Rabu, April 22, 2026

Pemetaan dan kuasa : Satu kritik geografi politik pasca-kolonial

Kembali pada majlis ilmu. Kali ini di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak.



Semalam pagi Selasa 21 April 2026 pergi ke kampus berkenaan setelah hampir 3 bulan tidak bertandang.



Tajuk majlis ilmu yang mahu diikuti boleh diterjemahkan sebagai "Pemetaan dan Kuasa : Satu Kritik Geografi Politik Pasca Kolonial". 



Dibawa oleh Profesor Dr Farish Noor ia adalah tentang bagaimana kita boleh membaca maksud tersirat di sebalik perkembangan ilmu pemetaan Barat.



Ditunjukkan sejumlah peta yang dilukis mereka tentang dunia membawa ke rantau Asia terutama di bumi kita Alam Melayu, dari sebelum zaman pertengahan Eropah hingga ke abad 17, 18 dan 19.



Masuk abad ke-18 kuasa-kuasa kolonial sedang giat mengembangkan kuasa di belah bumi lain lalu rajin membuat pemetaan tempat-tempat.



Semakin lama semakin cantik, tepat dan terperinci peta dengan bentuk muka bumi, nama-nama tempat dan lain-lain maklumat.




Perincian maklumat menunjukkan kuasa-kuasa kolonial telah berjaya menembusi dan menerokai tempat-tempat itu.



Ini menunjukkan kekuasaan kerana untuk dapat menembus dan meneroka perlu ada kekuatan.



Dengan itu peta-peta kolonial, bila dilihat dengan kaca mata kita di zaman pasca-kolonial ini,  boleh dibaca sebagai berikut :-


1. Dokumen keuntungan/kehilangan (gain and loss) - Semakin banyak wilayah dikuasai mereka semakin banyak yang hilang/terlepas dari tangan warga asal.

2. Pengakuan cita-cita dan kehendak (untuk menakluki dan berkuasa)

3. Pengakuan takut dan kebimbangan (kerana setiap tempat yang belum dapat dipeta bermaksud belum dapat dicapai lalu entah apakah penentangan yang wujud di tempat itu)




Ditunjukkan pula peta jangkauan cita-cita Israel untuk menerbitkan negara Israel Raya. Maka faham-fahamlah kita apakah maksudnya. Sila ikuti sendiri majlis melalui video bawah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan