Jumaat, Jun 13, 2025

Ringkasan balik Raya Haji ke Muar 1446 Hijriah

Salam petang Jumaat 13 Jun bersamaan 16 Zulhijjah. Perkongsian ringkas daripada perjalanan balik kampung ke Muar untuk menyambut Hari Raya Haji seminggu lalu.



Petang Khamis 5 Jun 2025 bersamaan 8 Zulhijjah saya dan isteri bergerak meninggalkan rumah menuju ke selatan untuk balik kampung saya di Muar.



Tetapi harus mengambil dahulu anak-anak dari asrama tahfiz di selatan bandar raya Kuala Lumpur.




Malam itu malam Jumaat, masuk waktu Isyak singgah makan di Seremban. Masih separuh perjalanan. Sampai rumah ibu bapa sebelum tengah malam. Tak lama kemudian adik bongsu sampai bersama suami dan anak-anak dari Johor Bahru.



Petang Jumaat 6 Jun bersamaan 9 Zulhijjah menunaikan solat Jumaat di surau berdekatan rumah. Lihat  Surau (Praying hall of) Al Mahmudiah, Kampung Temiang Tanjung, Muar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Hari itu banyak dihabiskan di rumah. Alhamdulillah adik beradik saya ada bersama keluarga masing-masing, seorang memang menetap di Muar, seorang di Melaka. Lewat malam baru keluar membawa anak-anak berjalan di bandar Muar. Ini di pasar karat bandar.




Anak-anak kelihatan gembira lalu menghabiskan banyak masa di sini. Saya mengisi masa menunggu dengan menyambung bacaan Al Quran bagi bulan Zulhijjah juga kerja kajian dan penulisan tesis PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).




Hampir jam 11.30 malam bergerak ke taman rekreasi Tanjung Emas. Melihat Masjid Jamek Muar sekadar dari luar.




Pagi Sabtu 7 Jun bersamaan 10 Zulhijjah, Hari Raya Haji Aidil Adha. Menunaikan solat raya pun sekadar di surau berdekatan rumah. Untuk perjalanan kali ini memang malas nak berjalan sangat. Kalau tidak mesti solat Jumaat apa lagi solat raya di Masjid Jamek Muar walau letaknya hampir 8 km dari rumah. 




Tapi petang timbul rasa untuk berjalan kaki beriadah pusing kampung sekitar 2 km lebih gitu.




Ada laluan tidak pernah diambil sebelum ini. Terserempak lembu maak oooi punyalah bagak. Macam seladang rupa. Kepala saya pun bawah pinggang dia daa...




Disebabkan berjalan kaki lalu mengambil laluan baru itulah terjumpa dua jeti kecil menghadap Sungai Muar. Sambung bacaan Al Quran di kedua-dua tempat.



Lihat artikel-artikel berikut di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH :-







Yang biasa pergi jeti yang ini. Sambung pula kerja kajian dan penulisan tesis.




Pagi Ahad 8 Jun bersamaan 11 Zulhijjah ke bandar Muar membawa ibu bapa berjalan.




Makan nasi beringin kegemaran di tempat biasa menghadap Sungai Muar. Adik saya turut bersama datang membawa anak.




Jam 11 gitu meninggalkan kampung untuk kembali ke rumah. Gambar ini diambil jam 1.34 petang di Pedas kalau tak salah. Kami telah mengambil satu laluan pendalaman bagi mengelak kesesakan jalan raya selepas bandar raya Melaka menuju ke Lembah Klang.




Jam 3 lebih singgah di Kajang untuk ke dobi membasuh baju terutama milik anak-anak. Sementara menunggu siap singgah bersolat di masjid ini. Lihat Masjid Jabatan Penjara (Mosque of the Prisons Department), Kajang



Membawa anak-anak "last kopek" berjalan-jalan di pusat membeli belah sebelum menghantar masuk kembali ke asrama tahfiz jam 6.




Hmm. Lupa pula singgah mana selepas itu. Harus ada makan malam di mana-mana. Apabila sampai kembali ke rumah dekat tengah malam didapati saya sudah memandu sejauh 543 km.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan