuan cntact sy dgn segera..tq

      Padam
    2. Mohon tuan cntact sy dgn segera..tq

      Padam
  2. Apa yang penting sangat tu? Cuba cerita kat e-mail dulu... merahsilu@hotmail.com

    BalasPadam