Khamis, Mei 17, 2007

BKA II dah keluar!

Saja je testing ambik gambor sendiri malam-malam pakai lampu dapur lepas tu main dengan Photoshop... Konon artistik le tu, hehe!

Pengumuman! Sukacita dimaklumkan, buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II yang merupakan sambungan cerita kepada "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I sudah siap, sedia untuk dibaca. Buku ini bersaiz sama dengan BKA I iaitu A5 dengan 304 mukasurat. Antara tajuk-tajuk yang termuat ialah:

Mukadimah: Jihad danRaja-raja

Malikul Mansur:
Pewaris yang disisihkan

KeSultanan Melaka: Kesinambungan Pasai ke Aceh

Munawar ke Mughayat: Kemunculan Aceh sebagai kuasa besar

Demokrasi vs. Raja-raja: Satu sisipan tambahan

Hamzah Fansuri dan Iskandar Muda:
Puncak kegemilangan Aceh

serta

Penutup:
Perang Aceh-Portugis di Melaka 1629


Adapun, proses pengedaran masih lagi dalam perbincangan dan apabila selesai, mungkin mengambil masa 2 minggu lagi sebelum sampai ke kedai-kedai. Tetapi atas inisiatif sendiri, saya telah menghubungi pihak Khazanah Fathaniyah (milik almarhum Ustaz Wan Saghir) lalu meletakkan beberapa buah buku BKA II di kedai mereka di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur pagi Rabu. Maka itu, Khazanah Fathaniyah adalah KEDAI BUKU PERTAMA DI MALAYSIA YANG ADA MENJUAL BUKU BKA II! Untuk makluman lanjut tentang kedai itu dan bagaimana hendak ke sana, sila baca artikel sebelum ini atau klik: Ustaz Wan Saghir, Khazanah Fathaniyah, perjuangan Islam dan aku

Diharap mereka yang sudah lama menunggu buku ini keluar turut sukacita dengan berita ini. Pada sesiapa yang ingin membeli secara terus dengan saya, bolehlah menghantar wang pos RM30 (harga buku + kos pos) dengan nama serta alamat untuk dikirimkan buku itu ke alamat ini...

Radzi Sapiee,
Lot 646,
Jalan 9,
Taman Ampang Utama,
68000 Ampang,
Selangor.


Mereka yang masih belum memiliki buku BKA I juga boleh menghantar wang pos dengan jumlah yang sama ke alamat tersebut. Sila nyatakan bahawa anda ingin membeli BKA I... Takut tersilap hantar BKA II pula. Insyaallah, saya masih ada sedikit stok untuk memuaskan permintaan tertunda dan buku yang dipinta akan sampai dalam tempoh 2 hari (di Semenanjung Malaysia, kalau luar pada itu, saya pun tak pasti). Wassalam... :]

p/s (tambahan ini dibuat tengahari Khamis): Tadi ada orang talifon saya, tanya dalam wang pos tu nak letak apa atau nama siapa. Masa tu saya jawab biar kosong aje le... Boleh juga. Memang sebelum ini ada yang hantar wang pos tanpa meletakkan nama.

Sekarang setelah memikirkan dengan lebih mendalam, saya rasa patut juga letak nama... Takut ada sesiapa intercept surat yang mengandungi wang pos kosong lalu joli sakan. Rasanya, letak nama saya mengikut IC: Mohd. Fahrulradzi b Mohamad Sapiee... IC no: 701126-01-5227. Wokey, selamat! :]

5 ulasan:

  1. Askmwbt, semoga perjuangan saudara dirahmati Allah!

    Zakir


    Long Muhd Zakir bin Long M. Saad bin Long L. Man bin Long Abdullah bin Long Muhammad Qadry Kota Raja Kota Kuala Muda

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum,
    Apakata kalau tuan penulis ada kelapangan, set satu hari (public holiday laa) tuan pi dok di kedai Khazanah Fathaniyyah, so bolehlah kami para pembeli/pembaca berkenalan seterusnya dapat tandatangan dari tuan penulis. Biar ada ikatan ukhwah antara penulis dan pembaca. Ini perkara besar. Sejarah bangsa yang membawa panji-panji Islam.

    BalasPadam
  3. Wasalam...
    Untuk saudara Zakir, tak sangka pula ada pembaca blogspot ini daripada Kota Kuala Muda. Dalam pengembaraan terakhir saya pusing Malaysia (habis Februari lalu), saya ada singgah ke sana... Sempat le ziarah kota lama di sana, berehat masjid raja kemudian menapak ke Sg Mas dan berkenalan dengan pasukan ekskavasi arkeologi di sana... Hmm... Terasa seperti ada sesuatu kaitan di sini...

    Untuk Abu Zahrah, cadangan yang baik tu... Saya boleh set tapi sebelum itu, saya kena dapatkan feedback orang ramai terlebih dahulu.
    Hmm.... Insyaallah nanti saya open satu posting baru tentang ini sambil buat survey... Dapatkan feedback, bilakah masa yang sesuai, maka saya akan "melepak" di Khazanah Fathaniyah bertemu para pembaca sekalian... Insyaallah!

    BalasPadam
  4. Salammm,saya hanyalah hamba Allah. Nama saya Muhammad Zakir, nama silsilah adalah Long Muhammad Zakir bin Long M. Saad bin Long L. Man bin Long Abdullah bin Long Chik bin Long Muhammad ibni.....

    Panjang kisahnya dari Kota Kuala Muda dan Langgar di Kedah. Kisah dahulu kala yang terlipat dalam lipatan sejarah lama....yang rahsia dalam rahsia.

    Cuma..apakah alamat email saudara...mungkin kita dapat berhubungan:-- insyaAllah!Kalau panjang umur kita...wasallam!!

    BalasPadam
  5. E-mail saya... MerahSilu@hotmail.com. Dah baca posting terbaru kat sini pasal pelancaran tak rasmi BKA II kat Khazanah Fathaniyah? Mungkin saudara ada apa-apa cadangan?

    BalasPadam