Khamis, Jun 12, 2025

Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa

Salam malam Jumaat. Perkongsian daripada majlis ilmu siang tadi, kali ini di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).



Tadi pagi Khamis 12 Jun 2025, sampailah ke perpustakaan untuk majlis berkenaan.




Saya mendapat tahu tentang majlis seminggu lalu. Kejap rasa nak pergi, kejap tidak. Ini kerana rasa kepenatan dan tak sedap badan tak surut lagi. 




Sejak awal bulan puasa berturut-turut asyik berjalan jauh. Sekali keluar memandu 500 hingga lebih 1,000 km. Kalau tak berjalan jauh hantar isteri pergi balik ke tempat kerja 100 km lah jugak pada hari-harinya. Di celah-celah itu kejar kajian dan penulisan tesis PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), sambil tetap istiqomah menjaga beberapa amalan peribadi.




Petang tadi baru menutup cerita perjalanan utara Khamis 29 Mei hingga Selasa 2 Jun dengan artikel Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar. Rabu malam Khamis 4 Jun digagahkan hadir majlis ilmu di UIA (Universiti Islam Antarabangsa) kerana sudah berjanji akan hadir. Lihat artikel Dari Yathrib ke Madinah Nabi : Sebuah Transformasi... yang sudah lebih awal disajikan. Belum diceritakan lagi Khamis 5 Jun harus mengambil anak lalu bergegas kembali ke Muar untuk sambutan Raya Haji. Dalam tempoh kurang 24 jam selepas ini saya dijadualkan naik ke utara lagi.




Itu penat berjalan, penat memandu juga singgah dari tempat ke tempat dan melakukan pelbagai aktiviti. Sekarang gandakan lagi kepenatan itu kerana harus menulis tentangnya. Kerana itulah sifat saya.  Menulis untuk melepaskan rasa. Kalau tidak rasa nak senang duduk. Aliran ilham tersangkut, angin jadi tidak baik. Susah nak buat kerja.

Saya tak perlu menceritakan semua yang dilakukan. Cukup sekadar perlu untuk melepaskan rasa. Contoh. Kalau lakukan aktiviti A diikuti B, C dan D. Saya boleh kongsikan A dan D. Cuma pastikan cara menulis itu dapat membantu mengingat kembali sekali B, C apabila dibaca sendiri. Orang lain tak perlu tahu setiap perkara yang dialami. Sesungguhnya penulisan adalah terapi buat saya.




OK. Majlis tadi diberi tajuk "Persenjataan Melayu : Citra Budaya Bangsa". Ia adalah yang ketiga dalam siri Wacana Manuskrip Melayu anjuran PNM bagi tahun 2025. Untuk kali ini diadakan sekali majlis pelancaran bagi Projek Transliterasi Warisan 2025. Ia adalah kerjasama dengan USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) bagi meRumikan sejumlah transkrip bertulisan Jawi lama yang ada dalam simpanan PNM.



Pembentang iaitu saudara Wan Dasuki Wan Hasbullah adalah seorang yang rajin mengkaji manuskrip-manuskrip lama. Minat khusus beliau adalah senjata api Melayu.




Namun untuk pembentangan ini beliau secara umum cuba meliputi semua jenis senjata Melayu termasuk senjata tajam jarak dekat seperti keris, juga senjata lontar jarak jauh  seperti lembing dan kedudukannya dalam kalangan orang Melayu. Selepas itu baru pergi pada yang lebih jauh capaian lalu masuklah bab senjata api.









Kajian boleh dibuat melalui sesawang seperti Malay Concordance Project yang dilakukan oleh sebuah universiti di Australia sebagai antara sumber. Ada manuskrip Melayu yang telah didigitalkan juga diRumikan supaya senang membaca dan membuat kajian. 




Menggunakan itu sudah boleh mendapat begitu banyak maklumat. Pandai-pandailah memanfaatkannya...







Tak perlu mengulas panjang apa yang dikongsikan dalam majlis ya.




Sila ikuti sendiri melalui video bawah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan