Sabtu, Mac 14, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Bersedia untuk meninggalkan Madinah dan Tanah Arab

OK. Cerita perjalanan umrah menghampiri hari-hari penghujung. Pergi pada hari ke-13 perjalanan. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Jumaat di Masjid Nabawi.



Gambar ini diambil jam 12.14 pagi Sabtu 21 Februari 2026. Saya masih berlegar-legar di sekitar Masjid Nabawi.


Hari itu adalah yang terakhir kami berada di Madinah dan Tanah Arab.



Ziarah lagi ke makam Nabi.



Dah keluar masuk lagi masjid tetapi melalui pintu lain.



Beriktikaf sehingga sekitar jam 1.30 gitu.



Gambar ini pula diambil sekitar jam 11.



Pusing-pusing jalan bawah payung-payung masjid yang sedang terbuka luas. Lihat artikel The canopies of Masjid Nabawi di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kemudian masuk lagi pintu ini, Babussalam untuk ke makam Nabi.






Keluar dari pintu Baqi' ambil gambar dari tapak rumah Abu Ayub al-Ansari.




Pergi lagi ke tiga masjid terdekat, dalam kawasan halaman Masjid Nabawi. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART :-


1. Masjid (Mosque of) Ghamama 2026 waktu siang (during daytime)






Keadaan sebelum masuk waktu Zuhur.



Menyambung bacaan Al-Quran bagi bulan Ramadan. Ketika itu sudah masuk Surah ke-9, Surah at-Taubah, penghujung juzuk ke-10. Walhal baru hari ke-4 bulan Ramadhan di Tanah Arab. Apa yang berlaku adalah selepas masuk tarikh 1 Ramadhan, Selasa malam Rabu 17 Februari saya tekun mengaji sehingga dalam tempoh sekitar 20 jam sahaja, sebelum menaiki kereta api meninggalkan Mekah untuk ke Madinah petang Rabu 18 Februari sudah selesai 5 juzuk.



Bersama isteri selepas Zuhur, sebelum kembali ke hotel.



Gambar ini diambil jam 2.32 petang. Kami hendak meninggalkan Madinah malah Tanah Arab.



Nah. Berhimpit-himpit barang kerana campur apa yang dibeli dengan Mekah dengan apa yang di Madinah.






Setelah beberapa lama sampai ke lapangan terbang Madinah.




Saya mengambil kesempatan untuk singgah di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid lapangan terbang Madinah (Airport mosque of Medina).



Mendaftar masuk diri juga barangan untuk penerbangan.



Berbuka puasa jam 6.20 petang. Penerbangan dijadualkan berlepas lagi sejam. Sambung sedikit tentang bacaan Al-Quran...

Adapun saya telah mengkhatamkan bacaan bagi bulan Ramadan awal pagi semalam Jumaat 13 Februari 2026 bersamaan 23 Ramadan 1447. Bukan selalu dapat seawal begitu. Biasanya  baca pada qadar satu juz sehari. Tetapi disebabkan dapat 5 juz dalam tempoh sekitar 20 jam Ramadan bermula di Mekah kemudian sambung hingga selesai juz ke-11 sebelum meninggalkan Madinah itu yang dapat selesai awal. 

Paling cepat saya pernah khatam untuk suatu bulan adalah dalam tempoh 13 hari. Buat masa ini tak nampak bila dapat dilakukan lagi. Sudah Allah SWT mudahkan. Amin. :]


Jumaat, Mac 13, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Jumaat di Masjid Nabawi

Salam petang Jumaat 13 Mac 2026. Adapun ketika ini saya sedang berada di masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, setelah menunaikan solat Jumaat di sana. Ini adalah selepas tepat 5 minggu tidak menjejakkan kaki di tempat pengajian pasca-siswazah saya itu. Tepat 4 minggu lalu pula iaitu pada 13 Februari saya telah menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram di Mekah. Lihat Umrah sekeluarga 2026 - Jumaat di Masjidil Haram. Sekarang penceritaan masuk ke hari ke-12 perjalanan iaitu tepat 3 minggu lalu. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Ziarah di sekitar Madinah sebelum berbuka di Masjid Nabawi.



Gambar ini diambil malam Jumaat 20 Februari 2026 jam 12.55 pagi.



Saya hendak masuk ke Masjid Nabawi tetapi mendapati hendak masuk ke halaman dalam pun tak dapat. Kawasan sedang ditutup entah kenapa.



Gambar ini pula diambil jam 2.37 pagi. Masih tak boleh masuk.Timbul rasa kecewa yang amat sangat. Sudah 2 malam berada di Madinah, duduk hotel di seberang laman luar masjid. Masih belum dapat masuk ke halaman dalam apatah lagi masjid. Bila sampai laluan asyik ditutup, alasannya masjid sudah penuh.

Kalau masa lain tu fahamlah kenapa penuh terutama pada bulan Ramadan. Ini selepas tengah malam. Kemudian baru dapat tahu, ada kerabat diraja Arab datang lalu masjid ditutup kepada awam. Itupun tidak dinyatakan sampai jam berapa tutup.



Nasib baik  tak berputus asa lalu terus berlegar-legar di halaman luar. Hampir 10 minit kemudian tengok-tengok dah boleh masuk.



Alhamdulillah lega sungguh rasa. Lihat artikel Masjid Nabawi 2026 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Gambar ini pula diambil di halaman tenggara masjid jam 4.02 pagi. Saya sedang menunggu giliran untuk masuk ke raudah, menurut tempahan dalam apps Nusuk bagi sesi jam 4.20. Saya sudah sampai awal kerana katanya harus bersedia menunggu giliran di tempat berkenaan jam 3.50.



Kemudian dapat tahu giliran dah jadi kelam kabut disebabkan masjid ditutup untuk lawatan kerabat diraja Arab. Yang menunggu dah campur mereka yang dijadualkan untuk entah berapa sesi. Sungguh nampak tak teratur.



Bergambar berlatarbelakangkan kubah hijau di atas makam Nabi sambil menunggu. Ketika ini sudah jam 4.26 pagi.



Sambil itu dapat melihat orang keluar dari laluan menghadap makam Nabi. Setelah beberapa lama saya pun membuat keputusan. Lupakan saja raudah. Daripada menunggu macam tak tentu sedangkan waktu Sahur semakin menghampiri baik masuk ke pintu Babussalam lalu menziarahi makam Nabi. Lihat artikel Visiting the tomb of Prophet Muhammad SAW di blogspot BERPETUALANG KE ACEH diikuti Makam (Tomb of) Nabi (Prophet) Muhammad SAW 2026.



Selepas itu berlegar-legar di luar sebelum masuk kembali dari pintu lain menunggu waktu solat Subuh. Sekarang ni tak macam dahulu. Dahulu, ketika pertama kali sampai tahun 2005 kemudian kali kedua tahun 2013 boleh masuk daripada mana-mana pintu lalu berrjalan kaki membelah masjid iktu mana-mana arah dan keluar daripada mana-mana pintu. Sekarang kalau masuk saty pintu kawasan yang boleh dicapai terhad pada bahagian tertentu. Ini kerana banyak kawasan antara bahagian telah diletak penghadang lalu putus laluan. Kalau mahu ke bahagian lain perlu keluar masjid terlebih dahulu kemudian berjalan kaki jauh untuk sampai ke pintu berkenaan. 



Hmm. Sudah lupa bersahur di mana. Yang pasti ada membawa makan dan minuman dalam beg.



Gambar ini pula diambil jam 8.41 pagi.



Seperti mereka ini saya terus beriktikaf dalam masjid selepas Subuh. Selepas matahari terbit sambung tidur.



Jam 8.45 baru keluar masjid.



Sekali lagi ambil gambar dengan kubah hijau atas makam Nabi.



Tengok-tengok terserempak dengan anak-anak ketika lalu di luar pintu Babussalam. Bawalah mereka untuk tunjukkan jalan masuk ke makam Nabi kerana mereka pertama kali hendak pergi.



Keluar dari pintu seberang, Pintu Baqi' kalau tak salah ingatan namanya, ambil gambar di tapak rumah sahabat Nabi, Abu Ayub al-Ansari. Menurut ceritanya di rumah itulah unta Nabi berhenti ketika baginda sampai selepas berhijrah dari Mekah iaitu selepas membuat persinggahan di Quba 4 km di selatan. Lalu baginda menetap 7 bulan sambil mendirikan Masjid Nabawi.



Beriktikaf dalam masjid bersama anak-anak.



Selepas jam 10.15 keluar lagi berjalan-jalan di halaman.



Terlihat satu tempat yang menimbulkan tanda tanya. Rupa-rupanya tempat bersejarah yang pernah diziarahi sebelum ini tetapi sedang berubah wajah, selepas projek pembesaran halaman Masjid Nabawi. Lihat  (The place called) Sokaifat Bani Saedah 2026.



Gambar ini diambil di halaman hotel saya selepas solat Jumaat.



Ternyata sampai kaki lima hotel pun ada orang bersolat Jumaat. Bersambung barisan hingga ke masjid kerana hotel terletak di seberang jalan halaman luar masjid.



Hampir waktu berbuka menunggu di halaman tak jauh dari hotel.



Malam keluar berjalan dengan semua ahli rombongan kami 10 orang lalu membuat persinggahan ke beberapa tempat. Lihat artikel-artikel berikut :-





Khamis, Mac 12, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Ziarah di sekitar Madinah sebelum berbuka di Masjid Nabawi

Salam. Pergi pada hari ke-11 perjalanan umrah. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Sahur di Mekah, berbuka dekat Madinah.



Pagi Khamis 19 Februari 2026. Memulakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah.









Hari itu sudah hari ke-2 berpuasa wajib bulan Ramadan di Tanah Arab.



Biar diringkaskan tempat-tempat yang dilawati melalui artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART :-











Petang itu pula menyertai perkumpulan untuk berbuka puasa di halaman Masjid Nabawi. Lihat Breaking fast at the grounds of Masjid Nabawi. Cukuplah cerita kali ini ringkas. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,800 di CATATAN SI MERAH SILU.